Bertukar Pemilik Kepada Penggiat Seni.

Bertukar Pemilik Kepada Penggiat Seni.

 
Bertukar Pemilik Kepada Seorang Penggiat Seni
 
Nissan Vanette  White - Kini Bertukar Pemilik.
 
      Antara kita mungkin ada yang telah beberapa kali menukar kereta sebagai kenderaan paling berguna kepada anda. Begitu juga Etuza, ada beberapa kali bertukar kereta dengan alasan mahukan yang lagi baru dan berkuasa tinggi serta sesuai digunakan khas untuk keluarga Etuza yang memiliki ramai anak-anak kecil ketika itu.
 
     Nissan Vanette  ( harap tidak salah ejaan ) warna putih di belakang gambar kami itu adalah milik Etuza.Sepuluh tahun menggunakan Van ini. Sangat terasa Van ini begitu berjasa.Kemana sahaja Etuza pergi akan dibawah bersama. Tapi kini bukan lagi milik Etuza, telah semua nyata dan jelas bukan lagi milik Etuza kerana telah diproses hak tukar milik. 
 
    Kadang-kadang terjumpa dengan Van ini, kelihatan nya kini sangat tap ( kukuh ) masih bersinar dengan warna putih. Kerana sebelum Etuza menyerahkan kepada pemilik ini Etuza cat full Nissan Vanette Etuza itu.  Ada beberapa kawan datang ke rumah ingin melamar Van Etuza waktu itu tetapi nampaknya harga yang ditawarkan agak tidak menepati kemahuan Etuza, bukan demand dengan harga mahal, tetapi kena fikir kos cat semula Van Etuza selain membaiki mana-mana tempat yang perlu dibaiki pada van Etuza itu.
 
     Apa yang Etuza kagum ialah Nissan Van ini sesekali Etuza berselisih di jalanraya.  Terasa terbayang terus ketika bersama. Bawa ke Kota Kinabalu dengan anak-anak, ke Tambunan dan ke Ranau suatu masa yang lalu. Banyak pengalaman Etuza menggunakkan Nissan Van ini. Perkara yang Etuza tidak lupa ialah Nissan Vannette ini digunakan untuk menghantar emak Etuza berniaga di Pasar Malam Keningau. Memang selesa kerana dapat memuatkan semua peralatan emak Etuza berniaga di Pasar Malam. Dan apa yang paling mendebarkan ketika menggunakan Van ini, ialah berlaku satu insiden  di mana isteri Etuza hampir-hampir melahirkan baby kami yang keempat ketika sedang dalam perjalanan ke Hospita Keningau. Bayangkan kalau isteri anda melahirkan baby dalam kereta. Sesuatu yang Etuza kira luarbiasa atau membimbangkan keselamatan pada dua nyawa.
 
     Nissan Vannette kini bertukar pemilik. Dan dialah yang layak memakai Nissan Van Etuza ini. Dialah kini pemilik Nissan Van ini lelaki yang bersama Etuza itu, rupanya penggiat seni tempatan di Keningau. Dia lah yang selalu ada membuat CD Movie dalam Bahasa Kadazan Dusun. Tengok CD.Nama dan kampong pemilik baru Nissan Van Etuza itu tidak perlulah Etuza nyatakannya.
 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

11 ulasan

bila dah lama berjasa ,ada sentimental value ...

alhamdulilah bertukr pada orng yg selayaknya.. semoga van itu berjasa juga kps pemilik yg baru

bila nak bertukar kereta..memang terasa sayang...teringat segala jasa2nya,kan..

@Cetusan Minda

Asalam CM ..betrul rasa sayang tapi apa kan daya..

@Azrin Rahim
Memang pandai jaga penggiat seni tu..ada show di mana-mana dia bawa Van dia, tapi van tu ada nama TOBOH Laut di depan cerim sah lah bukan milik Etuza lagi..sedihnya berpisah..

@❤Kamsiah❤
Anak-anak bagi nasihata kat saya jangan jual , tapi susah nak jaga ..siapa nak pandu semua..Van tu berkilat putih tap lagi ..tak apa lah sudah tiba masa nak di beri dengan orang lain..

Kalau sayapun sayang juga..

Assalam..
Mungkin sudah tibanya van tersebut berjasa kepada tuan yang baharu.

Barang termasuk kenderaan kita yg banyak jasa pasti akan dikenang sampai bila2 kan.. Baguslah, dapat pemilik baru yg sayangkannya juga... :)

ini kiranya kereta pertama lah ye..mestil ah sayang kan kerana selama 10 tahun bersama banyak jasa yg telah di beri. Nasib baik iteris cikgu sempat ' bersalin' di hospital kan..kalau x hihihhi...mmg kelam kabut jgk tu

Haruslah sedih melihat kenderaan yg banyak jasanya kepada kita cikgu...
Tapi tak pe sekarang sudah dapat drive kenderaan yg lebih mantap lagi syok bah haha...

Cikgu, okje ni suka bergurau harap cikgu tak terasa ye....

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (443) Ceritaku (429) Agama (383) Berita (383) Dunia Blog (337) Promosi. (312) Doa (310) Info Lelaki (272) Tips Blog (269) Pengalaman (240) Anak (223) Pendidikan (212) Nasihat (209) Kasih sayang (190) Rasa Bahagia (184) Berita Keningau (179) Hadiah (155) Pelancongan (140) Alam Semulajadi (125) Gambar (122) Ekonomi (108) Sejarah (108) Segmen (106) Keluarga (96) Blog (75) Tentang lelaki (74) kesihatan (71) Isu Semasa (58) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (38) Motivasi (37) Budaya (34) Nilai Moral (34) Percutian (31) Award (30) Herba (29) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Harijadi (26) Masyarakat (26) Haiwan (23) Promosi Nuffnang (23) Perkahwinan (22) Kucing (20) Rasullah SAW (20) Artis (19) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (12) Iklan (10) Petua (10) Kalender (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lanskap (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Kuiz (6) Makanan (6) Politik (6) Elken (5) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger