Penting Blogger Memohon Maaf.

Andai Ku Punya Waktu

Memori indah semasa di majlis konvokesyen menerima 
first degree mama di Universiti Malaysia, Sabah 

       Entry kali ini adalah berkaitan dengan perasaan sedih Etuza apabila tidak lancar membuat blogwalking ke blog kawan-kawan maya. Dengan itu Etuza hendak memohon maaf kepada semua pelawat blog Etuza sama ada pelawat setia yang terdapat dalam bloglist atau juga kepada pelawat yang baru. Etuza khususkan ucapan maaf ini kepada 3 kategori iaitu di bawah ini:-

MEMOHON MAAF KEPADA SEMUA BLOGLIST.

Memohon maaf atas sebab berikut, dan Etuza harap permohonan maaf ini dapat diterima semua.

1. Memohon maaf kerana lambat membalas kunjugan atas sebab line tidak kuat. Ada masa low sekali dan sukar mendapatkan paparan penuh dan sesekali light brodband celcom menjadi gelap.

2. Etuza mulai sibuk membuat persediaan co bisnes Etuza yang utama iaitu penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan, folio dan persediaan pembelian pakaian dan alat tulis persekolahan  anak-anak sesi 2015.

3. Segala komen anda Etuza hargai dan akan berusaha membalas kunjungan pada bila-bila masa, jika bukan malam ini tetapi esok dan esok. Pasti ada tanda kehadiran Etuza di blog anda. 

( Satu saja Etuza hendak bagi tahu " Andai Ku Punya Line Yang Kuat" dan "Andai Ku Punya Waktu Yang Panjang.")

MEMOHON MAAF KEPADA BLOGGER BARU ATAU PELAWAT BARU.

Memohon maaf atas sebab berikut, dan Etuza harap permohonan maaf ini dapat diterima OLEH BLOGGER BARU YANG DROP KOMEN ATAU PELAWAT BARU YANG DROP KOMEN.

1. Kepada blogger baru yang baru muncul dan menanda kehadiran dengan meletakkan komentar Etuza ucapkan terima kasih, mohon maafkan juga Etuza kerana belum membalas kunjungan ke blog anda semua. Etuza mohon agar anda dapat bersabar dan kita fikir ke hadapan dengan selalu mengharap serta kita dapat jalinkan ukuhuwa sesama blogger. Etuza pasti akan juga jengok blog anda dan membalas komen walaupun sebenarnya kunjungan anda bukan diminta balas. Etuza faham, tetapi yakin lah bahawa komunikasi dua hala atau komunikasi antara dua blogger adalah paling berkesan dan lebih bermakna berbanding kita mendiamkan diri dengan sekadar melihat blog teman maya.

2. Kepada blogger baru Etuza katakan tetap akan hadir membaca ke blog anda. Tetapi bukan janji, Etuza akan cuba seandainya line kuat dan Etuza akan pasti mencari cara dan jalan untuk sampai ke blog anda. InshaAllah. Semoga niat Etuza dimudahkan dan dikabulkan olehNya. Amin. Untuk masa ini mohon Etuza di maafkan.

MEMOHON MAAF KEPADA BLOGGER JIKA ADA HARAPAN YANG ETUZA BERI TETAPI ETUZA TERLUPA.

1. Etuza juga mengambil kesempatan memohon maaf jika ada kata-kata harapan yang Etuza curahkan tetapi belum tertunai, ekoran dari masalah line yang lemah dan kesuntukan masa Etuza untuk datang ke blog anda bagi mempastikan kata-kata Etuza itu terunai dan lebih jelas.Contohnya seperti hadiah yang belum sepenuhnya berjaya dihantar. Dan ada juga hadiah yang telah dihantar tetapi agak lewat sampai. Sebagai contoh hadiah saguhati kepada blogger Safirul Amar.Maafkan Etuza.

2. Memohon maaf juga kepada blogger yang ada mengajukan pertanyaan di bahagian komentar. Sebagai contoh Blogger UMI ALYA meminta agar dibuat infor tentang harga semalam penginapan di Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu, Sabah dan ada banyak lagi pertanyaan dari blogger yang belum terjawab, malam ini pada Entry ini mohon Etuza di maafkan dengan ikhlas hati.

Nota: Sebelum mengundur diri Etuza hendak menyatakan seperkara iaitu, baca dan fahami lah catatan atau entry di dalam blog kegemaran anda. Akan pasti memudahkan anda menjatuhkan komen di ruang ulasan atau komen di blog kegemaran anda. 

Catat Ulasan

23 Ulasan

  1. Saya ok je... Yg ptg kita saling bantu membantu antara satu sama lain. Semoga bjaya selalu.

    BalasPadam
  2. As-Salam Cikgu Etuza. SP pun nak menyebut perkara yang sama nampaknya. Terlalu sibuk dan jarang dapat online. Insyaa-Allah nanti ada kelapangan waktu, pasti akan kembali blogwalking seperti biasa.

    BalasPadam
  3. relaks lah cikgu , perkara biasa tu bagi seorg blogger ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehe ala sedih juga tau tak dapat terjah cepat2 sampai mata berpinar2 tak juga keluar template blog..loading dan erro lah ..

      Padam
  4. ya lah..kdg2 line internet membatas kan kita nk online selalu..

    BalasPadam
  5. tahniah kepada mama... bila konvo tu..saya ni dok tggu nk jgk konvo..

    BalasPadam
  6. Biasalah tu Cikgu sebagai part time blogger ni kadang kala masa, tugasan harian, tanggung jawab keluarga dan kesihatan membatasi untuk kita terus melekat dengan blog. Kecuali mereka yang full time blogger.



    Kerana komitmen dialam nyata lebih penting ...blog menjadi
    kedua...rakan2 alam maya pasti faham itu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju denga statement BUNDA tu..ada masa nanti JM terjah blog BUNDA pulak ye..penat sikit kerana baru balik last trip 2014 nih..byk baju yg perlu di bersihkan :-)

      Padam
  7. Bunda harap dan sarankan agar suatu hari Cikgu akan ada blog atau website perniagaan .. Cikgu kan ada bisnes Alken...

    BalasPadam
  8. Balasan
    1. Soory tau Deanna..JM belum sempat lagi BW ke sana kerana baru semalam jejak kaki di Msia after 11 days :-)

      Padam
  9. Cikgu sudah ada ramai pengikut disini...tak susah utk buka satu blog perniagaan khas juga faccebook perniagaan.

    Ini akan memudahkan lagi utk mengembangkan perniagaan. Boleh juga masuk dalam group2 di facebook..

    Boleh bah kalakau...

    BalasPadam
  10. Alorrrr Cikgu, xmo susah hati, sikitpun tak terasa hati

    BalasPadam
  11. Cikgu Etuza..JM ingat apalah tadi...tak perlu lah risau..JM sudah maaf kan ehehe....

    BalasPadam
  12. tak perlu risau lah cikgu...kita berblog kan hanya sampingan sahaja bukan keutamaan...berblog ketika waktu senggang so berkemungkinan komen tidak berbalas, kunjungan lama di balas itu perkara buasa kerana ia juga terjadi pada JM..x perlu risau reader di luar sana akan memahami. JM pun masih ada beratus komen belum di balas..hara2 reader x berkecil hati kerna bukna x nk reply tapi x sempat

    BalasPadam
  13. sejak baru balik dari bercuti ini berpuluh juga blog yg JM perlu BW..harap2 mereka juga memahami situasi dan memaafkan juga JM..ehehe..gitew katanya

    BalasPadam
  14. Amboi2 JM 6 komen sekaligus??lawan tokey gayanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya mampu tersenyum tanpa kata apa2 :-)

      Padam
    2. Hi3.. akakpun mampu tersenyum juga dengan komen JM

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.