Non Stop Pray For Pantai Timur

Non Stop Pray For Pantai Timur

NON STOP!
Pray For Pantai Timur Malaysia
Etuza copy  gambar dari blog tampilan google search
banjir di Neger-Negeri Pantai Timur Malaysia.

Entry INI meletup Unik Grafik Naik cecah 1000 klik kemarin
Hebat Sungguh Ustaz Kazim Elias baru iklan di blog Etuza
terus melonjakkan grafik blog kesayanagn Etuza ini.
Huuuu! Luarbiasa ( Hebat bah )

KLIK Blog SINI dan SINI

     Sebagai rakyat Malaysia, kita yang menyaksikan keadaan banjir besar yang berlaku di negeri seperti di Kelantan, Terengganu serta di negeri lain amat bersimpati dan hanya mampu berdoa dan berdoa. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. 

    Etuza ada mendapat whatsapp daripada kawan-kawan tentang terkini keadaan mangsa banjir yang berlindung di bangunan bertingkat dalam keadaan ketiadaan bekalan makanan amat memeritkan hati, dikatakan bahawa ada yang berlindung di asrama - asrama sekolah juga dalam tempoh 40 jam tiada bekalan makanan kerana jalan perhubungan terputus selain talian elektrik juga terputus. Sungguh kasihan kita kepada mereka yang menjadi mangsa. 

     Marilah rakyat Malaysia berdoa dan berdoa agar Allah percepatkan proses banjir ini. Mari ambil iktibar dari kejadian ini agar kita terus menebalkan iman kita dan merendah diri di hadapanNya. Kita usah lagi terus-terusan ego dengan nyawa yang kita ada, kerana semuanya Dia yakni Allah yang meminjamkan semua apa yang kita ada. Marilah bersangka baik kepada Allah bahawa tiap apa yang berlaku itu ada sesuatu yang akan lebih baik mendatangi kita dan negara kita Malaysia. Allah itu maha kaya dan maha adil serta maha tahu, bahawa tidak ditimpakan sesuatu itu melainkan membawa kebaikan kepada kita semua.  Pray To Pantai Timur tanpa henti doa dan doa tulus kepadaNya.InshaAllah Allah akan mendengar rintihan hati Malaysia.

    Menjelang petang tadi Etuza ada menghubungi saudara Ustaz Hanif Ibrahim di Terengganu, bertanya khabarnya dan keadaan di desa Ustaz Hanif. Alhamdulillah kata Ustaz hanif Ibrahim, banjir tidak berlaku di desa Ustaz Hanif tetapi dalam keadaan orang kampung berjaga-jaga. Ustaz Hanif Ibrahim mengatakan sedang berada di Kedah negeri kelahiran isteri Ustaz Hanif yang baru mendirikan rumahtangga dua minggu yang lalu. Sementara Ustaza Shima yang bertugas serta kini bercuti di Kelantan mengatakan bekalan makanan semakin berkurangan dan air banjir belum surut. Segala jalan tidak boleh dilalui. Ya Allah kesihani rakyat kelantan ya Allah. Ampunkan dosa kami ya Allah kuatkan iman kami dalam melihat dan mereka merasai deritanya keadaan banjir. Bergelut dengan air dan bergelut lapar dahaga. Tiada daya upaya kami selain memohon kepadaMu ya Allah ya Rahim ya Rahman. Amin ya rabbal alamin.
Sedih....
 Etuza Copy Gambar ini di blog 
Krayaku Paridah Ishak

( 6 kanak-kanak yang kehilangan ibu dan ayah)
sangat sedih melihat, siapalah yang menjaga
mereka ini...

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

6 ulasan

moga segalanya kembali pulih seperti sediakala...

moga semua tabah hadapi ujian ini

Terima kasih ya HJ dan ZarulF..anda berdua perihatin komen di entry ini. Pelik juga bila lama baru entry ni di komen. Pelik tak ada ke blogger suka banner sokongan etuza agar kita non stop berdoa dan berdoa khasnya negara kita agar tak lagi banjir. Appaun etuza dah zahirkan sokongan kepada mangsa banjir. Sungguh ngeri melihat kerosakan di maya..klik ja akhbar nampak semuanya punah ranah..

amin..semoga doa kita dikabulkan

Pray for semua negeri dan mangsa banjir yang terlibat...

Pray for Malaysia...

in sha Allah jika tiada aral melintang JM adalah salah seorang sukarelawan yg akan terlibat dalam misi bantuan mangsa banjir di pantai timur mulai 3-8 jan nanti

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (434) Ceritaku (418) Berita (380) Agama (369) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (295) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (204) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (180) Berita Keningau (175) Hadiah (150) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (117) Sejarah (104) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Percutian (25) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger