Boleh Kah Lelaki Pakai Beg Macam Ini!

Boleh Kah Lelaki Pakai Beg Macam Ini!

Etuza Selfie Dengan Beg Merah!

6 posting gambar Etuza ini di ambil oleh Ibnu Mustaqim Photography 
tak berbayar...yang cukup supporting - Terima kasih Ibnu Mustaqim. 

Etuza depan rumah saja ...manfaatkan pokok bonzai yang
membesar ..depan rumah. Nak tebang sayang, nak dibiarkan
risau pula jadi kayu balak...

Ok Beg Merah ..murah saja tu..malu nak bagi tahu harga.



Tarik beg merah ..terdapat dalam beg..alat solek!!
astagfirullahalzaim..tak baik buruk sangka.....))

     Dalam beg ada buku2 catatan . Penting...alamat kawan-kawan blog dan sebagainya. Buku promotions produk Elken mesti ada. Pen dan kamera kecil ha ada dalam bag ni...Handphone pun ada...Ha itu isi beg Etuza ya..tak ada alat solek.Tapi sikat ada lah ya..rambut lelaki kena kemas bila bersiaran di luar..nanti isteri kalau lelaki tak kemas tak mahu ikut..risau juga tu.!!..OO ya duit syiling ada dalam beg. Selain itu ada papan guasa Elken ya..boleh urut kepala jika mengnatuk pandu kereta. Sebab itu Etuza keluar rumah ada beg kecil.

( alamak promot pula...)

Kalau dah tahu keperluan dan kegunaan beg untuk lelaki, maka perlulah
agaknya ya seorang blogger lelaki pakai beg yang style ala-ala beg lelaki.
Kalau tidak mana nak letak kamera ...mana nak letak buku catatan...
Kata nak bisnes ..bawa pen pun tak ada ..kan susah tu geng!..

 
     Serius Etuza katakan bahawa Blogger lelaki kena bawa beg walau ke mana . Tidak kisah beg lelaki tu beg sikut ke beg sandang ke bahu ke beg masuk ke leher sangkut ke leher ke apa lah cara lelaki pakai beg mesti ada beg. Kalau blogger wanita tiada masalah sangat sebab wanita wajib ada beg, sebab mereka ni ada alat solek tu. Cuma lelaki yang selalunya main jalan saja tanpa apa-apa di bawa. Kalau begini jika anda ada bisnes dan bisnes yang memerlukan jumpa kawan-kawan atau kenalan baru serta kawan bisnes hendak meminta bantuan anda tidak bawa beg yang dalam beg ada dokumen penting maka gagal lah anda dalam mempertahankan bisnes anda.

    Etuza selalunya paki beg, Beg kecil dan sesuai, Etuza suka yang ada anak-anak poket. Senang nak letak handphone atau kad phone dan buku-buku  catatan bersaiz kecil. Semua cara ini memudahkan kerja-kerja kita, segala urusan lancar dan anda selesa. Lelaki tidak perlu beli beg mahal...beg Etuza memang murah tetapi menarik pada perhatian Etuza. Bila menarik dan nampak seolah seperti beg lelaki maka Etuza bedal lah ( beli ) dan hasilnya memang Etuza sudah tidak boleh jika tiada beg. Ok itu beg berjalan-jalan ke mana-mana. Tapi kalau beg travel jauh, Etuza pakai beg sikut. Beg dari Osaka...dah kena pakai anak. So beli baru..

   Kepada blogger lelaki pakai lah beg ya, jika ada keperluan anda selesa jika ada beg. Tetapi jika tiada keperluan lelaki tanpa sebuah beg pun cukup segak bergaya di samping isteri dan anak-anak tersayang.

Beg biru tempat kamera Canon Etuza, beg jeep tu
tempat kad-kad relod Etuza jual dan beg merah yu
tempat buku2 catatan atau dairy ..beg lelaki memang
inilah keadaannya..kopia putih jangan lupa dimasukkan..


Nota : Tekaan anda salah ya. Harga beg merah yang sesuai dengan Etuza tu hanya RM 10.00 sahaja. Nampakkan jimat lah macam ni. Asal bagus kualiti ( tak kualiti sangat- ikut harga juga ) Etuza suka Etuza beli. Sudah 6 bulan beg ini Etuza pakai. Dan ada teman bisnes Etuza katanya lawa beg kamu. Mana beli!...Etuza beli di Ranau, Sabah. Keningau ada juga beg..jodoh beg merah ni untuk Etuza. 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

35 ulasan

papan guasa Elken? mengenatuk pandu kereta? eheheh..cikgu...cikgu

sudah semestinya perempuan perlukan bge terutama Handbag pelbagai jenis design dan jenama..hangbag bagi wanita akan menyerlahkan lagi penampilan seorang wanita supaya nampak lebih jelita dan level of confident

Bagi lelaki? biasanya ada yg galas bagpack/beg komputer, beg bimbit atau sling bag..Penggunaan bag juga mengikut situasi dan lokasi terutama bagi business man seperti cikgu haruslah ada beg untuk urusan businesss di luar. Yang pastu walaupun harga hanya RM10 janji cantik ye dok

ya ada ...mujur ada guasa borad nanti Etuza tunjukkan ya..bagus ni 2006 pakai tak pandai haus..tak nipis nipis tetap sama..best giler alat ni JM.

ya faham2 tau JM ...tau sangat ..tahniah ya hargai kewanitaan..anda semua..

Beg besar Etuza tak berepa suka JM bagus beg sikut..mudah sikut tak ganggu bahu tangan nak pegang...ok terima kasih JM ya..

Gaya kaum adam terkini kot, suami sayapun sama, saya pula tidak suka bawa beg tangan, simple jer, memadai telefon, kat cover itu terselit duit untuk berbelanja, kadang terpaksa pegang beg suami punya jika dia ke tandas, tak sukanya..

Beg tangan saya ada tapi letak di dalam kereta jer..

Cam berkenan jer, nanti Cikgu buat entri ya.m

letak dalam kereta? x bahaya ke kak..nanti org pecahkan cermin

beg sikut? x pernah dgr

eheheeheh....nasib baik cikgu faham

wahh mcm dh boleh jdi model beg dh nie hehehhe...
murah tu rm 10 rgt ja

Zarulfarhana..Etuza suka beg merah tu ada poket senang nak letak handphone..dan unik juga beg ni padahal murah ...

org lelaki sekrg dah ramai yg bawa beg ala2 artis kpop tu . tapi kat sni selalunya guna begpack jer ... hphone pun sekrg dah susah nak masuk poket . maklumlah saiz besar . tu blm tablet lagi kan ... mmg perlu beg wpun kecil ...

Boleh...jangan beg perempuan je udah.hihi..
Cikgu kan...
Kenapa cik akak klik entri baru..tak de kotak komen.huhu

Idok le akak dedahkn gitu dik, sorok le elok2, insya allah..

Beg sikut?? sayapun tak faham

ohhh...hihihi..ada kawan opis pegi kedai makan bersama family, si anak tu simpan kamera di bonet..selepas usai makan, bonet terbuka kamera lesap.

Adik JM pegi solat maghrib di masjid, tinggal handbag dalam kereta tetapi tersorok, lepas solat tgk handbag dh x de

aha..cikgu..tolong beri gambaran sikit supaya terjawab persoalan kami nih

janji sempoi cikgu hahha

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

biarlah murah cikgu...tp tahan lama serta berkualiti...

Hehehe banyak gambar Cikgu Etuza kat laman ya ..Laman cantik menarik sedap mata memandang ...Wah siap bawak beg sandang lagi tu ..Mesti byk khazanah kat dlm beg tu hehehe.........

Cam beg di ataskan?

Itu le skrg ni macam2 boleh berlaku.

Sebenarnya dlm beg tu akak tak simpan barang2 berharga, setakat bedak, gincu, getah pengikat rambut, sikat adalah.. alaaaaaaaaa untuk kegunaan kaum hawa, hi3

Barang2 kemas langsung tak ada sebab akak bukannya jenis pemakai barang2 kemas

Tengok.....betul tak okje ckp tuan blog suka selfie hihi.....
Kalau okje pun tak kisah.... Murah pun janji cantik ..... Tak sempat nak teka tau!

last komen before 'silent'

hiks..ada gak gincu..beg JM?...beratdengan externah HD dan powerbank

Biasalah JM, anak muda..

ehem...ehem...muda lagi ke JM nih..ntah2 kita sebaya kan kak..cuma JM ni anak dara lanjut usia

ahaks..flight petang :-)

Ooooo sempat lagilah kita berchatting

Pasti JM jauh lebih muda dari akak, bab2 ADLU sensitif, xmo sebut2 dik, positifkn minda, belum ada jodoh lagi, insya allah akan menyusur, aamiin

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger