Nikmat & Anugerah Subuh Hari...

Nikmat & Anugerah Subuh Hari...

Nikmat & Anugerah Subuh Hari.

Syukur alhamdulillah pada Nikmat dan Anugerah Subuh Hari
Segalanya atas ketentuanNya..nikmat kehidupan ini..

Gambar-gambar di pagi hari dapat menikmati keindahan
panorama alam, selain menikmati makanan yang ada..
Jika tidak dikurniakan maka akan kehilangan nikmat
dan anugerah di Subuh Hari...

     Bangun pagi ketika subuh menjelang memang sangat banyak nikmat dan anugerah dari Allah yang esa. Nikmat pagi subuh menjadikan kita selalu bersedia untuk melakukan tugasan seharian dengan penuh tenang dan terurus. Adakah anda memikirkan betapa besar nikmat ketika awal pagi subuh kita sudah bangkit dari pembariangan yang lena seketika di malam hari. Sayang andai nikmat pagi subuh itu anda tidak menemukannya.

    Kalau bangun pagi, ambil air wuduk tunaikan solat, menandah tangan dengan penuh rendah diri, menyebut kalimah dan bait katamu memohon pada Ilahi apakah kebutuhan kita. Memang sangat nikmat di pagi subuh, kita dapat peluang menunaikan solat dan berbicara seketika secara langsung kepadaNya. Rasakan anda diperhatikan olehNya dan Dia mendengar doa tulus mu.

      Selain itu nikmat paling nyata berada di hadapanmu anda kita diberi nikmat pagi subuh. Mudah dan cepat menikmati juadah sarapan pagi, sempat melihat kelopak bunga menyerlahkan keunikan dan tenaga warnanya serta dapat menghirup udara segar di sekelilingmu.  Terasa badan bertenaga, terasa dingin menampar roma-roma kulit kita, terasa nafas lega dan hembusan nafas segar sekali. Kemudia nikmat lain lagi ialah melihat uniknya  ikan berenang renang di kolam, melihat si kucing mendongak melihat kita pun bangun di awal pagi. Ada kehadiran rasa ceria bahagia dan gembira sangat bersyukur atas segala nikmat yang di rasa, yang di sentuh , yang di jamah, yang di minum,yang di lihat,yang di renung segalanya adalah NIKMAT & ANUGERAH DI SUBUH HARI anda.

Nota: Memang banyak nikmat yang kita kecapi jika kita awal bangun di pagi hari.Yang paling jelas ialah kita dapat tunaikan solat subuh dan meneruskan perancangan kehidupan hari ini dengan lebih aman dan damai.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

17 ulasan

betul tu cikgu...semoga hidup kita dilimpahi dengan keberkatanNya..aminnnn

Alhamdulillah...syukur kerana kita masih diberi kesempatan menghirup udara dibumiNYA...

Alhamdulillah bersyukur dengan nikmat yqng diberi..

Semoga kita semua tergolong dalam keberkatan NYA jua...

betul cikgu etuza. nikmat subuh.
waktu terasa lebih panjang dan bermakna...

di keningau ada banjir tak cikgu?

Alhamdullilah..sejuk je..sini dah lima hari hujan tanpa henti..

terasa rindu plak.. bagun pagi di kampung.. then settel urusan subuh semua.. keluar di hadapan rumah.. time berkabus lagi.. sambil tengok suasan di jalan.. ada nak kesekolah.. ada hendak kebun..ada hantar anak2 kesekolah... seronok tengok..sambil bertegur sapa dengan jiran...

tengok ank cikgu minum dutch lady tu... teringin plak hujan2 ni nak minum dutch lady coklat...

setuju, nikmat bangun pagi... penuh pengharapan agar dapat dijalani dengan mudah.. :)

Saya singgah lagi pagi ni..

Rajinnya akak Umi :-)

bangun seawal pagi..tunaikan solat subuh dan jgn tidur selepas itu..badan akan bertambah segar..jika biasakan diri tidur selepas solat semasa cuti badan akan menjadi lemah

Saya singgah lagi dan lagi, hi3

Waktu gitu sibuk siapkan sarapan pagi ntuk suami tercinta.. (Anak2 xmo..)

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger