JOM JOIN SEGMEN SAYA: Ambillah iktibarnya.

JOM JOIN SEGMEN SAYA: Ambillah iktibarnya.

    JOM JOIN SEGMEN SAYA: Ambillah iktibarnya.

KLIK Segmen ini SINI untuk anda tengok syarat yang diberi.
Berakhir pada 31hb Disember 2014
Ada ganjaran hadiah menanti anda- Jemput Join / follow blog Nor Azimah.

   Tersebut kisah tentera Iskandar Zulkarnain melalui sebuah terowong yang tersangat panjang dan gelap. Terpijak oleh mereka batu-batu yang menyakitkan kaki. Ada orang berkata sebenarnya terowong itu dipenuhi oleh emas, intan dan berlian. Ada yang percaya, tetapi ada yang lansung tidak percaya.

      Yang percaya mula mengutip apa sahaja yang tercapai oleh tangan sehingga penuh kedua-dua tangan mereka. Ada yang membuka baju masing-masing dan membuat bunjut sehingga penuh bunjut, dimasukkan pula ke dalam mulut-mulut mereka. Yang tidak percaya tidak mengutip apa-apa berlalu begitu saja.

     Bila hampir sampai ke hujung terowong, cahaya samar-samar yang menyuluh hujung jalan itu sehingga ternampaklah oleh mereka betullah di dalam terowong itu dipenuhi intan berlian. Ada yang meminta kebenaran dari Iskandar Zulkarnain untuk berpatah semula untuk mengutip segala khazanah berharga tersebut tetapi tidak dibenarkan. Semuanya menyesal, menyesal yang amat sangat...

    Yang paling menyesal adalah mereka yang lansung tidak percaya. Yang percaya tapi hanya mengutip sedikit pun menyesal. Yang mengutip banyak sehingga penuh baju dan mulut mereka pun menyesal.." kenapa aku tak pinjam baju kengkawan, boleh isi banyak lagi. Dan yang paling menyesal juga adalah mereka yang mengutipnya tetapi dek penat oleh perjalanan yang jauh itu lalu dibuang kembali apa yang dikutip itu.

Mengambil Iktibar Daripada Cerita Ini.
( Ulasan Peribadi Etuza )
   
    Pemimpin Islam seperti Iskandar Zulkarnain sebagai ketua tentera, kenapa dikatakan ada yang tidak percaya, kalau menurut Etuza yang tidak percaya ketua itu adalah mereka yang tidak jujur, walhal Iskandar Zulkarnain telah menyatakan sesuatu bayangan mengenai torowong yang mempunyai permata, emas dan berlian. Ini lah kesilapan pengikut tentera itu yang tidak percaya yang malas dan tidak kisah. Ha pada hujung perjalanan nak balik pun dah tidak dibenarkan, satu kerugian besar. Beruntung yang percaya dan mengambil langkah berjaga-jaga atau mahu buktikan bahawa keyakinan mereka kepada pemimpin yang jujur akan berbaloi.

     Ulasan Etuza: Sebagai seorang hambaNya, elok kita mengambil langkah berhati-hati pada tiap perbuatan kita sendiri, kerana apabila kita tidak mengambil langkah berhati-hati kelak kita akan menerima penyesalan nanti. Jika kita diberi tugasan, dan pemimpin yang mengarahkan kita membuat tugasan itu ketua yang jujur maka kita harus melakukannya. Kita mesti yakin dan percaya bahawa jika kita ikut arahan dan ikhlas melakukannya pasti ada banyak kebaikan kepada kita nanti. Percaya ada hikmah dan ganjaran yang bakal kita terima.

     Sebagai hambaNya kita harus yakin dan percaya bahawa adanya kekuasaanNya, kita harus ingat bahawa Allah itu ada bersama orang-orang yang sabar dan berusaha. Kita yakin dan percaya bahawa penderitaan dan kepayahan yang kita alami pada awalnya akan menghasilkan banyak kebaikan besar kebaikan kepada kehidupan kita nanti. Inilah balasan dan janji Allah kepada yang rajin berusaha dan suka mencuba yang mencabar. Cabaran akan menjadi mudah apabila kita ikhlas dan mahu melakukan tugasan yang diarahkan. 

     Selain itu hikmah dan iktibar lain dari cerita ini ialah, kita harus ubah pendirian dari rendah keyakinan ke keyakinan yang tinggi serta percaya perbuatan yang baik akan dibalas kebaikan. Perbuatan malas berusaha dan engkar pada arahan hanya merugikan dan membawa lagi besar masalah. Ubah cara berfikir kepada cara positif minda. Harus ubah pemikiran yang negetif dan buruk sangka kepada sesiapa sahaja. Kena yakin bahawa kita membuat kebaikan demi kebahagiaan di masa akan datang. Rajin berusaha doa dan tawakal, melakukan kerja dengan mudah dan tidak merasa terbeban dengan tugasan yang diamanahkan. InshaAllah dengan cara berfikir demikian akan membawa kejayaan kepada ramai orang.  

Harap iktibar dan nilai pengajaran dari cerita tersebut terjawab sedikit darin ulasan dan hikmah tersirat dari cerita menurut Etuza. Harap maklum.Semoga Blogger Nor Azimah memahami cara penyampaian ulasan dan hikmah serta iktibar yang Etuza nayatakan ini.

Nota : Join segmen Ambillah iktibar dari Blog ASAM GARAM KEHIDUPAN.
   

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

3 ulasan

Assalam cikgu, menarik dan panjang lebar ulasan cikgu. Terimakasih kerana sudi join segmen saya ni, terimakasih sesangat.

ehh..ehh..kak Azie buat segmen lah...good luck cikgu Etuza

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (443) Ceritaku (429) Agama (384) Berita (383) Dunia Blog (337) Promosi. (312) Doa (311) Info Lelaki (272) Tips Blog (269) Pengalaman (240) Anak (223) Pendidikan (212) Nasihat (209) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (184) Berita Keningau (179) Hadiah (155) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Ekonomi (108) Sejarah (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (75) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Percutian (31) Award (30) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Artis (19) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (12) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger