Biarkan Kita Kekal Aman Di Arena Blog.

 Biarkan Kita Kekal Aman Di Arena Blog.
Entry lagi sebelum keluar dari talian line malam ini.

gambar hanya mewarankan laman  ini..ibarat kita seronok berblog,
kadang berakhir dengan keadaan yang kita tidak mampu elakkan.
Photography By Etuza.

   Dunia blog memang indah sekali sangat mengasyikkan dan seronok sekali. Kita akan memiliki jaringan sosial maya yang sangat luas merentasi sempadan benua. Sangat sangat luas hingga blog kita mampu menjelajah dunia walau di mana-mana.

    Kita akan akui banyak situasi kita lalui dalam mentadbir kan blog kita masing-masing. Kepada semua blogger yang sering updatedkan blog Etuza ambil kesempatan mengucapkan jutaan TAHNIAH dan SYABAS kerana anda semua bijak mencuri masa bagi updated kan blog kesayangan anda masing-masing.

    Marilah teruskan blog dengan cara yang sangat telus dan ikhlas serta berhemah yang tinggi. Walaupun memang kita bebas mentadbir blog kita, tetapi memerlukan kekuatan untuk bebas mengurus blog serta mencatat apa sahaja. Itu semua adalah hak blogger-blogger masing-masing. 

Biarkan Kita Kekal Aman Di Arena Blog Dengan Cara Mengikuti Blog Yang baik Seperti Ini:-

Bentuk Blog Yang Baik 

1. Blogger yang tidak menyamar diri.
2. Blogger yang tidak membuat penipuan di alam maya.
3. Blog yang senang dikunjungi dan mesra maya.
4. Klik google search yang pantas dan paparan yang ringan.
5. Blogger yang suka membaca catatan blog maya.
6. Blogger yang luas pengetahuan dan berfikiran positif.
7. Blogger yang tidak memutar belitkan fakta.
8. Blogger yang bertanggungjawab, jujur dan ikhlas.
9. Blog yang menyalurkan infor berguna kepada masyarakat maya. Sebagai contoh memaparkan antaranya jadual Gaji dan informasi pelancongan dan pengalaman melancong serta lain-lain infor.
10. blogger yang tidak hasad dengki dan tidak menabur fitnah dan tidak menyiarkan iklan atau promosi yang tidak tepat atau tidak betul.

Blog Yang Tidak Sihat Untuk Kita Kunjungi.

1. Blog paparan lucah catatan lucah yang bertujuan mempengaruhi dan merosakkan minda masyarakat.
2. Blog yang terlalu berat sangat berat hingga sukar paparan maya menyebabkan  kita terlalu menunggu lama melebihi had yang sebenar.
3. Blog yang catatan tidak difahami maksud entry.
4. Blog yang mempunyai unsur memerangkap dengan niat meroskkan tampilan blog orang lain.
5. Blogger yang tidak bertanggungjawab.Tidak mengakui kesilapan diri.

Nota: Kepada blogger semua jadilah kita blogger yang bertanggungjawab terhadap entry yang kita kongsikan. Elakkan penipuan dan pembohongan di blog peribadi kita.Jauhi unsur yang mengundangi unsur perkauman. Tetapi lakukan lah perkongsian yang ikhlas di blog kita. Sampaikan ilmu walau sepatah. 

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. etuza, kadang2 bila nak masuk blog etuza, lambat sikit. hoho sekadar pandangan :) Jom tengok kartun saya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mestilah berat coz loading time 13.69 second..maybe cikgu Etuza x perasan hal ini

      Padam
  2. line tak lancar kemungkinan ya KB..sebab Etuza alaminya ..kalau agak lama dan buang masa tinggalkan dahulu ya KB..
    kalu di cyber atau kedai ICT amat laju balog kita semua..sebenarnya Etuza pun ada alami blog lambat paparan tapi Etuza tak mahu kecoh sebab blog Etuza pun pasti mereka alami sebegitu. Kita faham ja lah line ni..antara faktor utama

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu Etuza, JM try timbang berat blog cikgu dan loading time adalah 13.69 pada 14 Dis jam 6.30 petang tadi. Itu lah yng di maksudkan oleh KB a.k.a Kerusi Burok "kadang2 bila nak masuk blog etuza, lambat sikit." JM pernah alam situasi ini...then JM kecilkan size gambar. Skrg ni pun blog JM loadong time 6 sec sebaiknya less than 5 second

      Padam
  3. Terima kasih atas nasihat dan info berguna.

    BalasPadam
  4. Sy cdgkn etuza buat mobile friendly. Sbb sy ssh nk bw gne fon klo dtg sini. Lgpn skrg rmai yg bw gne fon kn.. Sy cdgkn sje ;)
    Jom Join Segmen Zaman Persekolahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Qis...bagaimana cara untuk setting mobile friendly tu..kalau BW ke blog sis JM guna mobile ada masalah x?

      Padam
  5. Saya menggunakan trademark Alya sebab sejarah kewujudan laman memang KHAS untuk dia, tetap akan mengekalkan identiti ini lagipun ramai kawan2 sudah mengenali UMIALYA ,

    Setakat ini seorang rakan blogger telah dikenali secara realiti walaupun dalam laman berindentitikan Alya.

    BalasPadam
  6. betul tu tima kasih berkongsi cikgu etuza
    salam kenal juga dri saya

    BalasPadam
  7. pesanan dari seorang blogger dan juga pendidik..

    BalasPadam
  8. Berblog biarla jujur kan, lya pun msh baru d arena blog ni.baru nak masuk 3 thn..msh trlalu cetek bab ilmu2 blog..tq cikgu atas infonya

    BalasPadam
  9. JM mula menceburi dunia blog mei 2012 baru genap 2 tahun lebih dan melalui blog juga dapat ramai kenalan dan masa terisi. Yang paling BEST adalah dapat kenalan yang baik dan pemurah termasuk cikgu Etuza...banyak hadiah yg JM terima dari kenalan blog...syukur sgt..

    BalasPadam
  10. Entah lah sehingga bila blog JM itu akan bertahan kerana skop penulisan adalah pengalaman travel trip jika tiada trip ke mana2 tiada apa yg ingin di kongsi berbanding dengan blog genre bebas selagi rajin menulis selagi itu blog akan hidup

    BalasPadam
  11. Memang syok berblog ni kan cikgu..... sampai kekadang okje jemur baju pun lambat tau cikgu haha ...terima kasih atas perkongsiannya cikgu

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.