5 Tips Berkesan Lahirkan Idea & Mood Berblog Etuza

Sedikit Tips Etuza Menghidupkan Blog Pesona & Mustika.
Kehadiran Idea & Mood bukan dipaksa tetapi didasari
dengan perasaan happy, ceria dan menyayangi blog
serta saudara-saudara blogger dan pembaca maya.

Ini lah dia Etuza..
Gambari hadir Road Show Produk E ..
Hidup harus dilalui dengan ceria..inshaAllah Allah
akan hadirkan idea yang elok baik-baik..InshaAllah
5 tips berkesan lahirkan Idea & Mood Berblog Etuza

   Arena blog memang mengasyikkan, mengasyikkan bagi yang minat dan suka kan blog maya. Tapi sungguh membosankan bagi yang tiada mood berblog. Membosankan bagi mereka yang tiada JIWA rasa kasihkan blog dan cinta kan blog. Sayang sekali jika ada blog, sebagaimana Etuza dahulu meninggalkan dunia blog hanya kerana kehilangan mood berblog sedangkan idea itu ada setiap hari.Harap-harap kali ini mood berblog Etuza serta idea yang ada dapat dikembangkan lagi dan mantapkan cara pesembahan blog.

    Kadangkala Etuza merasa perlu memberitahu bagaimana idea dan mood Etuza begitu tinggi sehingga berjaya persembahkan sejumlah entry dalam posting wall blog Etuza dalam sehari. Jujur Etuza katakan seronok dan amat bersyukur apabila dalam tempoh dekat Etuza boleh terbitkan Entry - Entry dalam Blog Pesona & Mustika kesayangan Etuza ini. Ok kepada teman maya ini sedikit tips Etuza. Jemput baca.

5 Tips Berkesan Lahirkan Idea & Mood Berblog Etuza. ( harap baca ya )

1. Ada perasaan minat yang mendalam, mendalam sekali hingga terlahir perasaan sayang pada blog. Dalam blog Etuza adanya ramai kawan dan saudara yang sama-sama berblog. Mereka baik, mesra maya dan sangat suka membantu Etuza dalam kesusahan atau menemui masalah diblog. Ramai yang baik serius seperti UMI, JM, Madam Kamsiah, aRz, Ayie,HH dan lain-lain. Inilah POINT terbesar Etuza kini tidak boleh tinggalkan blog P&M. Suka dan cinta serta sayang pada BLOG mereka selain pentadbir blog itu adalah orang yang POSITIF minda. ( bila lihat blog mereka, baca entry blog mereka dan baca komen mereka akan hadir berpusu- pusu idea dan mood Etuza berblog memuncak )

2. Setiap hari Etuza akan berusaha ceriakan diri, dengan cara bersyukur kepada Allah dahulu, memuji kebesarannya yang beri kita nafas baru. Etuza BERGURAU DENGAN ISTERI sesekali kejutkan dia, ceriakan dia, joke sunat sikit, jangan pula joke lebih2. Bergurau dengan anak-anak, lemparkan senyuman manis kepada semua anak-anak. Kalau anak gadis Etuza Azie namanya kalau Etuza senyum ke arahnya dia akan bercakap macam ni " OOOO bapa! bapa! ada ada saja bapa ni" haha..inilah lucunya Azie Etuza tu. Etuza akan lihat belai kucing  nampak sangat kucing tu lemah, sangat beza dengan kita yang ada akal, hehe jangan hairan jika Etuza ni selalu berbual dengan anak kucing terutama Si Bulat. ( Lucu ke- Masa itu idea berblog sekali lagi berpusu-pusu timbul )

3. Berblog pada niat yang ikhlas dan betul. Niat hendak kongsikan banyak kebaikan bukan nak cari masalah orang lain, bukan hendak hentam, orang lain. Niat hendak cari ilmu yang baru kerana belajar mencari ilmu tak pernah akan habis.Oleh itu harus ada niat yang ikhlas di blog jika kita tidak ikhlas dan tersilap niat segala komen orang lain pun kita sukar hendak terima. Betulkan niat ya menerima dan manfaatkan ilmu di blog kawan-kawan. Percaya atau tidak dengan membaca blog kawan-kawan kita dapat rasakan adanya nilai kesedaran dan keinsafan serta semangat ingin belajar yang berkobar-kobar. Bila ada perasaan ingin tahu maka berkobar-kobar lah semangat nak buat entry baru.

4. Buat pembacaan maya dari laman ke laman atau dari sumber yang sahih. Banyak membaca maka luas pandangan dan pengetahuan. Seorang blogger tegar kena membaca di blog orang lain, usah sekelip mata dah klik ke laman orang lain. Kalau ini lah cara kita tak akan faham paparan maksud penulisan seorang blogger. Sekalipun hanya gambar berbicara lihat dan renungi kenapa gambar itu diletakkan dalam wall posting blog mereka. Dengan cara ini pasti hadir Idea & Mood berblog anda.

5. Lihat dunia realiti anda, anak-anak anda, resipi-resipi masakan insan yang tersayang, persekitaran rumah, kegemaran anak-anak, merangkumi pengalaman pelancongan atau jalan-jalan cari makan di mana-mana restoran yang terkenal atau biasa, semuanya ini melahirkan idea dan mood berblog sebenarnya. Jika kita faham kita sebagai seorang blogger anda akan dapat rasakan kehadiran idea dan mood yang sihat untuk berblog. 

Hanya itu lah 5 tips berblog Etuza apabila adanya kombinasi Idea dan Mood yang sihat dan baik. Anda mungkin ada tips lain maka gabungkan tips ini semoga dunia blog kita semakin bersinar. InshaAllah.

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. nice sharing. jgn suka C&P je kan :)

    BalasPadam
  2. Bagusnya Cikgu, saya setuju dengan entri ini.

    psstt: Salah satu menu tengahari kami "Kerabu Pucuk Paku",ingat nak buat entri tapi tidak sempat ambil gambar, suami nak makan tengahari sebelum dia ke masjid untuk berjemaah, segan pula nak ambil gambar, hi3

    BalasPadam
  3. nice sharing cikgu.. kdng2 bnda yg kecik pon even gambar kalo bnda tu bermanfaat dan perlu kongsi.. ok shje.. hehe

    BalasPadam
  4. Assalam..terima kasih atas perkongsian..apa pun kita ahrus menulis dengan penuh keikhlasan..

    BalasPadam
  5. Asalam semua terima kasih yang baru jengok blog Etuza ya

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Hai firah, nampak sis JM X? sambil lambai tangan nih

      Padam
  7. saya juga ingin bergabung, kunjungan perdana, salam kenal

    BalasPadam
  8. Good sharing cikgu. Cuma kadang-kadang ada hari banyak idea turun mencurah bagai hujan. Ada hari lain pula kemarau idea mendatang, puas diketuk kepala tak nak keluar satu pun idea untuk dikongsi....hehehehe...

    BalasPadam
  9. banyak idea n rajin menulis tentu akan happy blogging cikgu mmg rajin menerbitkan n3 bermutu...tahniah.

    BalasPadam
  10. saya sama mcm JR tu cikgu..idea kadang2 timbul kadang2 tenggelam..

    BalasPadam
  11. Tips yang bagus..JM pun minat ber blog tetapi kekangan masa..masih banyak story tertunggak untuk di kongsi huhuh

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah banyak tips yang cikgu etuza kongsikan kat sini ..Terima kasih cikgu

    BalasPadam
  13. Good Sharing ..Boleh kita amlakan bersama ..Lya d]kadang2 takde mood nak berblogging tapi bila masuk jer blog kawan2 yang lain ..Minat nak berblog tu terus timbul..

    BalasPadam
  14. Kekadang kan Cikgu bila mood takde susah jugak nak up entri ..Bila dah takde entri mula la tak keruan hahaha

    BalasPadam
  15. Tahniah cikgu....bagus tipsnya...dpt membantu blogger lain untuk dapat idea menulis entri.

    BalasPadam
  16. Idea terus hilang bila mood tidak stabil..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.