Hari Lahir Tokoh Painting Dunia Wassily Kandinsky - Ke 148

Hari Lahir Wassily Kandinsky Yang Ke 148
Tampilan Google Search Hari Ini. 

Ini hasilan edit photscape by blogger Etuza.

Tentang Wassily Kandinsky ( lahir 16 Dis 1866 )
Meninggal pada ( 13 Dis 1944 )
Asal : Russia
Pendidikan : Akademy of Fine Art, Munich.

     Etuza berasap siapkan entry hal Wassily Kandinsky. Ada gangguan pada bahagian ruang catatan utama, seperti huru harakan penulisan Etuza. Dan peristiwa ini sudah kedua kalinya Etuza hadapi. Sangat-sangat membuang masa apabila keadaan kucar kacir oleh anasir yang Etuza tidak tahu. Adakah keadaan ini di sebabkan oleh Blogspot atau pun pihak Google kita yang mengemudikan blog kita. Sebab kita guna perkhidmatan Blogspot serta dilancarkan oleh aplikasi internet Google.

    Ini pengalaman Etuza sangat-sangat tertekan. Hampir putus asa tetapi Etuza hendak juga terbitkan Entry Khas mandiang Wassily Kandinsky ini. Pada Etuza sangat menarik dan ini contoh Etuza hargai GOOGLE search. Terhasil juga akhirnya apabila Etuza ubah cara mendapatkan maklumat Wassily Kandinsky ini.

     Menurut Etuza keadaan huru hara atau kucar kacir pada ruang catatan blog kita adalah ada sebab utama iaitu:-
1. Akan berlaku jika blogger copy pasti 100% maklumat dari laman seperti Wikipedia atau di laman yang asal. Bila kita copy secara langsung kita tercopy maklumat yang kita tidak perlu. Bila in i berlaku maka keadaan ruang catatan seolah-olah ada gangguan dan blogspot mengalami masalah tekneikal dalam membantu kita menyelesaikan entry kita.

2. Copy paste maklumat dalam box. Iaitu maklumat seperti di wikipedia yang telah mengatur maklumat seperti biodata dalam box dalam kolum. Jika kita copy maka set tempat pada ruang catatan ada gangguan seperti setting kiri atau tengah atau kanan sukar kita susun,kerana box tersebut sudah disetkan disamping infor penerangan asal dalam laman tersebut. Amat merbahaya sekali jika kita teruskan juga kerana kita akan hadapi masalah yang berterusan jika kita tidak ubah cara kita updated kan blog. Cara copy paste 100% nampaknya tidak disukai oleh Google dan Blogspot. hati-hati semua.

     Penyelesaian masalah ini yang Etuza lalui hampir sejam setengah bertempur dengan acara kucar kacirkan entry dan gambar di ruang catatan utama blog Etuza ialah:-
1. Etuza berfikir mencari punca- ohooo ! ha nilah copy paste. Etuza padam semua, keluar dahulu dan log in balik terus ke dashboard klik catatan baru. Baru berjaya.

2. Hal gambar tu Etuza buang dan save as ke komputer kita. save dahulu baru kita edit cara kita. Etuza guna Photoscape versi 3.7. Senang buat kerja gambar yang kita nak uploading pun sangat cepat. Jika tidak pasti sukar hendak keluarkan Entry yang tampilan dan susunatur yang anda inginkan.  

Jadi kepada blogger teman blogger Etuza ubah lah cara jika nak selamatkan blog ya. Copy paste maklumat secara 100% di laman rujukan yang kita jumpa adalah kurang elok dan tak berapa disukai oleh Blogspot dan Google. Kita buat original dari hasil kreativiti kita mentabir blog kita. InshaAllah cukup lah pengalaman Etuza ini.Perit hhuuuu!!!! perit. 

Nota : Kepada blogger Paridah dan Saffirul - Mohon  maaf ya komen di ulasan hal Wassily Kandinsky yang pertama tu Etuza buang semua ada gangguan tak diterima oleh blogspot dan google. Etuza buat baru baru berjaya dan aman damai mencatat, so anda boleh membaca pengalaman Etuza ini. Ambil iktibar dan lakukan yangthe original sentuhan jejari manis kita. Huuuuu!!! berasap!..kejar masa,

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. cikgu Etuza perlu belajar dari JM part copy paste dan masukkan ke dalam blog tu hiksss

    BalasPadam
  2. jika cikgu x up entri ni JM pun tak kenal siapakah Wassily Kandinsky ni? almaklumlah di lahirkan berpuluh tahun selepas beliau meninggal :-)

    BalasPadam
  3. Tahniah Cikgu berusaha mencari maklumat untuk pengetahuan semua

    BalasPadam
  4. good info..xtahu plak bab copy paste tu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.