Kata-Kata Akhir Bayangan Pemergian Buat Selamanya.

Kata-Kata Akhir Bayangan Pemergian Buat Selamanya.

Sentiasalah Bersedia Hadapi Saat Kematian

Gambar ketika pengebumian bapa mentua lelaki adik Etuza
di Tanah Perkuburan Orang Islam di Kampung Tandulu
Tambunan, Sabah.

     Saat kematian itu pasti, dan jika saat kematian itu sudah tiba tidak siapapun antara kita yang mampu menghalanginya. Seperti itulah yang berlaku pada arwah bapa mentua lelaki adik Etuza yang tinggal di Kampung Tanaki, Tambunan. 

   Sekitar jam 8.30 pagi hari ini Etuza dikejutkan dengan pemberitahuan mak bahawa ayah ipar Etuza di Kampung Tanaki tambunan telah meninggal dunia secara mengejut dan akan dikebumikan  sebaik selepas solat Johor pada hari ini. Etuza bersama dengan mak dan isteri segera bersiap ke Tambunan.

      " Saya pun akan pergi berjalan juga " 

    Menurut makluman, bapa mentua adik pada petang kemarin sentiasa tersenyum dan banyak berbual dengan anak-anaknya serta menantu yang berkumpul di rumahnya di Kampung Tanaki, Tambunan. Tiada menunjukkan apa2 petanda tetapi  keadaan mejadi pilu secara tiba-tiba arwah jatuh dan lemah lalu meninggal dunia sebaik sampai di Hospital Tambunan. Menurut yang diberitahu kepada kami semua arwah ada menyatakan nasihat kepada anak perempuannya yang akan bertolak ke Tawau kemarin atas urusan perniagaan. Katanya ayah nya ada melambaikan tangan dan berkata " Saya pun akan pergi berjalan juga". Kata-kata itulah yang menjadikan  keluarga ini berfikir sejenak, rupanya kata-kata itu bayangan bahawa ayah mereka akan pergi meninggalkan mereka semua selama-lamanya.

     Nama arwah ialah Mohammad Hakim Abdullah, pesara Polis dan berasal dari Kampung Tanaki, Tambunan. Arwah ini menurut Imam Masjid Tambunan mengatakan bahawa arwah ini lah yang membawa sinar Islam di Kampung Tanaki sehingga terbina sebuah surau di atas tanah bergeran arwah. Inilah amal jariah peninggalan paling besar oleh arwah. Semoga Allah mengampuni dosa arwah dan ditempatkan di sisi orang yang beriman.Semoga Allah kurniakan cahaya di alam kubur bagi arwah atas amalan yang baik sepanjang hidupnya.Imam berkata arwah pergi dengan keadaan tenang sekali tanpa menyusahkan anak-anak dan isterinya. Subahanallah.

     Arwah meninggal pada malam isnin, dimandikan  sekitar jam 11 pagi dan di sembahyangkan selepas solat Johor di Masjid Daerah Tambunan.Dikebumikan di tanah Perkuburan Orang Islam di Kampung Tandulu, Tambunan, Sabah  pada jam 2.00 petang. Dibacakan talkin arwah dan doa. Al- Fatihah kita hadiahkan kepada arwah Mohammad Hakim Abdullah, semoga rohnya tenang di alam kubur dan diampunkan dosa-dosanya. Dan takziah kepada keluarga Iskandar Mohammad Hakim Abdullah di Kg. Tanaki, Tambunan, Sabah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

7 ulasan

salam takziah buat keluarga arwah. dan semoga arwah di tempatkan di kalangan orang yang beriman dan di sisiNya..AL FATIHAH

Salam takziah, moga rohnya dicucuri rahmat, al fatihah..

al-fatihah..salam takziah untuk keluarga cikgu Etuza

Al-Fatihah kepada Arwah dah salam takziah kepada keluarga arwah..

Salam takziah buat keluarga arwah...

KepadaNya kita datang, kepadaNya jua kita kembali, al fatihah

semua manusia yang hidup akan mati atau temui ajal dan tidak mengenal usia. Jadi bagi kita yg masih hidup..marilah sentiasa muhasabah diri sejauh manakah amalan yg telah kita kumpul..terus tenung diri sendiri

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (434) Ceritaku (418) Berita (380) Agama (369) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (295) Info Lelaki (266) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (212) Nasihat (205) Pendidikan (204) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (180) Berita Keningau (175) Hadiah (150) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (117) Sejarah (104) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (85) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Percutian (25) Haiwan (22) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger