Tips Tulisan Kecil Di Blog Boleh Menjadi Besar

 Ada cara jika tulisan dalam blog
agak kecil dapat diselesaikan.
Tips mudah yang kemungkinan 
blogger lama atau baru terlupa!
Serta pembaca maya terlupa sejenak.

Dan tiada masalah yang tidak selesai
andai ada usaha di kedua belah pihak.

Sebagai contoh paparan tulisan ini.

Tips mudah klik pada bahagian 
yang ditunjukkan itu dan 
klik mouse ke arah tanda + ( plus )
sehingga angka lebih dari 100.
Dengan cara ini template blog
kegemaran anda membesar dan
secara langsung tulisan pada blog 
yang agak kecil itu menjadi besar
dan mudah untuk kita membaca,
informasi di blog blogger lain.
Cuba lah agar masalah sakit mata
membaca hingga berair  mata 
dapat diatasi dengan segera. 

( kita mudahkan usah beratkan )



        Blog yang aktif ialah blog yang sentiasa ada pengisian cerita atau catatan ( entry ) yang dilakukan oleh sesorang blogger. Akan tetapi terdapat kesilapan yang berlaku antara blogger dan pembaca maya, di mana kesilapan yang tidak sengaja itu tidak akan dapat diselesaikan jika tiada pertanyaan, tiada laporan dan tiada interaksi antara blogger sebuah blog template dan pembaca maya. Sayang sekali jika masalah yang ringan itu tidak diselesaikan dengan segera.

            Kesilapan yang tanpa disedari itu ialah :-

1. Tulisan ( font ) agak kecil oleh Blogger sendiri.

           Tulisan ( font ) yang digunakan oleh blogger ketika menulis di blog diambil pada skala huruf kecil dan bukan yang besar atau sederhana. Apabila tulisan yang digunakan agak kecil ramai yang sakit mata kerana memaksa diri untuk membaca catatan menarik di blog template kita. Sayang sekali jika infor yang penting akhirnya dilupakan oleh pembaca dan beralih terus ke paparan halaman blog template yang lain. Impact di blog template kita tidak dapat dimanfaatkan. Ini lah masalah yang Etuza maksudkan oleh blogger tanpa sedar lakukan kesilapan ini. Dan Etuza sendiri telah dikritik secara membina oleh beberapa pembaca atau pengunjung blog template Etuza.

2. Tindakan pembaca yang lupa klik pada hujung komputer pada bahagian setting paparan skrin di desktop komputer.

        Masalah yang kedua ialah berpihak kepada pembaca itu sendiri yang terlupa sejenak jika paparan tulisan pada blog kegemaran kelihatan kecil dan kabur serta di tambah lagi dengan penggunaan warna tulisan yang tidak sesuai. Sebenarnya jujur Etuza katakan bahawa mudah sahaja mengatasi masalah ini dengan cara dalam gambar pertama. Tarik mause ke atas dan klik pada hujung komputer maka akan keluar bahagian setting angka 100 akan bertambah bila kita klik tanda + plus ) pada komputer kita.

           Number 100 akan bertambah hingga ke angka 200 maka paparan tulisan pada blog template kesukaan kita juga akan membesar dan kita akan dapat menikmati satu pembacaan yang amat memuaskan hati kita. Oleh itu kepada pembaca usah terus klik berpindah ke blog lain sebelum mengatasi masalah anda di alam maya. Kerana menurut Etuza kemungkinan paparan cerita di blog yang anda tinggalkan itu ada informasi yang sebenarnya bermanfaat kepada anda semua. Bertindaklah membesarkan blog templete di komputer anda dan nikmati ilmu pengetahuan dari blogger di Malaysia mahupun blogger dari negara luar dengan tips mudah dari blogger Etuza ini.

         Dengan itu kesimpulannya, kesilapan blogger dalam blog dapat diselesaikan dan kesilapan pembaca pada blog kegemaran juga dapat di atasi dengan saksama, tanpa menyalahkan sesiapa. Di sinilah ketaknya apa yang di katakan WIN WIN SITUATIONS. Jika anda setuju bagi lah senyuman dan ikhlaskan hati beri lah komen membina. Alhamdulillah.




Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. kalo paparan dekt google normal mmg ayie 100% lh.. ayie lebih selesa tulisan yg sedng2.. xterlampau besar or kecil.. sedp mte mmndng je.. hehe

    BalasPadam
  2. Wahhhhhhhh Cikgu makin maju setapak lagi, tahniah..

    Moga tidak jemu dan terus berikan panduan, tips kepada rakan2 blogger tanpa jemu..

    BalasPadam
  3. Perkongsian yang sangat bermanfaat buat semua blogger, terima kasih cikgu....

    BalasPadam
  4. @Azrin Rahim
    Asalam Ayie..ooo ayie rupanya lebih selesa. Ya betul kalau dah setting komputer memang dah ok..tiada masalah tu..besar sangat pada skrin PC pun tak baguskan..kita pilih yang sederhana paparan. Cuma kadang tu memang ada blog yang kecil sangat tulisan . ada Etuza try cek..tulisan paling kecil digunakan..tak salah .pembaca kena bertindak macam tips Etuza bagi tu. harap membantu lah..

    BalasPadam
  5. @umi alya
    Umi kalau adailmu sampaikan walau sepatah, jika tidak tahu pula berdiamlah jika itulah jalan terbaik. Syukur adanya ilmu sedikit cuma.

    BalasPadam
  6. Kalau ada ilmu..hehehe silap eja lagi.

    BalasPadam
  7. nice info boleh di aplikasikan oleh rakan blogger yang lain

    BalasPadam
  8. @Jari Manis
    Harap dapat dimanfaatkan ..harap macam tu JM

    BalasPadam
  9. Tq cikgu etuza atas info ini..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.