Amalkan Tangan Hijau

 Hargailah Alam Semulajadi & Amalkan tangan Hijau
Alam Semulajadi Akan Mendoakan Kesejahteraan Masyarakat
Setempat - Sesungguhnya Alam Semulajadi Ini Milik Allah.
KLIK jugs SINI
Lihat kanak-kanak itu beralaskan rerumput hijau melata
bak baldu menjadi alas dari tanah terus membasahai 
punggung ketika duduk bermain rumput alam ini..
segar mata memandang sesegar bayu bertiup penuh nikmat..
lihat alam semulajadi di kualamu wahai teman..
usah di nodai dengan sesampah melata dan
kerakusan tanganmu sesuka hatimu membunuh sang pokok
dan rerumput di kaki..usah dengan rakusmu..
teknologi mu meredah dan meruntuhkan bebukit bahasa alam..
padahal semua tumbuhan bekalkan oksigen kepada kita 
dan siratan akar akar itu menghisap air di kuala dan sungai..
agar rerumput dan pokok hidup menghijau segar kan alammu.
tengok cepat -cepat kelopak bunga itu bagai tersenyum..besar sekali
senyuman bunga ini, mengalakan lebar senyum kita sebagai manusia
berakal. Lihat bagai bunga mengatakan terima kasih kepada kita
yang memberi peluang kelopak bunga itu melihat mentari pagi..
Inilah kuasa dan anugerah jika kita amalkan TANGAN HIJAU.

     KOTA BHARU 28 Dis. – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V mahu seluruh rakyat supaya menjadikan alam sekitar sebagai sahabat baik kerana musibah banjir yang berlaku ketika ini mempunyai hubung kait daripada perbuatan manusia. 

     ( ini kata-kata Sultan Kelantan ) kata-kata ini mengukuhkan bahawa semua lapisan masyarakat Malaysia dan di Dunia ini harus atau WAJIB hargai alam semulajadi, kerana mengikut pembacaan Etuza di Online Utusan Malaysia, BANJIR yang berlaku di beberapa kawasan di Malaysia kali ini ada kaitan dengan keadaan struktur muka bumi yang kini tidak kukuh apabila penebangan pokok dan bukit semakin berleluasa akibat tangan manusia.

    Etuza menggalakkan agar marilah kita amalkan TANGAN HIJAU.Ya tangan hijau maksudnya bukan nak jadikan tangan kita nanti jadi warna hijau pula. Bukan begitu, tetapi kita amalkan agar kita rajin menjaga alam semulajadi biarpun depan rumah anda, kawasan sekeliling rumah anda dan apa tah lagi jika anda mempunyai tanah bergeran dan kawasan -kawasan tanah simpan. Amalkan tangan yang rajin tanam bunga-bungaan di atas tanah, di kawasan permainan dan di mana-mana agar keindahan semulajadi tetap kekal dan berterusan adanya pokok yang akan menajak akar ke dalam tanah menyedut cairan dalam tanah agar keseimbangan alam akan terjaga.

      Ini pengalaman Etuza sekitar 5 tahun yang lalu. Rumah Etuza berada di kebun sebab itu di sekeliling kediaman Etuza semua pokok-pokok getah lama di tebang. Dan ada truk mengambil batang pokok getah diangkut dan dihantar ke kilang kayu bagi tujuan kayu getah dijadikan papan atau beruti dan sebagainya. Sejak pokok getah ditebang keadaan bukit depan rumah Etuza gersang , kering dan ada yang mulai runtuh akibat tiada lagi akar pokok menahan tanah bukut dari runtuh. Tanah disekeliling rumah Etuza tanah bergeran milik ramai orang. Berkilo meter besar. Diusahakan agar penanaman semula getah baru oleh Lembaga Tabung Getah Malaysia. 

