Resipi Ayam Golek Hitam Manis

Resipi Ayam Golek Hitam Manis

Adaptasi Resipi Dari Saji Desimber 2014
Resipi AYAM GOLEK HITAM MANIS

Air tangan isteri Etuza.
Sampai menjilat jari semalam...

Sila juga klik SINI isu politik di Sabah
Kalau Nak Anugerah SILA KLIK SINI tak rugi
kita war-warkan dan ambil DOKUMENTASI esok 7hb Dis 2014.

Ini gambar 1, tak pakai flash 2,3 tiada flash kamera.Nampak bezakan.

Bahan-Bahannya
1 Ekor ayam ( sederhana )
6 Ulas bawang merah ( dicincang )
2 labu bawang besar ( potong dadu )
3 ulas bawang putih ( dicincang )
4 cm halia ( hiris halus )
2 sudu besar cili boh
1/2 cawan kicap pekat
1/4 cawan kicap cair
1/2 cawan sos tiram
1 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
1/2 lada bengala merah, hijau ( potong panjang )
sedikit daun bawang
gula dan garam
minyak secukupnya.

Cara Hendak Menyediakan Juadah Ini

1. Ayam dibersihkan perapkan dengan sedikit kicap cair dan kicap pekat selama sejam.
2. Goreng ayam sehingga masak dengan api yang sederhana.
3. Tumiskan bawang kecil, bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik baunya.
4. Masukkan cili boh tumis sehingga garing.
5. Masukkan kicap pekat kicap cair sos tiram sos tomato sos cili sedikit air,gula dan garam.
6. Biarkan mendidih masukkan semua lada bengala dan daun bawang sup.
7. Kacau rata hingga kuah menjadi pekat. Dan angkat curahkan kuah di atas ayam yang sedia di goreng. Gaulkan dengan rata, kemudian hidangkan kepada keluarga anda.

Huuuuu!!! semalam menjilat jari anak-anak ni. Memang tergolek lah ayam golek hitam manis. Cubalah di hari cuti anda.

ini majalah Resipi Saji - Untuk Mama..Semua Resipi Sini Best Gila!!


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

14 ulasan

nampak sangat lazat serta menyelerakan cikgu...anak2 saya pun suka msk mcm ni...

7 entri sepagi, biar betul Cikgu..

Pastinya anak2 saya suka ayam golek hitam manis, nanti boleh masak untuk mereka..

@umi alya
Asalam UMI duduk depan PC kesayangan Etuza,kemarin baru FORMAT segalannay lancar nak test lah ni..berblog sakan ni UMI lepas ni nak ke laman nak bersihkan pasu2 ..ha tu kan dapat idea berblog lagi habislah UMI tak terkejar Etuza ..kan nak 4 angka tu komen hahaha mau tengok PALING MELETOP KOMEN ADALAH TARAA!!!!! BLOG p&m huuuuu! semua orang terkezut tu UMI..best kan..

@Etuza Etuza

Patutlah laju berblog, baru lepas format, lappy saya lak ciput jer, mungkin masalah tenet kot.

Naluri saya tetap kata JM bakal menduduki carta letup meletup di laman Pesona dan Mustika sebab beliau seorang yang cekal, gigih dan tak pernah kenal erti putus asa.

@umi alya
Siapapun umi kita terima ja, umi dah terangkat jauh meninggalkan yang lain so teruskan usaha ya..usah BOSAN tau Etuza cuba buat info2 dari minda Etuza tanpa meniru ..apapun ada juga tertiru cara otai blog. Ha ..petang ni Etuza try buat Entry 1. review blog 2. Gambar anak di Mesir 3. Laman pasu-pasuan etuza..ha menarikkan..

@❤Kamsiah❤
Madam Kamsiah memang sedap...

wahh mcm sedap. blh cuba next time :D

ayam masak hitam ni mmg sedap . memang menjilat jari ... p/s ; saya bkn ustazah . cuma sekadar nak share ilmu di blog ...

@umi alya

dont worry..JM beri laluan kepada kak Umi

Ayam golek? tak nampak pun rupa ayam golek hitam manis tu....biasanya bila sebut ayam golek ni ni seekor ayam yg tidak di potong kecil

Teliti betul JM ni..

Biasanya ayam golek terhidang semasa makan beradap (pengantin).. betul tak?

Yeay!!!! Kak umi mmg bijak arghhh. Itu namanya baca dan baru komen heeeeY

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger