Warga Keningau Harus Bangga Keningau Boleh

Bangga Dengan Khairulnizam Ryan Lasio

Insan Yang Hebat.



Kebanggan Keningau Kini, Terbaik Rayan. Bangga Dengan Awak
Ini gambar KhairulNizam Ryan Lasio- Keningau.Hebat Orang Keningau, Keningau Boleh.Gambar dari Utusan Online.


piala dan wang kemenangan KhairulNizam Ryan Lasio.
      Kuala Lumpur 25hb Nov 2014, akhirnya menobatkan Khairulnizam Ryan Lasio 37 tahun dari Bahagian UMNO Keningau, Sabah dalam pertandingan peringkat Kebangsaan Piala Pidato Presiden 2014 sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 yang berlangsung di PWTC Kuala Lumpur. Manakala Johan disandang oleh Mustafa Musa berusia 50 tahun UMNO bahagian Alor Gajah Melaka. Serta tempat ke tiga jatuh kepada Mohd Ikhwan Rosseli 25 tahun dari UMNO bahagian Kelana Jaya Selangor.

     Seramai 12 peserta pemidato terpilih dalam acara gemilang ini yang berlangsung di PWTC, Kuala Lumpur secara live dalam kaca television.  Semua pemenang Piala Pidato Presiden itu masing-masing membawa RM 10,000 bagi juara , piala iringan dan sijil penyertaan, Khairulnizam Ryan Lasio tempat kedua membawa wang tunai RM 7,500 dan tempat ketiga membawa RM 5,000.

      Sebagai warga Keningau, siapa tidak bangga dengan kejayaan mereka ini. Khasnya Khairulnizam Ryan Lasio yang berjaya mengharumkan nama Keningau, sebuah pekan kecil di Pedalaman Sabah. Kadang-kadang ada orang yang belum tahu Keningau itu di mana membayangkan Keningau itu mundur dan segala kemudahan tidak didapati. Jika anda search di google Keningau kini amat pesat membangun dengan semua infrastruktur bagi kegunaan masyarakat Keningau.

     Keningau kini maju setapak dengan adanya dukungan kerajaan yang ada sekarang. Hidup Khairulnizam Ryan Lasio, maju Keningau dan Keningau Boleh, kita boleh semua boleh andai ada usaha yang berterusan. Tahniah kepada Khairulnizam Ryan Lasio. 

Klik sini untuk gambar penuh Naib Juara! Hujah Khairulnizam Ryan Lasio.“Jangan pegang prinsip pemimpin sudah mati baharu diganti” Utusan Online

Note : Hari ini Etuza, isteri dan Alya travel ke
Ranau, Sabah. Menjemput anak yang baru habis menduduki SPM.
Doakan agar selamat perjalanan dn kembali ke rumah. 


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Tahniah kepada saudara khairulnizam..org keningau hebat!!

    mcm mana perjalanan Cikgu ke Ranau tu semua berjalan lancar ke

    BalasPadam
  2. Teringin nak melancong ke Keningau.. (Semenanjungpun belum habis teroka, hi3)

    BalasPadam
  3. Dah sampai rumahkan?, alhamdulillah..

    BalasPadam
  4. Dah sampai rumahkan?, alhamdulillah..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.