Blogger Photography Keningau Alamak Dah Kedapatan

Selamat Malam Semua..Selesai Menonton
Piala AFF Suzuki 2014- Malaysia  Menang Tumpas Veitnam.
Nampaknya Etuza  Dengan Gigih Hendak Siapkan
Satu Entry Lagi. Tak Sabar Nak Siapkan Ni!
Special Bagi Etuza.

Kalau anda seorang blogger biasa biasa sahaja
seperti Etuza..terjumpa sesama blogger1 HAPPY ke?

Alamak Blogger Photography Keningau!...
Ini gambar kenangan kami ..tapi mohon maaf ya Harith tak berapa
jelas..kamera lama ..kecik saja..mujur lah ada gambar kita.

Anda KLIK blog Harith SINI
    Alkisah bermula petang kemarin, Etuza Ibnu Mustaqim dan Nick Irfan pergi ke Pekan Keningau. Ada urusan lah turun ke pekan Keningau. Bila selesai semuanya Etuza ajak lah mereka berdua ke Restauran Al Fath milik kira saudara sebelah ipar Etuza yang berkahwin dengan seorang cikgu dari Kampung Bingkor, Keningau. Sedap sambal belacan di restaurant ini, sebab itu Etuza datang. 

   Niat ke restaurant dapat dipercepatkan apabila kawan bisnes Etuza di Hotel Santos telah berpindah kerja sejak Oktober 2014 kata cashier di lobi Hotel Santos, Keningau. Frust..apa kan daya tak ada rezeki jumpa kawan bisnes Etuza tu. Orang India tu entah ke mana da. Nak bagi risalah dan informasi terkini serta berbincang saja bagaimana nak plan bagus bisnes yang diceburi.

    Bila ke restaurant terpandang seorang pemuda senyum dia, rasanya dalam hati inilah antara pemilik atau share restaurant yang mulai terkenal di Keningau ini. Etuza tak kenal sebab memang tidak pernah jumpa orang macam dia. Dia bagi arahan kepada pekerja layan kami bertiga. Restaurant agak lengang kerana jam 4 petang lebih kurang begitu. 

    Etuza rasa lain pula bila tidak menegur pemuda yang muda belia ini. Sebab hampir dekat duduk depan Etuza. Dia diam saja sambil menonton TV dan berbual dengan pekerja bahagian cashier. 

Etuza : Kamu pemilik restaurant ini kah? Saya ingat nama pemilk restaurant ini Puan Furinah Laji kan..ipar kepada ipar saya.

Pemuda : Oh..tidak mereka tu kira aunty dan uncle saya, saya hanya kerja sambilan saja di sini. Tolong tengok tengokkan sementara mereka perlukan saya.

Etuza: Oooo begitu..saya suka datang sini, sebab huummm!! sambal balacan ni..9 sambil tunjuk bekas tempat sambal balacan )

Pemuda : Tersenyum..ya ya memang sedap sambal balacan satu daya tarikan di sini. 

Etuza : Ada tau masuk blog saya restaurant Al-Fath ni sekitar bulan oktober ke september tahun ini. Ini lah saya ternampak ada arah anak panah SURAU jadi terbaik lah bagi saya jika ada Restaurant menyediakan kemudahan bersolat ni. 

Pemuda : Ooo kamu ada blog, saya pun ada blog!..Nama blog saya Harith Photography..tapi tak berapa aktif selepas beberapa bulan, agak sibuk dan kurang mood ..paparan blog saya sekadar gambar sahaja agak specific.. kalau blog pelbagai banyak idea boleh dikongsi.

     Rupanya blogger dari Keningau asal sama dengan Etuza sedaerah. Alamak kan dah jumpa blogger ni. Maka bermula lah cerita banyak hal berblog. Dia amat faham keadaan seorang blogger. Tinggi pengetahuan Harith tentang dunia blog dan teknik photography terutama edit photo dalam aplikasi Fliker. 

Etuza: Nama kamu siapa? 

Pemuda : Mohd Harith, saya baru keluar kursus pendidikan di IPGM Tawau Siswazah 5 tahun, mulai lah saya tunggu posting ni.

Etuza : Oooo bagus ya jadi cikgu ..alamak tahniah dan saya gembira jumpa kamu..boleh lah buat Kelab Blogger Keningau kan..mana lah tahu ada kebaikan kita mulakan sesuatu yang baru di Keningau. 

Harith : Eee bagus tu..tapi saya tak aktif sekarang. Blog saya terbiar lama sudah tu, nanti kalau ada masa klik lah blog saya Harith Photography ya.

Etuza : Ok malam ini saya tengok..nanti tengok blog saya Pesona & Mustika pula ..mana tau ada gambar. 

Sambil ketawa kecil dan bersalam selepas habiskan makanan.

    Itulah sedikit keadaan apabila Etuza terjumpa blogger dari Keningau iaitu Blogger Harith Photography. Bila klik blog Harith ..betulah agak lama ditinggalkan. InshaAllah Etuza akan temui lagi dia dan bersembang lebih lama nak dapat kan beberapa tips blog ..

Nota: Blog umpama dairi kehidupan kita.Buat lah sejumlah entry2 yang sihat yang baik demi menyampaikan informasi motivasi kepada ramai masyarakat amnya di Malaysia. Jumpa lagi esok. 

Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Salam pagi Cikgu Etuza...Wahh bila dah berjumpa seronok pulak bersembang hehehe ..Maklumla blogger njumpa blogger ..Teruja pon ada ,.

    BalasPadam
  2. selamat pagi cikgu... alhamdulillah, sambil makan dapat jumpa kawan blogger dan dapat bertukar pendapat dan kongsi ilmu sama-sama ya..

    p/s: blog saya memang sengaja ditiadakan butang follower.

    BalasPadam
  3. Selamat pagi cikgu. Sah sah cikgu nhe seorang yang peramah :). Saya xpernah jumpa sesama blogger hehe.. Ada rakan blogger junior saya di smk sook yang lebih awal berblog daripada saya tetapi sudah dia delete kali blog dia tu.. hehe

    BalasPadam
  4. as salam cikgu.
    betullah cikgu..blog umpama dairi yg di kongsi bersama rakan, jadi buatlah coretan yg baik2 saja, tak perlulah nak perbetulkan orang lain, menyindir atau yang seumpaama dengan nya :)

    BalasPadam
  5. cikgu kenapa Mas Menang Tumpas Vietnam..JM risau org yg baca salah faham..bila sebut Mas org faham MAS - Malaysia Airlines so utk Malaysia is MAL ...so better MAL menang berjaya tumpaskan Vietnam..bukan nak tunjuk pandai cuma rasa janggal bila baca :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ya JM segera dibetulkan..maaf..terima kasih teguran amat setuja..tak sedar..nilah jika nak cepat ja taip..MAS Malaysia..

      Padam
    2. Mohon maaf ye Cikgu..JM ni memang alert berkenaan perkara begini..itu maknanya JM baca dahulu sebelum komen bukan komen hhuhu...

      Padam
    3. yang pasti JM salute dgn cikgu dapat up entri setiap hari malah setiap hari bukan satu entri tetapi lebih..huh..mmg berpeluh kalau JM..mmg x sempat nk buat begitu

      Padam
  6. jika cikgu tak mulakan perbualan mesti tidak tahu si Harith ni blogger kan

    BalasPadam
  7. Bertuahnya ketemu blogger, bertambah lagi sahabat..

    BalasPadam
  8. seronokkan knal ramai blogger.. lg2 kalo satu daerah

    BalasPadam
  9. wah untungnya dapat bertemu blogger photography.

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.