Kenduri Di Blog Etuza Kenyangkan Mata Saja lah Ya!

Kenduri Doa Selamat & Kesyukuran 
Dan Bacaan Yasin Tahlil Arwah 
Tidak lah seberapa mana yang ada dihidangkan
Janji habis di makan alhamdulillah tidak lah membazir.
Untuk penggemar Blog Etuza inilah CERITA SEMALAM
sibuk yang melanda akhirnya sudah terlaksana.
Terima Kasih Ya Allah Ya Rahim Ya Rahman.

 
  1.  Sambal tuhau makanan tradisional orang Sabahan ( air tangan ipar )
  2. Kerabu sayur pahit ( air tangan ipar juga )
  3. Namgka masak rebus dengan tulang  ( air tangan mama )
  4. Semuanya biasa-biasa cara orang kampung masak.
  1. Ayam masak kurma ( air tangan mama )
  2. Sepatutnya ni ayam masak kari tapi lupa snap ( air tangan mama )
  3. Ayam masak rendang ( air tangan Etuza..hahaha...isk!! )
  4. semuanya habis semalam..yang jauh dekat datang. 
  1.  Puding susu buah2an berkastad 
  2. Air tangan Etuza dan adaptasi RESIPI BLOGGER MADAM KAMSIAH YUSOFF.
  3. BEST!! SEDAP SEMUA NAK LAGI HEHEHE DAH HABIS ADIK OIII!!!.
  4. SORRY YA BUAT SEKALI SAJA DALAM KUALI..TAK SANGKA 
  5. HABIS SEBAGAI PENCUCI MULUT.
  6. TQVM MADAM KAMSIAH.
  1.  Tetamu dari Taman Jutaya 2, dari Kg. Kosugui Keningau.
  2. Ipar dari Kg. Penagatan Ulu  ipar suami kakak Etuza.
  3. Keluarga ipar dari Kg. Kauraan, Keningau.
  4. yg lelaki tu bekas kakitangan RISDA.
  1.  Ipar dari Sandakan balik bercuti - TqVM
  2. Anak-anak buah dan anak Ustaz Rais Justi ( Ketua Baca Doa )
  3. Anak-anak Etuza hahaha Ibnu dah pakai seluar..tapi masih jalan tak stabil.
  1. Kawan- kawan Alya..suka sangat dia  malam ini dikerumuni oleh kawan-kawa saudara mara.
  2. Adik bella bersama ibu Etuza. Sedang borak apa tu ...

Catat Ulasan

32 Ulasan

  1. Kalau saya pergi kenduri tu saya akan tuju ayam masak rendang air tangan Etuza tu dulu...pasti sangat sedap!!

    BalasPadam
  2. sambal tuhau tu mmg unik..tapi itu tuhau ke Tauhu..apa bhn yg di gunakan utk buat sambal tuhau tu cikgu

    BalasPadam
  3. Saya tertarik dengan menu 1, 2 & 3, maklumlah penggemar sayur2an..

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Sambal tuhaa plsssss.. teringin nak cuma menu2 seberang sana

    BalasPadam
  6. @Jari Manis
    tuhau lah Jm bukan tauhu..mesti aroma Jm rasa pelik kalau nak makan ni ...tapi hari tu Ustazah dari Kelantan sekali makan mau hari2 dia time tua ada jamuan di sekolah..

    BalasPadam
  7. @umi alya

    oooo UMi vegetarian pula ya..sikit pun tak makan ke daging2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bukan vege tapi saya mengemari menu berasaskan sayur2an..

      Padam
    2. Terlupa nak komen pasal Ibnu Mustaqim, aikkkkk awalnya berseluar, tak ngilu k dik??

      Ngalah UA semasa berpantang ni, langsung tiada pantang larang, ngeeee..

      Padam
  8. @umi alya
    inshaAllah cuba usahakan bahan nya ya tentang tuhau

    BalasPadam
  9. @umi alya
    Umi dia paksa diri pakai seluar, malu tu pakai sarung angat ke atas..memang ngilu ..lepas ja majlis hahaha berpelikat semula..kesian. Hari ni dah buka balutan lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yang buka balutan, cikgu @ isteri? Pastinya tempat tu sentiasa kering..

      Padam
    2. ** pastikan tempat itu sentiasa kering.. Silap..

      Padam
  10. @umi alya

    samalah kes seperti JM..dalam satu hidang perlu ada sayur atau ulam ulaman..jika tak de hidangan tu mesti x lengkap..nk jadi awek muda seperti kak Umi jgk heee

    BalasPadam
  11. @Etuza Etuza
    time tu..bukan tua. hadui nilah nak cepat ja kejar line terbit terus.

    BalasPadam
  12. Asalam..kesian semua tetamu duduk di lantai sejuk tu.. carpet merah dan biru tak kering Etuza hantar di dobi khas cuci carpet ..semua nak makan atas lantai..

    BalasPadam
  13. @umi alya
    Ya memang selalu pantau dia, makan udang , ikan bilis telur ..dan yang gatal2 kawal ..tapi semalam makan banyak lebih sikit dia tu UMI..nanti jawab ya yang pakai seluar tu hehehe..kesian juga ..

    BalasPadam
  14. Saya datang jamu mata. Alhamdulillah, majlis Etuza berjalan lancar. Berkenan pula tengok sambal tuhau tu.

    BalasPadam
  15. @umi alya

    JM x kenal tapi cara komen JM tahu kak umi sweet dan masih muda :-)

    BalasPadam
  16. Cikgu...nanti jgn lupa kongsi resipi tauhu..ehh..tuhau tu ye

    BalasPadam
  17. @Jari Manis

    Muda sangat itu idok le JM, maklumlah udah punyai anak2 remaja tapi nak kata tua sangat itupun rasanya tak boleh juga, maklumlah masih punyai anak sekecil Alya.

    BalasPadam
  18. @Jari Manis

    akakpun sama, nak tahu sangat "camner rasanya tuhau..", sib baik belum mengidam, ngeeeeee..

    BalasPadam
  19. masakan kg lah paling sedap cikgu etuza.. ayie mmg suka masakan kg.. kalo blik umah biasa mmg masakan kglh yg ayie akan cari.. len xpon.. sebbkn ayie orng jawa, normalnya, mknan berunsurkan tempe adlh paling sedap dimkn

    BalasPadam
  20. memang seronok sangat2 kalau tetamu yg diundang makan sehingga licin hehe

    BalasPadam
  21. apa bahan2 utk buat sambal tuhau tu..??
    kerabu sayur pahit tu..buah peria ke??

    BalasPadam
  22. @❤Kamsiah❤

    Kerabu sayur pahit = keabu peria.. betul tak Cikgu?

    BalasPadam
  23. Senang ler isteri vikgu.......cikgu rajin dan pandai masak .....
    Sedapnya lauk pauk tu Cikgu kalau ada sambal tumis udang lagi terangkat kan cikgu

    BalasPadam
  24. Menu semuanya menarik. Tengok gambar pun dh tau meriah.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.