Blogger Malaysia Review By Etuza Siri #5

Blogger Malaysia Review By Etuza Siri 5#

Etuza Keliru Betul Keliru Dengan Dua Wajah 
Blogger Kot Hitam Macho dan Photographer 
Baju Kemeja Biru..
Orang Yang Sama BLOGGER aRz @ Nor Ariffin Hamzah

My Photo

Blogger Pilihan :  Blog cikpinz & Blog aRz

      Etuza sebenarnya agak keliru hingga sekarang. Ya masih keliru sebab bila tengok komen pada dua wajah paparan blogger ini ke blog Etuza jauh beza. Tetapi pada blog aRz dan blog Cikpinz itu dialah orang yang sama katanya. Etuza perhatikan pada gambar berbeza ini hanya ada 1 persamaan iaitu kedua-duanya memakai kaca mata. Nampakkan.

      Mulai hari ini Etuza akan berusaha tidak akan keliru. Tapi andai kata blogger aRz Mohd tugar gambar profil pasti Etuza akan keliru lagi. Hebat blogger muda kita ini kerana berjaya mentadbir kedua-dua blog beliau. Tahnia ya aRz. 

     Pada pandangan Etuza blog aRz pada Blog Cikpinz itu lebih kepada paparan bertema pelancongan kelihatannya. Etuza mengikuti perkembangan blog cikpinz dan itu lah keadaannya iaitu menceritakan sejarah perjalanan pelancongan blogger aRz, baik dalam negara atau ke luar Negara. Inilah blog yang bagus untuk kita ikuti kerana kita mampu melihat bersama keindahan panorama Negara Malaysia khasnya.Namun tidak mustahil aRz akan masukkan juga paparan catatan lain selain pelancongan, itu hak aRz.

     Untuk blog aRz yang pertama lebih kepada paparan bersama keluarga anak-anak dan isterinya. Bermakna bro aRz tidak akan mencampur adukkan kisah hidup dan lain-lain catatan dalam sebuah blog. Andai ini tepat pada pandangan Etuza.

     Blogger aRz..seorang yang mesra maya, baik dan suka balas kunjungan kita ke blog beliau. Dia tak kisah jika kita lambat datang komen balas ke blog aRz, tetapi pastikan kita hargai teman blogger seperti blogger aRz, sebab segelintir sahaja blogger yang suka dan gemar membalas kunjungan blog kita ke blog mereka. Hendaknya teman blogger ramai-ramai terjah blog aRz ini. Dan jadilah kita sebuah team sahabat blog maya yang kuat dan bersatu padu. InshaAllah.

   Etuza ada terkesan dengan paparan blog aRz ini klik SINI dan ini SINI. Etuza kagum pada blogger ini, mempunyai perasaan kasih sayang kepada ibubapanya hingga selalu dibawa melancong ibu aRz. Syabas & tahniah ya aRz. Selain itu Etuza menjadi rapat dengan aRz kerana dia sanggup join Program Etuza iaitu PENCARIAN ANUGERAH TROPI BLOGGER EDISI NOV 2014  dan merai saguhati tetapi Etuza hadiahkan aRz berbentuk sijil dan kaychain. ( Nak tanya pada aRz dah terima ke penghargaan tersebut ?)
aRz pinjam gambar FLORSHEIM  ini ya.
DSC_0107
Cantik dan kukuh kelihatan bangunan lawa ini. Ini di Johor
Terbaik ni...

"Blogger review blog juga direview,
Hendaknya tuan punya blog menjadi ceria,
Andai salah dan silap usah ketawa,
Normal manusia tiada yang sempurna."

"Kalau tak kenal maka tak cinta,
kalau kenal bertambah mesra,
Jalinkan persahabatan blogger dan blog di alam maya,
Permusuhan dan hasad dengki jauhkan kita."

Ha aRz sedap tak pantun Etuza. Ini Pantuk khas untuk aRz.
Assalamualaikum...

Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Nanti saya juga akan terjah blog mereka, insyaallah...

    BalasPadam
  2. kedua2nya rakan blogger yang friendly dengan ana, entri2 yang matang :)

    BalasPadam
  3. wah kacak blogger ni...blognya pasti menarik disinggahi....

    BalasPadam
  4. Blogger anajingga Etuza tak dapat jatuhkan komen di blog anda ya..tak tahu kenapa..laine kot penyebab..

    BalasPadam
  5. oo..kalau cikgu tak bgtau..sampai sekarang saya ingatkan mereka org yg berbeza...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak Kamsiah..kami orang yang berbeza..

      Padam
    2. kak Kam..mereka mmg org berbeza kerana JM pernah nampak 2 org ni tinggalkan komen di entri cikgu Etuza..nantikan kepastian dari CP dan ARz nanti

      Padam
  6. Assalam Etuza..ada sedikit kekeliruan..sebenarnya kami orang yang berbeza..mungkin nampak sama kot..harap Etuza tak keliru la ye..hehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeay..mmg betul sangkaan JM...ehh..cikgu x publish enh komen JM sebelum ni

      Padam
  7. penulis blog cikpinz dan arZ tu org yg sama ke..kenapa JM nampak bercoat tu lebih berusia dari yg berbaju biru huhuh

    BalasPadam
  8. cikgu..JM rasa Cikpinz dan aRz adalah org yg berbeza kerana sekali pandang wajah mereka tidak serupa

    BalasPadam
  9. Mohon ArZ beri pencerahan berkenaan perkara ini

    BalasPadam
  10. JM ada buat sedikit siasatan dan di dapati cikpinz berusia 37 tahun lahir pada tahun 1977..itu sebb JM tgk pic berkot hitam tu nampak lebih berusia..sila lihat profail beliau

    BalasPadam
  11. NOR ARIFFIN HAMZAH @ cikpin (CP)
    lulusan Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Awam dan mempunyai kemahiran dalam senireka grafik. Lahir pada 22 Julai dan tinggal di Sungai Petani.

    Masih bujang dan suka memasak. Banyak menghabiskan masa di rumah dan akan melancong apabila ada masa yang sesuai. Suka kepada keindahan pantai dan hutan.

    Baru menulis menggunakan platform WordPress. Menulis tentang kehidupan, makanan dan juga informasi-informasi yang berfakta.

    BalasPadam
  12. berkenaan ayat " Tetapi pada blog aRz dan blog Cikpinz itu dialah orang yang sama katanya" siapa yg cakap org yang sama huhu..JM pula yang menjadi keliru..tapi yg pasti JM rasa mereka adalah org yg berbeza

    BalasPadam
  13. satu lagi yang JM perasan, setia entri CP ni..aRz ada tinggalkan komen..sah..mereka adalah org yg berbeza..so mohon CP dan aRz beri pencerahan agar cikgu Etuza tidak keliru seperti mana beliau keliru antara Nor Azimanh dan Cikgu Norazimah..

    BalasPadam
  14. Mohon maaf je cikgu Etuza kerana byk tinggalkan komen kerana sekdar nginkan kepastian dan jika benar mereka org yg berbeza perlu betulkan semua entri ni..nasihat sebagai seorang sahabat blogger

    BalasPadam
  15. Sama ke cikgu mcm lainlah.... satu mcm gemuk sikit satu lagi kurus sudah..... betul ke manusia yg sama? Nak tanya tuan blog tulah macamana boleh kurus huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak Okje..jgn confius..org yg berbeza sebenarnya

      Padam
  16. As'salam Etuza memohon maaf pada kekeliruan ini..semoga dapat di maafkan..maknannya kena betulkan Entry ni..inshaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam Etuza..mungkin Etuza keliru sebab tengok blog COB masih wujud..sebenarnya kalau klik kat blog COB akan terus ke cikpinz.com.. ok je tu tak de masalah cuma kekeliruan ja..Etuza boleh delete blog COB dari list cuma kekalkan blog cikpinz.com

      Padam
  17. Nor Ariffin ya tu lah sebab nanti Etuza perhatikan ya..baru jumpa kawan2 bisnes ke Uniteck kejap..tengok blog ..araund 30 minit nak pulang dah ni...

    BalasPadam
  18. hehe tersenyum saya baca entry ini. Cikpinz pun dah menafikan.

    Kami orang yang berlainan. Yang sama kami adalah dari Utara.

    CP di Sg Petani saya Di Penang.

    Terima kasih atas entri ini Cikgu Etuza. Setinggi-tinggi penghargaan.

    Cumaya blog saya masih banyak kekurangan.

    BalasPadam
  19. Saya terlepas pandang entri ini maafkan saya sebab lewat balas

    BalasPadam
  20. insyaallah saya rasa lambat lagi saya nak tukarkan gambar profile saya. sebabnya gambar itu macam salah satu trademark saya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.