    Pada awal penebangan pokok dan pemerataan bukit apabila hujan sahaja anak Sungai Mapua akan banjir sehingga pernah berlaku kolam milik Etuza habis punah dilanggar banjir. Ikan merah ikan talapia dan segala jenis ikan dalam kolam Etuza hilang di bawa air deras. Ada kawan berkata semasa banjir banyak ikan kami tangkap di atas jalan raya, ada merah ada talapia katanya. Ha itu sah lah ikan dari kolam Etuza juga dari kolam kawan yang lain. Ketika Etuza datang menyaksikan keadaan kolam Etuza yang dilanggar banjir, Etuza redha dan pasrah kerana itu lah hakikatnya apabila kolam dekat sungai realiti itu harus diterima. Etuza selalu perhatikan sebaik hujan sahaja akan berlaku banjir lumpur pada anak sungai berdekatan kebun Etuza. Itulah yang berlaku semasa bukit dan pokok ditebang di sekitar tanah-tanah bergeran dekat rumah Etuza. Itu lima tahun yang lalu. Kini pokok getah dah membesar dan ada yang boleh di toreh, termasuk lah getah dekat rumah Etuza boleh di toreh dan keluarkan hasil. Etuza memerhati anak sungai walaupun hujan lebat anak Sungai Mapua itu jarang banjir besar.Kolam kecil Etuza tidak lagi di naiki banjir. Alhamdulillah.

     Memang betul langkah memelihara dan hargai alam sekitar amat penting. Kepada pihak kerajaan dan swasta lakukanlah dengan cepat penanaman semula apa juga pokok di kawasan yang tandus dan sesuai. Kepada sesiapa sahaja tanamlah biar satu pokok bunga jenis kayu depan rumah. Jangan takut pokok itu membesar sebab kita boleh potong atau cantas pucuk pokok itu agar tumbuh rendang dan teduh. Jika memilih anak pokok limau kasturi lagi bagus sebab nikmat berganda dengan menanam limau kasturi. Olej itu bantu agar tangan anda dijadikan TANGAN HIJAU SEKETIKA dan nikmatnya berpanjangan. Banjir akan kurang berlaku apabila resapan air oleh akar2 kayu akan menyejatkan air di darat dengan cepat. Lakukan laksanakan dan amalkan TANGAN HIJAU MULAI HARI INI.

INI LAGI KATA-KATA SULTAN KELANTAN- SILA BACA DAN FAHAMKAN YA.

“Marilah kita menghulurkan tangan persahabatan dengan alam sekitar dan marilah kita sedar bahawa segala macam musibah bencana dan malapetaka yang terjadi semua itu akibat daripada olahan tangan-tangan kita.
“Semoga Allah mengampuni kita semua dan menjadikan musibah ini dengan kebaikan yang banyak,” titah baginda dalam teks yang diedarkan kepada media di sini kelmarin.

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. sama sama melestarikan alam sekitar :D

    BalasPadam
  2. assalamualaikum
    singgah pagi
    hari ini x berapa ada mood nak update
    mengenangkan rumah anum kena banjir

    BalasPadam
  3. tak rugi berbakti kepada tanah ni...

    BalasPadam
  4. umah sy dh xde tanah...tp sedang usaha tanam dalam pasu...ada gak hasilnyee...hihihihi

    BalasPadam
  5. betul tu.. marilah kita bersahabat dgn alam...

    BalasPadam
  6. sekeliling rumah saya mcm2 pokok ada..
    ulam pon byk.. nk mkn petik ja.. pokok sayuran pon ada... kdg2 kalau auah xbeli sayur ka.. petik ja pucuk2 boleh buat sayur

    BalasPadam
  7. Alam semulajadi adalah amanah Allah kpd kita semua. Bersama2lah kita semua sentiasa melestarikannya utk kebaikan bersama..

    BalasPadam
  8. Halaman saya dipenuhi dek hutan simpan, maklumlah tuan rumah agak pemalas, ahakk

    BalasPadam
  9. kita sbg manuisa yag mempunyai otak dan boleh berfikir sepatutnya tahu hak penjagaan alama sekitar kan..jgn ada yg tamak haloba dan ingin keutungan habis semua di 'rosak' kan

    BalasPadam
  10. ishh...JM mmg x berani duduk di atas rumput hijau yg lembab tu takut pacat!!!!!

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.