Rahsia Disebalik Ibu Duit Yakinlah

Rahsia Disebalik Ibu Duit Yakinlah

Rahsia Disebalik Ibu Duit Dalam Dompet Anda.

Anda boleh melakukannya.

Ini dompet lelaki, pada yang ditunjukkan itu kita letak
atau kita sisipkan duit ikut suka kita sekurang2nya RM 1.00.

    Anda mempunyai blog peribadi.? Jika ada pasti anda suka membaca dan akan melakukan aktiviti blogwalking dan membuat pembacaan di blog kawan blogger yang lain. Dengan aktiviti ini anda akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan dan kalau ilmu itu baik anda akan adaptasikan ilmu tersebut, bagi menjadikan kehidupan anda ke arah yang lebih baik.InshaAllah itu pastinya, tetapi sebaliknya blogger yang agak malas membaca paparan entry di blog lain akan mengalami kekurangan berbanding blogger yang gemar membaca. Oleh itu kepada blogger sila amalkan rajin membaca.

    Gambar dompet anda nampakkan. Itu dompet lelaki, kurang sesuai dompet seperti itu dipakai oleh para wanita. Apa kah maksud gambar dompet ini. Hari ini ada sesuatu yang penting Etuza hendak kongsikan kepada anda semua. Mungkin sudah tiba masanya Etuza dedah kan hal ini demi kebaikan kepada anda semua. Namun demikian anda mungkin telah sedia tahu hal ini terlebih dahulu dari Etuza dan mengamalkannya, atau juga anda seorang yang sudah tahu tetapi anda tidak yakin dan tidak percaya akan kebenaran fakta atau cerita tersebut.

Nasihat Dari Seorang Lelaki Tua Yang Tidak Dikenali.

      Sekitar 4 tahun yang  lepas ketika di awal pembabitan Etuza dalam arena blog, Etuza ada terbaca paparan sebuah blog wanita. Blogger wanita itu ada menceritakan hal ibu duit dalam dompet. Blogger wanita itu kalau tidak silap seorang kakitangan kerajaan.Kalau tidak salah wanita itu ada menyatakan bahawa dia  ada membaca satu blog yang menceritakan hal apakah itu ibu duit.Dalam blog yang wanita itu baca ada seorang wanita telah mengalami satu keadaan secara tanpa sengaja telah terjumpa dengan seorang lelaki tua berpakaian putih dalam lif.  Dikatakan bahawa lelaki tua itu telah menurunkan satu petua yang telah diamalkan oleh wanita yang telah mengalami situasi itu. Lalu wanita itu mengamalkannya dan ternyata apa sahaja yang dikatakan oleh lelaki tua itu adalah benar - benar berlaku selain wanita itu yakin dengan kekuasan Allah yang maha mendengar doa kita.

      Pada suatu hari wanita itu bergegas balik dari tempat kerja sambil menuju ke lif. Tiba-tiba dalam lif tersebut wanita itu ternampak lelaki tua berpakaian serba putih. Terjadilah satu perbualan diantara mereka iaitu wanita muda yang berkerjaya dan lelaki tua berpakaian putih.Ini antara perbualan mereka yang masih Etuza ingat hingga kini.

Lelaki Tua : Anak ni selalu ke menghadapi masalah wang pada setiap bulan.?

Wanita : Ya ..pakcik kenapa?

Lelaki Tua : Kalau anak mahu agar dompet anak tidak kering duit pakcik ada satu petua.Itu pun kalau anak yakin dan percaya selain berdoa kepada Allah.

Wanita : Bagaimana petua itu pakcik, nak juga tahu.

Lelaki Tua: Begini anak ambil duit barang seringgit  ke berapa ikut suka anak, lipat rapi duit kertas tersebut dan sisipkan ke poket dompet anak. Duit tersebut adalah ibu duit, di mana anak biarkan duit tersebut sehingga bila-bila jangan keluarkan. Dengan cara ini inshaAllah dengan izin Allah anak tidak akan kekeringan duit lagi.

Wanita : ( Sambil berfikir kebenaran kata-kata lelaki tua tersebut, kemudian ingin bertanya nama lelaki tua tersebut, tetapi apa yang terjadi ialah lelaki tua berpakaian putih itu tiba-tiba tiada dalam lif tersebut)

    Wanita itu merasa pelik dan merasa sedih kerana tidak sempat bertanya nama lelaki tua itu sebelum ghaib. Sampai di rumah wanita itu menurut penceritaan blogger wanita yang Etuza baca blog dia mengatakan bahawa wanita yang telah mengalami keadaan itu telah mengamalkan menyisip duit kertas dan telah benar-benar berlaku bahawa sejak mengamalkannya wanitu itu tidak lagi pernah kekeringan duit dalam dompetnya. Sangat hebat dan Etuza sejurus membaca paparan blogger wanita ini merasa tertarik hendak mencuba tanpa memberitahu sesiapapun sekalipun mama. Subahanallah keadaan tidak kering dompet Etuza mengalaminya hingga kini dengan mengamalkan melipat duit kertas sisipkan ke poket dompet Etuza.

Yakin Dan Percaya Rezeki Itu datang DariNya.

    Etuza kini sedar selepas 4 tahun Etuza amalkan menyisip ibu duit di dompet Etuza merasakan adanya rezeki dari Allah, ketika Etuza memerlukan duit ( sebab akan berlaku insiden yang kita benar-benar memerlukan duit tetapi duit tidak mencukupi ) datang rezeki tanpa Etuza terduganya, sebagai contoh datang orang yang berhutang dengan Etuza melunaskan pinjamannya kepada Etuza. Pernah suatu hari Etuza dalam kereta, keseorangan melihat dompet Etuza tidak mencukupi bagi kegunaan membeli keperluan rumah ( berlaku tahun ini -2014) pertengahan tahun. Ada duit dalam dompet tetapi Etuza kira untuk stok membeli minyak kereta. Kemudian dalam keadaan bersedih itu Etuza berdoa kepada Allah agar ada rezeki Etuza dalam keadaan apa sahaja, seperti Etuza harap ada orang datang membeli produk jualan Etuza ( brand Elken). Etuza berdoa sungguh-sungguh kerana mengharap benar-benar berharap agar masalah makanan dalam rumah tidak berlaku. Etuza tidak mahu mama merunggut apabila stok makanan harian tiada di dapur atau di peti sejuk.

     Etuza lalu memandu balik ke rumah. Etuza tidak balik ke rumah Etuza terus tetapi Etuza terus pandu kereta menuju ke rumah mak. Etuza hendak bertanyakan khabar mak dan melihat apa jualan gerai kecil mak yang kurang. Boleh Etuza senaraikan dan bantu pada esok hari untuk dibeli agar sentiasa ada barangan jualan mak. Tiba-tiba mak tersentak dan memegang kepalanya sambil cepat-cepat naik ke rumah. Etuza kemudian hendak beredar, kerana ada juga pembantu mak di gerai jualannya. 

    Mak panggil Etuza dan menghulurkan sebungkus plastik diikat getah. 
Etuza : Apa ni mak!..( terkejut )
Mak Etuza : Ha kan dah lupa...ni ha duit dari.. ( mak sebut nama perempuan itu ) dia bayar tadi katanya ada tiga ratus lebih. Katanya bayar produk Elken kamu ha...apa produk dia beli tu sampai berbulan dia tak bayar ..mak pun tak tahu lah. Hari ini ada lebihan duit katanya. Dah masa nak bayar lah tu. Kena bersyukur. ( kata mak Etuza )

Etuza : ( Hampir menitis air mata ) Alhamdulillah ..syukur lah. Moga dia murah rezeki. Baru ingat ya, ya ada ...ada 4 jenis produk dia ambil tempoh hari. Alhamdulillah..terima kasih ya mak.

