Mampukah Pertahankan Persahabatan Maya

Mampukan Pertahankan Persahabatan Maya.

ini gambar depan teratak Etuza, hujan sedang turun di pagi hari..
cuaca sejuk dan segar serta deru hujan mendamaikan..
kelihatan mentari semakin memancarkan cahayanya...
    
     Kita perlu akur apabila blog kita tidak dikunjungi, blog kita sepi tanpa suara dan apa yang berlaku adalah terbitnya catatan yang kelihatan ada pembaca maya yang hanya membaca secara sepi tanpa memberikan komentar yang kita dambakan dan kita harapkan. Kita akui kita sebenarnya tidak dapat mengikat atau tidak boleh memaksa sesiapapun menyukai blog kita. Sungguh jauh kehendak untuk sentiasa bersama berinteraksi secara harmoni di arena blog kita. Kita harus terima hakikat ini. Dan Etuza antara jutaan blogger yang sedari awal faham dan terima hakikat apabila akan berlakunya perasaan sepi dalam blog.

Blog yang sihat.

    Blog yang sihat yang Etuza maksudkan ialah blog yang mampu melontarkan ilmu dan memberikan kesan agar jiwa pembaca menjadi segar dan berbunga dengan ilmu dalam sesebuah blog. Bila mekar perasaan pembaca atau blogger maka mereka akan memberi respond tanpa di sedari ke dalam ruang komen, pun masih berlaku yang merasa senang pada paparan blog itu tanpa mengukirkan kata-kata. Itu digelar pembaca senyap yang masih kita hargai dan sangat kita harapkan agar kembali membaca lagi.

Blog yang tidak sihat

     Blog yang tidak sihat, adalah blog yang menurut Etuza blog yang sukar kita faham apa kah yang ingin disampaikan oleh blogger itu. Blog yang kelihatan menyampaikan rasa geram kepada pihak tertentu tetapi tidak jelas. Selain itu blog yang mencuba mengaibkan pihak tertentu, blog yang berbaur fitnah dan menampilkan gaya penulisan yang mengundang sensiviti masyarakat, seperti membuat kenyataan salah terhadap agama lain. Jika ada blog yang memaparkan penceritaan mengenai memburukkan agama lain maka ini blog tidak sihat di arena blog. Memang kita perlukan blog untuk menyalur teguran kepada pihak kerajaan atau kepada pihak individu tetapi haruslah dengan cara yang betul dan diterima oleh semua lapisan masyarakat di mana sahaja berada.

Harapan sebagai blogger

    Sebagai blogger yang masih aktif sesungguhnya kita mengharapkan banyak harapan yang ingin kita capai. Namun seandainya harapan itu sukar kita capai, meskipun kita sudah berusaha sebaik mungkin kita terima lah hakikat bahawa itulah rezeki kita di blog. Di sini ingin juga Etuza nyatakan harapan tiap blogger itu adalah seperti berikut sebagaimana pengamatan Etuza pemerhatian Etuza menerusi blogwalking pada setiap kesempatan Etuza berblog. Mari kita lihat satu persatu.

1. Blogger mengharapkan ramai followers. 

   Ya memang antara inilah harapan Etuza sendiri. Pengikut blog mencecah ribuan, belasan ribu dan puluhan ribu satu tanda KEGEMBIRAAN perasaan seorang blogger.Ikhlas dan jujur Etuza memang harap akan ramai follow blog Etuza. Dan usaha mengikuti segmen selalu juga Etuza lakukan. Kepada blogger baru dan lama boleh lah follow blog Etuza dan blog yang lain dengan ikhlas dan tiada paksaan.

2. Blogger mengharapkan entry, catatan di baca dan drop komen.

    Tiap catatan kita sebagai blogger, kita paling harapkan agar catatan kita itu ada pembaca setia, ada pembaca senyap dan ada pembaca yang terang dan dropkan komen membina serta komen teguran yang memberi kesedaran dan membangunkan jiwa blogger itu. Ya tidak kisah jika paparan di blog sekalipun cuma gambar, cuma ayat ringkas yang hanya dua ayat berbaur motivasi kata-kata semangat atau panjang berjela catatan di blog, tetap kita mahukan pembaca pada catatan kita itu.  Blog tanpa sebarang komen amat sepi,kerana Etuza rasakan kesepian tanpa komen anda, tanpa kehadiran anda. kebiasaan yang kita lakukan saling berinteraksi dan saling kunjung mengunjungi. namun apakan daya jika belum ada kesempatan berkunjung itu maka seorang blogger hanya mampu bersabar menanti kehadiran teman maya dengan penuh harapan. Semoga harapan itu suatu masa nanti akan menemui sinar kegembiraan.

3. Blogger mengharapakan persahabatan dua hala.

     Hal mendapat sahabat maya juga adalah harapan blogger. Tapi Etuza tidak nafikan ada atau memang ada blog yang kemungkinan tidak suka berinteraksi dengan orang lain di alam blog. Blogger itu hanya suka memaparkan catatan yang paling bernas, menyedarkan ramai orang ke arah hidup yang baik, tetapi blogger itu tidak mengambil jalan berinteraksi secara terbuka di dalam blog. Segala komen pembaca dan peminat blog blogger itu sekadar dibaca dan tidak dikunjungi pula blog pengomen tegar blogger pengomen itu. Hal ini kita harus hormati juga. Tetapi agak berbeza dengan Etuza serta ramai blogger lain bahawa memang kita harapkan persahabatan maya ini. Persahabatan maya akan wujud apabila blogger komen mesra ke blog kita dan kita komen mesra juga ke blog blogger itu.

   Ya tidak kiralah blogger itu siapa, dari mana, blogger lelaki atau blogger wanita, blogger dewasa atau blogger remaja, sekalipun blogger kanak-kanak yang tinggi dan matang cara berblog maka boleh saja menjadi sahabat maya kita. Blogger sombong dan blogger mulut lesser pernah Etuza terbaca paparan menyatakan blogger sombong dan mulut lesser. Ini berlaku juga. Tetapi apakan daya sebagai blogger kita hanya menyampaikan mungkin ada maksud tersirat tetapi ada blogger yang tidak faham dan terasa hati. Ha jika ini berlaku interaksi dua hal harus berlaku sebagi menjernihkan niat tujuan dan apa maksud catatan di blog hingga ramai blogger atau pembaca maya melontarkan pertanyaan. Di sini sekali lagi Etuza nyatakan bahawa  sebagai blogger memang kita semua berhak menaruh harapan agar kita dapat menjalinkan persahabatan di arena blog. Jika tidak kita ibarat berblog bisu, hanya mampu melonjakkan perasaan gembira dan puas hati setakat kita tampilkan apa yang kita suka buat di blog. Bagi Etuza rugi jika tidak lakukan komunikasi dua hala, kerana pada Etuza akan terjalin  UKUHUWA  antara blogger dan kita harapkan adanya hikmah dan kasih sayang sesama manusia serta dalam ukuhuwa itu pula terjalin pahala dari Allah SWT. Alangkah bagusnya harapan seperti ini. 

Nota: Andai ku dapat ku terjah semua blog dan ku lafazkan komentar yang mesra dari lidah Etuza secara ikhlas. Tapi apakan daya sesekali saja menerja maya. Kalau line lancar segera drop komen. Dan andai mampu ku pertahankan alangkan bahagia jika ada blogger yang dulu setia masih suka dan menyukai blog Etuza. Andai ada mengguris hati di tiap komentar Etuza mohon Etuza di maafkan. Mungkin kemesraan menyebabkan kata komen terlebih rasa, mohon juga Etuza di maafkan.
   

Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Mohin maaf jika informasi Etuza anda tidak sukai ...sepinya tiada komen seperti dulu.apakan daya kemungkinan ada masalah yang belum selesai..atau kah blog Etuza sukar nak drop komen seperti kata blogger di ruang google +

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. assalamualikum
    singgah pagi
    insyaallah

    BalasPadam
  4. Semoga persahabatan kita berkekalan cikgu. Bukan sekadar di alam maya...tapi di luaran harap2x jima berjumpa bertegur sapa lah kita. Nnti datang melaka ke bgtahu lah...boleh bawa jalan2 kt sini.

    BalasPadam
  5. inshaAllah Saf..tak mustahil melawat ke sana...

    BalasPadam
  6. semoga ukhuwah yg terjalin berpanjangan...biarpun hanya di alam maya...

    BalasPadam
  7. suka entry cikgu Etuza yang ini..memang jujur.betul, kita tak boleh nak paksa orang..persahabatan kalau dibuat-buat jadi tak seronok pula.apa-apa pun, yang penting kita sentiasa share perkara bermanfaat buat pembaca

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sal!! still remeber sis JM...lama x terjah blog Sal bukan x sudi tapi baru balik bercuti..tunggu ye ;-)

      Padam
  8. Kalau boleh nak ketuk dan masuk semua rumah tapi manalah sempat kan.. Tapi buat kakak siapa pun yg singgah memberikan rumah kakak pasti kakak akan balas kunjungannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. perinsip kakt Zakie sama like JM..dah lama x terjah blog kak Zakie..tungguuuu!!!

      Padam
  9. 4 thn dlm berblogging. alhamdulillah sahabat di alam maya juga sahabat di dunia nyata...ramai dah jumpa dan bertentangan mata

    BalasPadam
  10. InshaAllah akan teruskan persahabatan maya ini walaupun tidak sempat komen tapi masih jua sempat baca apa yang menarik.

    BalasPadam
  11. singgah sini cikgu etuza.

    apa khabar orang di sabah bagaimana dengan banjir?

    BalasPadam
  12. blog yg bagus pasti akan dikunjungi... walaupun komennya kurang tetapi bilangan trafik yang tinggi menjadi bukti betapa bagusnya sesebuah blog tersebut.

    BalasPadam
  13. Pastinya masing2 ada tujuan tersendiri dlm berblogging.. namun apa yg penting selagi ia niat yg baik & membina, akan ttp disokong dgn doa & ukhwah... Semoga semua dpt mencapai segala yg dihajatkan dlm dunia berblogging ini... aamiin.

    BalasPadam
  14. Kadang tak sempat bak bw cikgu....tu yg tak sempat nak berkomen. Hajat di hati mmg ada nak berkunjung ke blog yg pernah kita kenal tp apakan daya kadang tu masa yg jadi penyebabnya

    BalasPadam
  15. Maaf Cikgu, dek kekangan masa & situasi kurang mengizinkan, saya sepikan diri seketika tapi tetap setia membaca setiap entri di sini..

    Insya Allah akan kembali seperti biasa..

    BalasPadam
  16. Insya Allah balik nanti baru dapat bw seperti biasa, berblog tanpa lappy agak suram..

    BalasPadam
  17. Bagi JM..tiada paksaan kepada reader utk tinggalkan komen atau tidak..jika mereka hanya sekadar baca tanpa tinggalkan komen itu sudah cukup. Pertambahan bilangan follower juga bukan motif utama.

    BalasPadam
  18. Apa yg JM buat adalah kongsi info sebanyak mungkin kepada rakan reader di luar sana sbg rujukan. Jika mereka suka tinggalkan komen itu satu penghargaan yg besar. Kunjungan mereka akan di balas in sha Allah antara cepat dan lambat

    BalasPadam
  19. Rakan reader saling hilang silih berganti itu perkara biasa bagi JM kerana pernah laluinya. Terdapat juga kenalan di alam maya yg tidak kekal lama..itu perkara biasa

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.