Hikmah Kesibukan Seorang Blogger

Hikmah Kesibukan Seorang Blogger

Hikmah Kesibukan Seorang Blogger!

Ini 4 gambar Etuza kongsikan kepada anda semua. 
Hari ini agak sibuk juga mengurus berbagai perkara
yang rasanya menjadi amanah untuk Etuza lakukan 
dan laksanakan serta di realisasikan agar pihak tertentu
berpuas hati dengan keikhlasan Etuza.

4 gambar yang berbeza bermakna 4 situasi berbeza
yang harus Etuza tangni dan harus selesaikan pada hari ini.

     Sebenarnya setiap kita ada kesibukan yang kita alami masing-masing. Selagi hidup maka selagi itu ada sahaja rutin harian yang perlu kita selesaikan. Begitulah yang Etuza alami, dan pada hari ini sebaik keluar rumah bersama Nick Irfan anak lelaki Etuza yang ke dua sekitar jam 10.30 pagi telah bermula kesibukan yang perlu Etuza lalui. Kesibukan itu berkait rapat dengan kehidupan Etuza sebagai blogger biasa ( blogger ke Etuza ni! )

Antara kesibukan Etuza hari ini ialah :-

1. Pergi ke rumah rakan bisnes Etuza untuk mendapatkan wang RM 3599.00 duit cash harga produk brand Elken iaitu Bio Pure Ken 200. Produk paling besar Sale Valume yang akan menyumbang bonus kepada member yang membeli. ( mujur ada En. Rosli dan segera menghulur wang RM 3599.00 pemilik rumah baru yang cantik.Cuba lihat gambar kipas dan lampu pada syiling rumah En. Rosli lawakan, itulah antara daya tarikan rumah En. Rosli Kahipin )

2. Menghantar kereta Etuza untuk diperiksa keadaan wifer cermin depan untuk dibaiki. Wifer agak keras dan tidak bergerak secara tiba-tiba. Alhamdulillah siap dan Etuza keluarkan kos sebanyak RM 35.00 upah pekerja dan harga alat yang diganti. ( gambar kerosakan wifer lupa ambil )

3. Seterusnya hari ini Etuza menemani Nick Irfan ke kedai gunting rambut. Kos RM 8.00 kerana usia Irfan dan 16 tahun setaraf harga orang dewasa.

4. Etuza menemani Nick Irfan pergi membeli pakaian sekolah di Kedai Kain Rambina. Baju kemeja, seluar panjang sekolah dan tali pinggang dibeli untuk Nick Irfan.

5. Pergi ke Pejabat Pos laju hantar ( kirim ) bungkusan kepada Blogger Umi Alya. Hadiah penghargaan kepada Blogger yang menyumbang lebih 4 angka komentar dalam blog Etuza. Satu kemajuan di blog Etuza.Hadiah bernilai RM200 lebih menjadi milik Blogger Umi Alya.

6. Etuza pergi ke Pejabat Pos Keningau, menyemak kotak peti surat persendirian dan memang ada banyak surat ditujukan kepada saudara atau kepada individu dalam keluarga Etuza. Ada surat anak kakak Etuza seperti panggilan kerja dari Jabatan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Tahniah kepada anak buah Etuza mendapat tawaran kerja dari SPA. 

    Dan Etuza benar-benar terkejut, Etuza mendapat surat dari Syarikat Elken. Surat kedua yang Etuza dapat. Bila Etuza buka ternyata Etuza mendapat DISCOUNT VOUCHER sejumlah RM 975.00 ( banyak ni geng) Inilah hikmah apabila kita sibuk melakukan kerja seharian kita. Bisnes Elken jangan dilupa lakukannya dengan tenang. Dapatlah Etuza membeli produk Elken kegemaran Etuza. Produk VIZIO untuk mata menjadi pilihan utama Etuza.InshaAllah akan tebus.Separuh dari nilai DISCOUT VOUCHER boleh tukar duit juga.Untuk bonus sebenar Etuza sudah di bank online oleh Syarikat Elken.

7. Pergi ke stokis Elkan cawangan Keningau dan close / cash Bio Pure Penapis Air atas nama isteri kepada En. Rosli Kahipin. Sale Valume bernilai 1400 ( CBP ) amat tinggi Sale Valume milik mereka dan bonus akan masuk bank secara online pada 28hb Disember 2014.

8. Etuza hantar penapis air ke rumah En. Rosli pada jam 6.10 petang hari ini. Alhamdulilah selesai banyak perkara hari ini. 

Nota : usahlah kita merungut untuk melaksanakan tugas harian kita selagi hidup, tetapi lakukan dengan amanah pasti akan ada berita baik yang akan anda terima. InshaAllah wallahualam.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

12 ulasan

sabar ye cikgu etuza....ada hikmahnya....dahulukan apa yang penting dahulu...:)

ya saf selalu bersabar..tapi ada juga yang menggembirakan Etuza hari ini ..alhamdulilah

Banyak betul Etuza punya kerja ye. Hidup macam tu la. Macam macam.perkara yang kita kena uruskan

Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan sempurna.. Banyak tu bonus, tahniah di atas usaha Cikgu, ia sentiasa membuahkan hasil yang lumayan.

Mungkin esok sampailah barang tu tapi saya tiada di sini, insya allah balik nnt saya siapkan entri berkenaan..

Semoga dipermudahkan & segalanya sentiasa berjalan lancar... aamiin.. :)

alhamdulillah...saya yg membacanya turut teruja cikgu...

Tahniah kak Umi kerana menerima hadiah begitu bernilai dari cikgu Etuza...teruskan rajin tinggalkan komen di blog ni ye :-)

Cikgu etuza..pakai baju Size L, XL or M..JM ada belikan size XL..kalau cikgu pakai size L or M maybe bukan rezeki cikgu lah :-)

kalau boleh..boleh bagi ukuran bahu tak

Tahniah untuk pasangan duetku, siapa lagi jika bukan JM?

Meh akak teka, saiz M...maaf dik, akak suka mencelah, ahakkkk

Alhamdulillah kiriman baru diterima hari ini, kata posmen, ia sampai minggu lepas lagi tapi dek banjir & hujan tanpa henti, ia tertangguh.

Terima kasih buat Cikgu & isteri, bila keadaan semasa reda, baru saya siapkan entri yang berkaitan.

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger