Bracelet Making Kit ( Gelang Getah Kenyal )

Bracelet Making Kit ( Gelang Getah Kenyal )

Bracelet Making Kit ( Gelang Getah Kenyal )
Apakah benda ini...dah lama kita tahu ni ..

Ini papran Bracelet Making Kit 
   
      Suatu hari berjalan-jalan bersama Nick Irfan dan Ibnu Mustaqim di salah sebuah supermarket terhebat di Keningau, iaitu di Hiap Lee Center. Masa selesai membeli keperluan di sana, Etuza keluar hendak ke kereta. Tiba-tiba terlihat benda ni ..tak tau nama kalau kita Orang Melayu atau nama benda ni kalau Orang Kadazan Dusun. Tapi memang menarik perhatian Etuza. Dalam minda teringat anak bongsu Etuza Aliya namanya.

    Belek-belek terbeli lah benda ni..Kotak alat ni dah kena buang. Tapi rasanya semua kita tahu GELANG GETAH  ciptaan atau anyaman sendiri kan. Sulaman getah halus kecik kecik ni cantik, malah kalau di sekolah Etuza ada pelajar jual kepada guru dan murid-murid. Sempena cuti ni lah rasanya bagus untuk pengisian anak-anak, tak apa jika anak lelaki pun turut menyulam kan bagus kumpul-kumpul menyulam getah menjadi gelang yang unik kelihatannya. 

     Alat ini ada tunjuk cara nak sulam, pelbagai warna dan memang kalau anak perempuan GERENTI menyukainya. Tengoklah tangan anak Etuza dah siap satu, lepas tu Etuza nak minta pula buatkan Etuza satu hehehe nak try pakai lah..tapi kena agak kan tangan Etuza kan besar dari tangan Alya. Tak sabar nak minta dia buatkan kalau siap tunjuk di blog..alamak main budak-budak lah pula Etuza kali ini. Tak apa kan cuti..ini lah pengisian anak-anak kita ..tidaklah menapak depan TV atau PC sepanjang masa. Etuza dah tengok lihat-lihat dan lirik-lirik mata anak-anak Etuza ..hai depan komputer ja lah main game.Mujur main yang cari huruf membentuk perkataan Bahasa Inggeris, tapi yang lelaki huummmm!!! main tembak-tembak dan gusti game kegemaran.

     Ok korang cepat lah beli ya..boleh megisi masa lapang anak-anak kecil. Ibu juga turutlah ajarkan anak menyulam gelang getah ya. Boleh buat hadiah agaknya juga. Lawa juga gelang getah ni. Selain kenyal dan mudah masuk ke pergelangan tangan. Terbaik juga Bracelet Making Kit ini. Siapa yang ada beli pasti dah faham.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

10 ulasan

Assalam, terima kasih sudi keteratak bunda dan memahami situasi dan mendoakan kesihatan bunda...terharu sangat.

Walaupun dalam mood istirehat bunda singgah komen rambang blog2 kalian...terima kasih sangat..

Pandainya Aliya buat, auntie minta satu..

gelang getah ni dah lama femes di kalangan kanak2 sekolah..selepas pegang getah ni tangan perlu di basuh kerana akan ada kesan gatal2 di badan

Pandai ue aliya buat..sy blum tntu lg dpt buat..hehehe

assalam...bagus dibeli utk dijadikan aktiviti tambahan cuti anak2...

@Jari Manis
Asalam JM mujur Jm datang beritahu tengah seronok tu alya buatkan utuk abah dia ni nak yang meron dengan oren kalau dapat Alya buatkan..macam best ja nak pakai lembut...kenyal..

Seronok kan cikgu melayan kerenah anak-anak kecil ni..tapi Alya dh besar...dah 10 tahun kan.. heeee

Cikgu dulu Lya pon ada belikan untuk anak perempuan Lya tapi gelang ni org cakap banyak bahan kimia..Kalau masuk kat mulut kanak2 jadi bahaya ..Anak Lya bila pakai tangan jadi gatal..Sebab tu la Lya tak bagi main dah ..Terus buang jer ..

tAPI BEST BUAT GELANG NI JADI SYIOKK KEJAP HEHHE.Ya la bila dah seronok tak ingat dah sedar2 dah siap dua tiga gelang ..

Dah siap belum Aliya buatkan untuk bapanya?

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger