Mercu Tanda Di Keningau, Sabah

MERCU TANDA DI KENINGAU, SABAH

Ini hasil photography By Etuza pada petang isnin
yang lalu. Ambil gambar pada 4 sisi di Keningau.

Gambar Hotel Juta Keningau - Desimber 2014.By Blogger Etuza.

       Keningau kini 2014 memang sedang pesat membangun. Membangun dengan pelbagai prasarana kegunaan masyarakat Keningau khasnya dan seiring dengan itu turut juga membangun dari segi pertambahan penduduk yang ternyata Etuza lihat semakin ramai dari sehari ke sehari.

     Etuza sangat berharap agar kemajuan Keningau dari segi pertambahan penduduk masih didominasikan oleh masyarakat Kadazan Dusun, Murut dan suku bangsa lain agar keadilan dapat dinikmati oleh masyarakat originaliti Keningau dinikmati dengan penuh saksama. Semoga pemilikan kad pengenalan yang hangat dikatakan adanya unsur pemalsuan kad pengenalan atau adanya keterangan IC secara haram kepada yang tidak berhak akan terhapus dan individu yang dipertanggungjawabkan dalam hal ini tampil ke hadapan dan mengakui serta sedar akan perlakuan tidak bermaruah ini. Semoga Bumi Keningau di jaga dan dilihat oleh Allah sebagai tempat yang aman dan harmoni kehidupan di Keningau kini dan akan datang.

       Bercakap hal MERCU TANDA DI KENINGAU, SABAH menurut Etuza inilah dia antara mercu tanda Keningau iaitu HOTEL JUTA  yang di bina yang mempunyai lebih kurang 10 tingkat. Memperlihatkan gagahnya hotel ini teguh berdiri atas ketinggian yang diperakukan di tengah bandar Keningau kini. Etuza ada membuat satu kajian apabila Etuza bergerak pada 4 kawasan terkenal di Keningau, nampaknya tetap teguh kelihatan Bangunan Hotel Juta ini. 4 kawasan itu ialah :-

1. Ketika Etuza berada di kawasan Bank CIMB Keningau. Hotel Juta kelihatan amat jelas sebab itu Etuza tertarik untuk mendapatkan gambar dari arah CIMB Keningau.

2. Ketika Etuza bergerak ke kawasan Pejabat Pos Keningau, masih terlihat setengah bangunan Hotel Juta di Keningau. Ini boleh memandu arah kepada pelancong yang akan datang melawat di Keningau.

3. Ketika Etuza bergerak ke Supermarket Kedai Kuning berdekatan dengan Bangunan Dewan Besar Sekolah Menengah Saint Francis Xvier. Jelas dan megahnya Hotel Juta pada sisi kanan Hotel juta ini.

4. Ketika Etuza bergerak dan parking kereta di Masjid Al Rahim Keningau. Ha kalau di sini kita akan melihat full bangunan ini. Kepada anda yang datang ke Keningau kalau singgah di Masjid Keningau untuk solat, jangan lupa ambil gambar Hotel Juta Keningau. Cantik dan inilah mercu tanda Keningau yang sebenarnya, selain Keningau terkenal dengan jolokan Kayu Manis.

Nota:  Hebat kan Etuza membuat liputan tentang mercu tanda Keningau Kini iaitu Hotel Juta. Etuza tak pasti berapa taraf bintang hotel ini, insha Allah akan buat kajian kalau Etuza datang ke Hotel Juta ini. Mana tau ada function kat Hotel Juta ini.

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Assalam Etuza..CP akan ke Sabah April 2015 nanti. Sekarang tengah dok plan tempat yang bakal dikunjungi. Harap dapat singgah Keningau nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam NAH ..wah April 2015. Tak lama lagi tu..Plan betul2 ya..dalam azam baru ke tu 2015. Kalau ke Sabah kena stay dahulu di Kota Kinabalu. Kalau stay DI Kota Kinabalu ..cari Hotel tabung Haji ya..atau ada family ke saudara ke kat Sabah. After tu kena travel ratus KM baru sampai di Keningau..keningau area pedalaman atas..memang akan meredah gunung ganang ya NOH..tapi jalanraya ok..guna shorcut jalan KIMANIS atau jalan Penampang tambunan ha sini yang perit jauhnya ..Inshaallah moga hajat tercapai ya..

      Padam
    2. bukan NOH tapi NAH Nor ariffin Hamzah..sorry..

      Padam
    3. beratus KM dari KK ke pekan keningau ke cikgu..berapa jam tu cikgu..kalau JM mmg berasap montot

      Padam
    4. Ya memang jauh ada lebih kurang 2 jam jika pemanduan berhemah kalau laju 1 jam lebih ja...JM kan biasa travel tu..)

      Padam
    5. alaa..JM travel naik flight dan tren jadinya x terasa sgt penat..kalau drive sendiri mahu 2 jam x sampai..JM ni pemandu berhemah...selau kena perli ngan member opis..JM kalau bawa kereta kata mereka paling laju 90 km/j ahahah

      Padam
    6. Saya dah biasa travel jalan berbukit2.. Seronok rasanya walaupun agak penat

      Padam
    7. Hotel JUTA, nanti nak search..

      Padam
    8. InshaAllah memang dalam plan 2015..akan sampai juga Sabah nanti

      Padam
  2. Hotel Juta kena bagi compliment pada cikgu ni sebab dah buat banyak liputan buatnya:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak apa kita nak buat ..bagi kridet kepada Keningau Kini

      Padam
  3. mercu tanda itu penting agar memudahkan pelancong melawat ke sana

    BalasPadam
  4. Pemalsuan IC akan merosakkan negara dan merugikan rakyat tempatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul apakan daya ada saja hal IC di dada akbar di metro hari ini pun ada juga berita hal ic..

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.