Amanah Harus Digalas Harus Ke JPHPT

Amanah Harus Digalas Harus Ke JPHPT

Kembali Di Arena Blog Maya.

Alhamdulillah telah selesai kerja hari ini..
Amanah yang harus digalas selagi ada kesempatan.
Alangkah sukar hendak capai semua ini apabila
Sudah tiada lagi kesempatan ini...
Ini Jabatan Perkhidmatan Haiwan
Dan Perusahaan Ternak Keningau.

Ruang menunggu dan ruang Farmasi bersetentangan
Manakala bilk rawatan ada beberapa bilik..
Bulat, Comel, Barut dan Tompok 1 dan Tompok 2
di masukkan ke Bilik 2. Pegawai berbaju hijau 
yang beri suntikan. Diberi suntikan anak-anak
kucing peliharaan Family Etuza kerana
hendak pastikan anak-anak kucing ini sihat
dan tidak dijangkiti kutu. Kalau anak kucing ada kutu
akan menggaru garu. Cepat-cepat bawa ke 
klinik haiwan.
** Kos rawatan pada 5 ekor anak kucing ialah RM 25.00.

Ada ramai pemelihara kucing datang semasa Etuza juga
datang ke JPHTP Keningau ini. Ada kawan dari
Kampung Bayangan Keningau bersama anak bujang dia..
Kucing peliharaan tidak bermaya..tak berdiri..macam 
lemah sekali Etuza tengok di dalam kotak.
Rupanya macam ni bila kucing di bawa ke klinik.
Mujur ada Ibnu Mustaqim..tolong pegang
manakala Alya pula tolong buka kan penutup
keranjang tempat anak kucing kami ini.

Inilah genarasi kucing di laman Etuza..
ada lima Ekor semua..menjadi AMANAH  ialah si BULAT.
Kenalah jaga baik-baik anak kucing ini..sebab 
semasa lahir hampir mati kerana tidak diperdulikan
oleh ibu Bulat. Kerat pusat jaga hingga besar
sekarang adalah kerja anak sulung Etuza yang kini
berada nun jauh di Mesir. Bulat  lah antara amanah
dia ( jaga baik-baik bagi makan kalau sakit beri rawatan)
Aikkk!!! bunyi macam Doktor ja..alamak kenalah jaga 
amanah dia.


Selain kami ada lagi teman dari kampung Biah 
bawa 4 ekor anak kucing..semua berbulu putih..
telinga teruk berkudis..sayang betul keluarga
ini dengan kucing mereka. Katanya di rumah ada 32 
ekor anak kucing mereka pelihara semuanya datang
sendiri..mereka jaga dan beri makan..inshaAllah 
katanya..Ha Ibnu Mustaqim ( dah sembuh bersunat ) 
dan Alya ambil kesempatan bergambar dengan
family ini..

Kepada sesiapa yang ada pelihara anak-anakkucing di rumah, jangan di sakiti ya, beri kucing anda makanan, usah samakan pemikiran kita dengan kucing.Kucing ni binatang maka kita yakni manusiajauh lebih baik pemikiran dari  haiwan ini..

InshaAllah anda akan menemui rasa kasih sayang
kepada haiwan ini secara luar biasa. Pulangkan
kepadaNya inshaAllah dia laha maha memberi pahala.
Wllahualam.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

12 ulasan

Cikgu Etuza tinggal mana di Keningau?

As'salam. lega rasa selesai hantar dapatkan suntikan untuk kesihatan anak-anak kucing family Etuza..

Tu dia..32 ?/banyak tu..mak saya yang bela 15 ekor pun saya dah rasa cukup banyak tu..heheh

memang seronok ada kucing di rumah. teringat semasa saya masih di bangku seklah rendah. Saya ada seekor kucing yang saya namakan "sayang". Setaip pagi bangun dari tidur pasti "sayang" ada di sebelah saya.

Akhirnya selepas "sayang" mati, saya tak hilang minat untuk memelihara kucing

rajin betul cikgu Etuza

Saya pun ada 3 ekor kucing... Memang seronok bela kucing ni. Ada masa terluang boleh main2... :)

Bertuahnya kucing2 tu berada di dalam jagaan Cikgu Etuza..

suka pelihara kucing sbb manja...datang gesel2 di kaki...ee geram..tapi kat umah x de kucing...rumah kg ada sekor, ayah yg rajin beri mkn

Kucing pon ada persaan nak disayangi ..Bela kucing ni bagus juga..Tapi Lya tak dapat nek bela kucing la Cikgu alah sikit dengan bulu kucing selalu bersin ...

dekt umah ayie pon ad kucing dan mmg pelihara kucing.. ad 5 ekor gak

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (431) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (364) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Tips Blog (265) Info Lelaki (264) Pengalaman (234) Anak (210) Nasihat (205) Pendidikan (200) Rasa Bahagia (181) Kasih sayang (178) Berita Keningau (167) Hadiah (148) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger