Hari Bahagia 4 Putera Etuza

Sambutan Hari Lahir 4 Anak Lelaki 
Etuza Hari Ini 25/12/2014 ( Khamis )

Semoga majlis istemewa ini memberikan
rasa bahagia dan gembira anak-anak lelaki Etuza.

sama-sama potong kek hari lahir Ikmal, Nick Irfan,  Afif dan Ibnu.
Mereka berempat setiap tahun sambut hari lahir serentak
kerana bulan kelahiran  pada bulan 10, 11 dan bulan 12 ..
Jimat dan mereka merasa seronok bersama-sama...

ini juadah yang mama dan Etuza sediakan..kek hari lahir special untuk
4 anak lelaki. Mee goreng ayam, kek, donat  dan sup serta lada 
dihidangkan sekali. Sejag elcafe coffie panas...
habis di makan...syukran nikmat ini.

    Hari ini jatuh pada 25/12/2014 bersamaan hari khamis. Sebenarnya majlis hari lahir ini pada hari kelmarin iaitu pada 24/12/2014 hari rabu, kerana pada 24/12 jatuh nya tarikh sebenar kelahiran Nick Irfan putera Etuza yang ke dua. Tetapi Etuza tunda hari ini pada malam ini pada 25/12 kerana hari ini anak Etuza yang study di Kelantan balik bercuti semester selama 3 minggu. Mujur ada cuti sebab setiap detik Etuza memikirkan keadaan anak Etuza di Kelantan apabila banjir di Kelantan masih dinyatakan banjir paling besar pernah berlaku.

     Flight Ikmal dan kawan sekuliahnya Yasin ( berasal di Kota Kinabalu, Sabah) pada jam 11 pagi dari Kota Baharu ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah. Etuza pay tiket agak mahal ekoran musim perayaan hujung tahun dan perayaan Krismas. Tiket mahal mencecah RM 512, terpaksa Etuza beli demi anak bercuti semester selama tiga minggu. Alhamdulillah pada jam 4.30 petang tadi anak Etuza Ikmal namanya selamat Etuza jemput dekat Pasar Malam Keningau. 

    Apa yang menarik ialah Ikmal agak terkejut kerana ada kejutan dengan hidangan di meja juadah ada disediakan berbagai makanan untuk sambutan hari lahir mereka berempat. Ikmal dan Afif lahir pada bulan 10 dan Irfan dan Ibnu lahir pada bulan 11 dan bulan 12. Etuza tiap tahun akan raikan hari lahir mereka serentak,jimat dan mereka merasa seronok bersama-sama. Anda boleh lihat senyuman bahagia 4 anak lelaki Etuza dalam gambar. 

" Ya Allah Ya Rahim Ya Karim, selawat ke atas nabi junjungan Nabi Muhamad s.a.w. Para sahabat nabi dan para saudaranya. Kami pohonkan padaMu ya Allah, limpahkan kesihatan kepada anak-anak Etuza, berikan mereka usia serta kebahagiaan di Dunia dan ke Akhirat. Limpahkan akal serta minda yang sihat kepada mereka semua, rahmati mereka walau ke mana, peliharalah anak-anak Etuza dari segala bala dan tetapkan iman mereka, agar menjadi hambaMu yang beriman dan mampu bersabar menahan amarah yang merosakkan iman mereka. Amin ya rambbal alamin"

Nota: Anak adalah permata hati, bahagia anak maka ibubapa akan merasa bahagia. InshaAllah.

Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. selamat hari jadi untuk hero-hero cikgu Etuza.hensem-hensem semuanya,mewarisi ibu dan ayahnya..semoga menjadi anak-anak yang soleh

    BalasPadam
  2. selamat hari lahir untuk hero2 cikgu. semoga menjadi anak2 yg soleh dan dirahmati Allah selalu

    BalasPadam
  3. Selamat hari lahir buat anakanda semya, moga menjadi anak soleh & mampu mengembirakan kedua ibubapa, aamiin..

    BalasPadam
  4. Hari lahir Nick Irfan cuma beza sehari jer dgn saya.. Senang nak ingat

    BalasPadam
  5. happy belated besday buat semua putera cikgu Etuza. semoga mereka membesar dgn baik dan menjadi anak2 yg soleh aminnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih doa Jm ni..terharu diberi doa yang baik untuk anak2 Etuza

      Padam
  6. opss...x lupa juga happly belated besday buat cikgu Etuza juga...25/12 hari kelahiran yg ke berapa ye...40+ ke :-)

    BalasPadam
  7. ya JM terima kasih dah berumur..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.