    Selepas itu Etuza beredar dan balik ke rumah.Dalam kereta Etuza teringat doa Etuza dalam kereta sebelum balik ke rumah. Ya Allah Engkau mendengar doa ku. Engkau maha besar Ya Allah. Terima Kasih ya Allah. Dalam hal ini Etuza ada juga terfikir ibu duit dalam dompet Etuza tu. sampai sekarang tak pernah Etuza keluarkan tetap kemas tersisip dalam poket anak dompet Etuza. 

Nota: Kalau ada yang membaca dari awal hingga akhir, harap anda berfikir dan yakin bahawa apa niat kita yang baik akan membawa kebaikan kepada kita. Dan pokok pangkalnya adalah kita mengharap keredahaan Allah yakin bahawa Allah maha mendengar. Lakukanlah dan anda rasakan kebenaran cerita dan pengalaman Etuza ini. Selamat mencuba ya. Yang baik itu datang dari Allah dan yang lemah itu datang dari kelemahan Etuza sebagai manusia yang tidak sempurna.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

37 ulasan

saya jugak pernah membacanya...tp tak pernah amalkan..:)

Salam Etuza... saya memang mengamalkan menyimpan duit ni sejak dari dulu lagi... tapi saya tak pernah tau cerita ibu duit tu... mulai sekarang saya tahu dah... cerita tu menarik juga, bagus juga disebarkan... satu perkara nak tanya... perlukah dilipat sebab duit saya tak lipat sebaliknya di letak terbentang (kalau dompet lelaki kan biasanya lipat dua jer)

hurmm..mcm tu pulak ye

Betul tu cikgu... setuju sgt. Niat mmg penting & dgn niat yg baik, in shaa Allah akan dipermudahkan segalanya. T kasih atas perkongsian ilmu ini. Semoga Allah sentiasa memberkati... aamiin.. :)

Amalan orang2 lama..

Wasalamualaikum Najib..ok erima kasih datang baca ya. ooo elok lah begitu ..asal salah satu dari duit tu jangan keluarkan, kalau di keluarkan juga maka tak adalah yang dikatakan ibu duit dalam dompet..just kiasan kata ja ibu duit tu..sebenarnya kita lebih sesuai kata duit dalam poket tu simpanan duit atau baki duit yang membawa berkat atas izinNya.

madam Kamsih cuba amalkan ya....Etuza dah 4 tahun amalkan dan tak pernah usik duit tu..just sebagai simpanan kekal dalam dompet kita..dengan niat dan izinNya inshaAllah ada usaha cari rezeki adalah duit kan dalam dompet kita..

cuba buat ya Ewan..cuba ..letak ja baki duit tu jangan usik ya..inshaAllah

Etuza sejujurnya dah lama amalkan dengan niat mendapat keberkatan Allah..Etuza bersyukur dengan doa yang Allah kabulkan..pada siapa kita nak mengadu jika dalam keadaan buntu hanya padaNya. Alhamdulillah KK cuba amalkan ya tanpa disedari ada kesan yang baik..

Etuza sejujurnya dah lama amalkan dengan niat mendapat keberkatan Allah..Etuza bersyukur dengan doa yang Allah kabulkan..pada siapa kita nak mengadu jika dalam keadaan buntu hanya padaNya. Alhamdulillah KK cuba amalkan ya tanpa disedari ada kesan yang baik..

inshaAllah MK LIM mari amalkan yang baik ya

InshaAllah mari kita amalkan ya KM LIM..

InshaAllah Lya kita amalkan ya..perkara baik..etuza sebarkan kerana menerusi blog Etyuza dapat ilmu ni ..

Lya?? rasanya Cikgu dah tertukar di antara kami berdua, ahakkkkkkk

Semua duit boleh jadi ibu duit tak?

Ahmad Zul..iya boleh nak sispkan sekeping RM 10 pun boleh suka hati ya..tapi menurut yang Etuza baca tu asal ada ya..rezeki kita tu berdasarkan usaha kita juga..rm 5..00 pun boleh ya Ahmad

haha alamak iya lah ..tadi tu Etuza tengok blog Lya..langsung tertulis nama dia..ni UMI lah ..astagffirullah maafkan ya...

hi3.. perkara kecil jer tu..

Nak cuba amalkan juga la

saya memang akn selitkan duit dlm purse.. tapi xperasaa. plak ada bab ada rezeki disebaliknya.. thanks ckgu konsi info

ibu duit? pertama kali dgr tak pernah buat pun..nampak nya boleh peraktik kan lepas ni

perkara baik seperti ini tak boleh di tangguh..in sha allah..akan cuba amalkan..kiranya jgn usik langsung duit tu ye..biar berpuluh2 tahun kat dalam dompet tu

Saya juga mempunyai ibu duit,yang di peroleh dari datuk saya,dam skrng saya menyimpan 2barang,1 di dalam dompet,2 di dalam almari,alhamdulilah ada saja rezeki yang datang dari allah...pucuk pangkal dari kita sendiri,semua yang terjadi kita serah pada allah..kita hanya mampu Doa,Usaha,Ikthiar,Tawakal,wallahualam...

Saya pun sebenarnya amalkan 'ibu duit' ni cikgu etuza, petua orang tua..;)

Boleh ke jdi

avatar
Tanpa Nama

Boleh ke mempercayai ibu duit seolah2 kita bgantung selain Allah...? Semacam pulak rasanya... Saya tidak pernah amalkan ibu duit...dan alhamdulillah...tidak pernah kekeringan duit...
Saya hanya tetapkan dalam fikiran dan hati..."saya ada duit"...itu yg saya amalkan...sehingga kini...
Cer semak...hukum mempercayai ibu duit dalam ceramah2 di youtube...

avatar
Tanpa Nama

Boleh ke mempercayai ibu duit seolah2 kita bgantung selain Allah...? Semacam pulak rasanya... Saya tidak pernah amalkan ibu duit...dan alhamdulillah...tidak pernah kekeringan duit...
Saya hanya tetapkan dalam fikiran dan hati..."saya ada duit"...itu yg saya amalkan...sehingga kini...
Cer semak...hukum mempercayai ibu duit dalam ceramah2 di youtube...

avatar
Tanpa Nama

Nak duit sentiasa ada...sentiasa bersedekah walaupun sedikit...janji buat selalu... baik sedekah zikir...baik duit...baik pertolongan...

avatar
Tanpa Nama

Boleh ke mempercayai ibu duit seolah2 kita bgantung selain Allah...? Semacam pulak rasanya... Saya tidak pernah amalkan ibu duit...dan alhamdulillah...tidak pernah kekeringan duit...
Saya hanya tetapkan dalam fikiran dan hati..."saya ada duit"...itu yg saya amalkan...sehingga kini...
Cer semak...hukum mempercayai ibu duit dalam ceramah2 di youtube...

Tanpa nama,terima kasih beri teguran ya. Saya letak entri ni, bukan melupakan keyakinan kepada Allah, malah saya amat2 memuji kehebatan kuasaNya bahawasanya Dia lah Allah yg memberi kita rezeki. Kita letak biar sesen duit dalam dompet maknanya dompet kita ada duit walau sedikit.Cuba kosongkan dompet..bezakan dengan yang ada sentiasa ada duit tersisip dalam dompet. Dalam penceritaan saya, saya banyak menyatakan keperluan berdoa kepada Allah berdoa agar diberi rahmat rezeki dari sudut mana kita dapati. Dari usaha tawakal dan doa. Marilah bersyukur kepada Allah ya. Sisipkan duit barang seringgit di dalam dompet itu hanya cara agar dompet tidak pernah kekeringan duit. Itu konsepnya yang nyata, selagi kita tak keluarkan dari sisipan dompet. Sebegitulah rezeki ya, selagi ada usaha dan usaha disertai dengan doa sungguh2 kepadaNya, inshaAllah pasti ada rezeki kita ya tanpa nama.
Dalam keadaan bagaimana kita dalam kesusahan tak kala duit tidak cukup untuk belanja membeli sesuatu. Bayangkan dengan doa kepada Allah, tiba2 ada insan yang pernah berhutang dengan kita tampil menggantikan duit kita yg pernah di hutangnya..bukan kah itu situasi yang amat hebat..di mana ketika kita memerlukan Allah gerakkan hati saudara kita membayar hutang kepada kita..itulah rezeki yang datang dari sudut tidak terduga..bermaksud anda tidak harap apa2 lagi dari yang berhutang kerana sudah terlalu lama..Allah itu maha pemurah dan penyayang..Sungguh benar kata tanpa nama.Bersedekah lah inshaAllah Allah akan gantikan kepada yang lebih baik.

kepada saudara yg mahu amalkan petua sisipan duit dalam dompet dan tidak keluarkan, kena ingat bahawa yakinlah dengan sungguh2 bahawa rezeki itu datang dari Allah, Dia yang beri kita kecukupan rezeki. Bukan yang dikatakan ibu duit yang tersisip dalam dompet. Mohon agar amalkan agar sentiasa bersangka baik. Semoga mendapat sedikit pencerahan ya..

Terima kasih..

Nasihat Etuza..tinggalkan amalan ini jika anda merasa berat hati. Menyisip duit dalam celah dompet itu adalah cara sahaja agar dompet tak pernah kering duit. Sebabnya sebaik anad keluarkan kesemua duit dalam dompet tanpa sesen makan jadilah dompet anda itu kosong, tiada ap[a2 lagi. Sebaik anda isikan semula dengan duit maka dikatakan dompet anda kini mempunyai isi iaitu duit. Semoga faham konsep cara tak keringkan duit dalam dompet ..Semoga membantu.

avatar
Tanpa Nama

Sebaiknya...apa yang mendekatkan kepada subhah...elok kita jauhkan...sama2 kita meningkatkan lagi iman kita...in sha allah...

avatar
Tanpa Nama

Saya pernah mendengar seseorang menyatakan...kita sihat juga mesti diyakini dengan Allah...bukan dengan ubat... sejak itu...saya amalkan menyebut alhamdulillah...sembuh dengan ubat ini...kerna saya khuatir saya mengagungkan ubat melebihi kekuatan Allah...nauzubillah...

saya pun nak cuba sebagai ikhtiar..tetapi tetap yakin ia semua adalah ketentuan Allah SWT

Salam cikgu etuza...aRz juga pernah dengar mengenai ibuduit ini. mungkin ada betulnya apa yang diperkatakan...

cara mudah...bila dikatakan menyisip wang dalam dompet agar duit tidak kekeringan BETUL. contoh menyisip RM 50 dalam dompet dan jangan gunakan, sudah pasti dalam dompet sentiasa ada duit iaitu nilai RM50 yang sentiasa kita simpan.

Tapi yang sebenarnya rezeki dari kurniaan Allah SWT....terima kasih atas perkongsian ini cikgu tuza

nice post, thanks for sharing..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (424) Ceritaku (411) Berita (376) Agama (359) Dunia Blog (320) Promosi. (299) Doa (284) Tips Blog (264) Info Lelaki (261) Pengalaman (232) Anak (210) Nasihat (202) Pendidikan (198) Rasa Bahagia (178) Kasih sayang (175) Berita Keningau (163) Hadiah (146) Pelancongan (128) Gambar (118) Alam Semulajadi (115) Segmen (101) Sejarah (101) Ekonomi (99) Keluarga (80) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (57) Isu Semasa (57) Cinta (54) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Resipi (41) Bunga (39) Cari Makan (37) Motivasi (34) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (28) Sajak (28) Sahabat Blog (25) Harijadi (24) Percutian (23) Haiwan (21) Masyarakat (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Tips (19) Perkahwinan (18) Seni (18) Artis (17) Sukan (15) Petua (10) Sekolah (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Lanskap (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Jantung (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger