Kejar Rama - Rama Cantik di Laman

Kumbang Di Laman Datang Menghisap Madu.
Bagaikan bunga-bungaan rela kerana
Seketika nanti Mentari memancar mengeringkan 
Madu bunga kembangan di Laman.
Klik SINI ( Suka Sama Suka Followers Blogwalking By Etuza Siei #1)

Kejar Rama-Rama Di Laman Etuza
Inilah antara rama-rama yang ada di laman Etuza hari ini.
Berterbangan kesana-kemari menghisap madu dicelahan
kembangan bunga yang indah. Hai Kumbang takkan lepas hisap 
madu engkau terbang ke madu lain pula...Ok awas ya..
Sang Rama-Rama Denda Masuk Blog Baru Tahu!!.

        Etuza kalau dah selesai berblog mulai lah keluar rumah, tiba-tiba nampak banyaknya rama-rama berterbangan ke sana- kemari menghisap madu bunga - bungaan yang pelbagai di laman Etuza. Pelik juga lah rasanya hari ini nampak lebih banyak bagaikan menceriakan halaman rumah ini. Putih, bercorak putih hitam kuning dan kecil besar pun ada macam-macam ada nampaknya.

    Tetapi ada satu yang benar- benar jinak..aik bertengek pula lah ke bahu Etuza, mujur pegang kamera. Tak sempat nak tangkap. Terbang lah dia...tengoklah Etuza kejar post rama-rama besar bersayap hitam merah di dada dan bintik-bintik oren sekitar mulut dan leher sang rama-rama ini. Sesunggut yang halus runcing membenam ke celahan bunga-bungaan. Hai bunga di laman eratnya hubungan itu kelihatan saling memerlukan. Indahnya melihat makhluk Allah ini. 

    Etuza kejar rama-rama indah corak di laman, akhirnya menjadi persembahan mayaku ini. Pesona & Mustika menjadi sandaran laluan berkongsi sesuatu yang indah dirasa yang menyenangkan semua seketika dalam pandangan mata kita. Adakah anda mengambil gambar rama-rama atau memang sukar di area anda. Ayuh mari ke blog Etuza kita lihat sang rama-rama datang di laman menghisap madu. Subahanallah semoga ada hikmah disebalik interaksi Etuza, rama-rama dan kuntuman bunga merimbung. Wallahualam.

Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. cantiknya rama-rama..jinak pulak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nor Ariffin ya cantik putih dan kuning nak gambar tapi liar sangat..payah nak klik kamera..

      Padam
  2. berapa ekor rama-ramanya..tiga ke? di tempat JM ni susah nk jumpa rama-rama..manalah ada pkok2 bunga di tanam di kawasan perumahan ni..bangun pagi nampak bangunan dan jalan tar je huhhu..lain lah kalau suasana kampung..adala laman mesti sejuk mata memandang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalam JM ada 5 ekor..nak tangkap gambar yang putih dan kuning tapi liar sangat..King rama2 yang hitam tu tak liar dia bagi kita pose banyak2..hadui cantik2 tau rama2 dekat rumah Etuza...banyak bunga sedang kembangan ..apa tidak datang lah kumbang rama2....

      Padam
    2. kuning dan putih pun ada...argghh yg tu pasti cantik..

      kumbang rama2 pun ada ke..yg JM tahu..kumbang dan rama2 kan beza

      Padam
  3. Tapi ada juga yang sampai hati menangkap rerama cantik itu, membunuhnya dan kemudian mengeringkannya konon atas dasar menyintai keindahan....

    BalasPadam
  4. Cantik kalau dimasukkan ke dalam frame..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Asalam SP..good idea ya..betul jugakan...terima kasih ya..

      Padam
  5. rama-rama yg berterbangan menyeri llaman...

    BalasPadam
  6. cantiknyaaa. rindu nak pegang rama2 kat kampung. banyak! Jom tengok kartun saya!

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.