Bersabar Dalam Hadapi Musibah

Bersabar Saat Mengahdapi Musibah

Tiga gambar Etuza copy dari search imej dari Google
pastinya daripada penggiat blog-terima kasih google
gambar berdoa menghias laman Etuza P & P Blog

     Terharu dan sesungguhnya Etuza bangga dengan blogger terkenal Negara kita BEN ASHARI kerana benar-benar turun padang menghulur bantuan kepada mereka yang menjadi mangsa banjir. Rasanya kalau Etuza berada dekat lingkungan Kelab BB ini akan turut serta menghulur bantuan setakat mampu Etuza. Apakan daya, iya masih boleh menghulur bantuan dengan cara flying maksud Etuza dengan cara memasukkan wang derma ini ke pada Persatuan UMMAH Malaysia jika Etuza tidak silap menerusi akaun mybank. InshaAllah, akan usahakan.

     Etuza menerusi blog ini, hanya mampu berdoa dan berdoa, mengajak anak-anak terus berdoa kepada Allah agar banjir besar melanda beberapa buah negeri di Pantai Timur dan Utara cepat reda dan segera surut. Etuza rasa benar-benar sedih dan simpati apabila pada awal banjir itu hanya air banjir memasuki rumah, kemudian Etuza perhatikan gambar terbaru menerusi FACE BOOK Kelab BEN ASHARI nampaknya air bah telah meneggelamkan banyak rumah hingga bumbung rumah tidak kelihatan. Dan Blogger BB menyatakan ada rumah yang telah dihanyutkan oleh air banjir. Allah hu akbar. Sungguh menyayat hati. Apakan daya kita hanya mampu melihat dan bersimpati kepada mereka yang menjadi mangsa banjir sekitar di Pantai Timur dan Utara.

    Kepada mereka yang mengalami detik getir bah ini, banyakkan bersabar dan terus bersabar. Berdoa dan berdoalah kepada Allah yang maha besar. Anggaplah apa yang berlaku ini ialah Allah ingin tunjukkan kepada masyarakat Malaysia serta Dunia khususnya bahawa Allah berkuasa mengadakan sesuatu yang kita tidak pasti kenapa, tetapi yang kita pasti Allah menguji kita menguji kesabaran kita hingga akhirnya kita mendapat keredahaan dan keyakinan serta kita akan mantapkan iman kita kepada Allah yang maha besar.

    Bersabarlah saat hadapi masalah itu. Memang perit dan perit sekali apabila ada yang kehilangan ibubapa, menjadi mangsa banjir iaitu pasangan suami isteri ( malang dan ajal dah tiba ) mereka pasangan suami isteri yang telah berjuang menyelamatkan anak-anak mereka, semalam dalam berita mayat mangsa telah ditemui. Inalilahiwaninahirojiun. Sungguh ngeri Etuza melihat dalam berita semalam. Kemalangan bot terbalik, tetapi Etuza tidak berapa faham bagaimana bot terbalik, adakah yang memandu bot tersebut suami kepada isteri yang menjadi mangsa atau bot terbalik dari pada pihak penyelamat. Apapun kita hendak kata, rasanya ajal inilah cara kematian pasangan suami isteri ini. Sebab satu lagi yang Etuza rasa terkilan ialah dikatakan wanita ini guru balik ke rumah yang sudah dimasuki banjir pergi memeriksa jawapan peperiksaan SPM, mengapa dalam keadaan sudah naik banjir dengan deras mereka kembali lagi ke rumah mereka. Inilah bayangan maut pada pasangan suami isteri ini. Rasanya memang inilah ajal mereka berdua, telah ditakdirkan olehNya. 

     Kepada yang berada dalam kemelut hidup menghadapi saat banjir dan sedang berada di pusat pemindahan di mana juga berada, Etuza berpesan bersabarlah, hadapi masalah ujian ini dengan redha dan tenang. Sesungguhnya Allah itu adil, Dia beri ujian dan banyak kerosakan yang kita alami tetapi yakinlah bahawa Allah uji kita agar kita perteguhkan iman Allah beri kita kekuatan untuk berusaha keras, InsaAllah akan ada pengganti kepada yang rosak dan lebih baik dari sebelumnya. Dalam Khutbah Jumaat kemarin juga hal yang di sampaikjan ialah musibah banjir adalah ujianNya. Tetapi pasti akan ada pengganti dan yang lebih baik dari Allah. Hadapilah ujian ini dengan tenang dan sabar. Banyakkan doa kepada Allah kerana dengan berdoa sungguh-sungguh pasti akan Allah ringankan masalah dan Allah kabulkan doa kita. Lihat SINI aktiviti di blog Ben Ashari.

Nota: Hanya ini yang mampu Etuza nyatakan bagi menyokong dan memberi motivasi kepada mereka yang hadapi banjir saat ini. Hari ini mereka lalui masalah ini, esok lusa tulat kita tidak tahu keadaan kita. Semuanya atas rencana Allah. Darinya kita datang dan kepadaNya kita akan kembali. Wallahualam.

Lastly ending entry :  InshaAllah Etuza akan menderma melalui akaun Mybank ini. Semoga niat Etuza di mudahkan dan akan membuat satu usaha memohon derma secara ikhlas di desa dan sekolah Etuza nanti dan akan hubungi pihak tertentu selepas usaha murni Etuza ini terlaksana. Semoga Allah mudahkan niat dan urusan Etuza ini.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Rasa tanggungjawab di hati pendidik, balik ke rumah semata2 kertas jawapan pelajar SPM, beliau rela korbankan diri sendiri demi amanah, & kecintaan pada kerjaya amat2 terkesan di hati, al fatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alfatihah..Umi dan keluarga jaga kesihatan jaga dri waspada selalu di tempat jauh ...semoga cepat kembali ke rumah

      Padam
    2. Alhamdulillah dapat kembali semula ke destinasi, seronok sangat.. terima kasih di atas doa Cikgu dan isteri

      Padam
  2. Rumah sahabat saya di Kelantan hanya nampak bumbung, gitu juga rumah kakak dinaiki air separas pinggang,

    BalasPadam
  3. tengok gmbar2 update terkini pn dan menitis air mata, nak baca berita ttg orang meninggal lagi la tak sanggup. masa nula2 berita ttg bayi yg tercampak tu pn dah rasa masya allah, hebatnya ujian. sama2lah kita berdoa

    BalasPadam
  4. JM sgt respect dgn usaha yg akan cikgu lakukan tu..

    BalasPadam
  5. sangat simpati sma mereka yg menimpa musibah. JM telah tergerak hati utk turun ke pantai timur menjadi sukarelawan menghulurkan bantuan apa yg patut. Nama sudah d beri tunggu masa utk di panggil dan di bawa ke sana. Hanya iringna doa buat mereka pada masa ini

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.