Kita Mulakan Dengan Doa

Kita Mulakan Dengan Doa

Doa Awal Tahun dan Doa Akhir Tahun
Baca dan letak di blog, dengan niat baik akan ramai
klik dan membaca bersama.

ayat doa ini di petik dari blog Tahu, Faham & Ama
Sumber dari blog Tahu, Faham  & Amal  klik
agar lebih besar


Alhamdulillah, syukur kepadaNya, kerana pada hari ini bermulanya awal tahun 2015 pada tarikh pertama di bulan pertama detik waktu sinar kehidupan 2015. Iaitu 1hb januari 2015 bersamaan hari khamis.

Dari laman Etuza ini, tiada kata lain yang dapat diucapkan selain merasa amat bersyukur dengan nikmat hidup yang jelas Allah beri kepada kita hingga mengecapi udara dan bernafas hingga kini. Tahun 2014 yang semalam detiknya menutup tirai melabuhkan layar digantikan dengan layar 2015, kita anggap kenangan yang manis, detik waktu yang kita tidak akan lupakan semudahnya. Tetapi menjadi satu titik untuk mengemudikan kehidupan 2015 dengan cara yang lebih baik. Jadikan 2014 yang berlalu sebagai pengalaman dan panduan agar kita lebih berhati-hati menegemudi layar 2015 ini.

Memang banyak perkara secara individu atau terhadap negara yang berlaku pada 2014. Bercampur baur manis dan pahit kita rasakan. Kegembiraan yang kita alami beraduk juga rasa kesedihan yang meruntun hati. Ya menyedihkan apabila keadaan insan-insan di Malaysia yang malang menimpa apabila tragedi hilang kapal terbang dan kapal terbang musnah di tembak juga tragedi ngeri banjir yang besar berlaku bagaikan telah ditakwimkan oleh yang kuasa pada tahun 2014. Itu dalam kancah era kehidupan kita di Malaysia serta di seluruh Dunia telah jelas nyata kita laluinya.

Pastinya era 2015 yang penuh dengan sinaran ini, kita harapkan semuanya yang baik yang murni dan yang elok, kita harapkan yang terbaik, kita harapkan negara kita Malaysia aman dan harmoni. Jauh dari segala musibah dan angkara yang merugikan. Semoga segenap masyarakat Malaysia telah berdoa dan sentiasa berdoa ( zikir ) kepada Allah agar kita meminta yang baik dariNya.Tidak lain dan tidak bukan, hanya kita meminta kesihatan, keberkatan dan kedamaian serta rezeki yang halal kala melayarkan bahtera kehidupan 2015.Sebelum mengundur diri, sebagai insan yang lemah ini mari kita semua hindarkan kata mengata, umpat keji dan bersangka buruk kepada kita sesama, kerana perbuatan ini benar-benar merugikan dan menjadikan kita bergelomang dengan dosa. Menudu sesuka hati, melihat yang baik dianggap riak amat-amat kita hindari. Usah cepat melihat yang baik dan elok itu dianggap riak tetapi bertindak menyelidiki dan menegur dengan cara berhikmah inshaAllah akan diterima oleh semua lapisan masyarakat.

Note: Kepada ahli atau individu yang agamawan..tolong tegur dan beritahu sebagai ajaran dan mendidik Etuza kiranya dalam blog ini ada unsur  kesilapan tanpa Etuza sedari. Niat Etuza hanya menyampaikan sesuatu yang memberi kebaikan kepada diri, keluarga masyarakat dalam mendukung negara ke arah kemantapan akidah dan cara berfikir ke arah yang lebih maju. Insha Allah kiranya ada yang baik diadaptasi dalam blog Etuza alangkah bahagia kehidupan Etuza dan keluarga.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

Kalau nak lagi jelas doa ni klik pada blog yang Etuza linkkan tu ya

Selamat tinggal 2014 dan selamat datang 2015, moga hari2 mendatang membawa sinar kebahgiaan, aamiin...

2014 sudahpun melabuhkan tirai dan kedatangan 2015 dinantikan.

Cadangnya hari ini kami ingin melawat kae. banjir di Kel, bawa sikit bekalan makanan sumbangan orang ramai untuk membantu mangsa2 banjir..

Mudah2an dengan sumbangan ini biarpun sedikit dapat membantu meringankan beban mereka., moga perjalanan kami dipermudahkanNya, aamiin

SELAMAT TAHUN BARU 2015

Bersama-sama lah kita mendoakan kesejehateraan dan kemakmuran bagi seluruh negara dan seluruh dunia. Semoga 2015 ini akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... amin...

betul tu UMI..terima kasig..

Assalam cikgu, dah sarapan? hi hi
Moga lebih ceria menjelang 2015 ni, in shaa Allah.
saya dah bagi jawaban utk segmen aritu, sila tinjau yea, tq :)

Selamat Tahun Baru Etuza.

selamat tahun baru utk cikgu sekeluarga...semoga th ni menjanjikan yg baik2 saja utk kita semua..

ye mulakan semua perbuatan dengan DOA agar mendapat keberkatan dari Allah

selamat tahun baru...

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (446) Ceritaku (431) Agama (384) Berita (384) Dunia Blog (339) Doa (313) Promosi. (313) Info Lelaki (272) Tips Blog (271) Pengalaman (240) Anak (226) Pendidikan (215) Nasihat (210) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (186) Berita Keningau (180) Hadiah (156) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Sejarah (109) Ekonomi (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (77) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Award (31) Percutian (31) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (24) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger