Tips Kepada Blogger Baru & KERUSIBUROK


kerusiburokAhad yang  ceria dihadiahkan kepada kita umat Nabi Muhammad SAW, selawat dan salam ke atas nabi junjungan, semoga kita akan mendapat syafaat Nabi di akhirat inshaAllah.
Awal pagi dah online ni, lagipun nak tunggu juadah sarapan pagi yang isteri sediakan. Klik bahagian komen ( ulasan ) nampak blogger blog KERUSIBUROK bertanyakan kepada kita semua, lebih kurang ini pertanyaan dia ya, mari baca sama-sama " EDIT SENDIRI ke TEMPAH TEMPLATE  kalau nak share tips, alhamdulillah" Ha inilah pertanyaan dia di ruang komen blog Etuza ni dan dia ajukan kepada semua blogger Malaysia yang lebih OTAI lagi best menjawab pertanyaan dia.

Etuza klik profil blogger KERUSIBUROK nampaknya baru dia masuk arena blogger ni iaitu pada Oktober 2014. Masih baru rupanya. Patutlah ajukan pertanyaan. Etuza rasa perlu beri dia sedikit tips. Tapi tips yang Etuza bagi ni pun bukan dapat membantu sangat kerana sebagai individu yang mahu maju dan berjaya dalam blog kita kena berdiri sendiri kena ada identiti sendiri dan sabar serta tidak mudah putus asa serta kebal dalam menerima kritikan demi kritikan dari rakan blogger yang lain.Etuza sebenarnya selalu dikritik, tetapi kritikan tu menjadikan Etuza lebih gigih berblog dan memperbaiki mana-mana yang patut dibetulkan dalam dunia blog.

Harap KERUSIBUROK  faham terlebih dahulu hal ini ya, sebab ini dunia maya, siapapun boleh lontarkan komen kepada kita, ya komen positif bagus dan ada juga komen nagetif, komen nagetif Etuza jadikan kekuatan sebenarnya.  Usah marah jika ada komen dari rakan blogger kita ya.

Antara tips yang Etuza nak kongsikan ya KERUSIBUROK semoga dapat membantu. 

1. Nak cari template free memang berlambak, Etuza dahulu hingga buntu nak cari mana satu, dah jadi rambang mata pun ada, itu bagus, itu lawa, itu cantik . huuuu!! macam-macam bentuk pun ada tau.Perasaan ini sila elak ya KERUSIBUROK usah ikut Etuza masa tu.
2. Nak cari tamplet ciri 2 kolum pun ok dan ciri 3 kolum pun ok juga. Bingung nak mana, tapi Etuza tengok template KERUSIBUROK guna sekarang 2 kolum kan. So simple dan kira bagus sudah tu.

3.Sebenarnya kita mahukan TEMPLATE  untuk blog yang mesra SEO tau, kita kena banyakkan pembacaan tentang dunia blog. Terlalu banyak aspek kita kena tahu jika kita minat berblog. Kena tahu template yang terbaik untuk kita. Etuza cadangkan blogger KERUSIBUROK  pergi ke laman web OTAI blog yang memang inilah makanan dia, menyediakan kita pelbagai TIPS dalam berblog. Baca dulu apa tu SEO di laman dia iaitu OTAI BLOG ini (http://www.hasrulhassan.com/ ) ada dalam bloglist Etuza di ruang Amazing . Atau blogger KERUSIBUROK  dah tau pasal blog HH ( Hasrul Hassan ) Etuza banyak membaca di blog dia serta tips lain blogger KERUSIBUROK  klik lagi di bahagian bloglist Etuza di ruang security pada ruang tu banyak blog yang menyediakan kita kemudahan yang kita nak dalam blog kita, ha ini lah cara Etuza. Sila klik pada ruang PANDUAN BLOGGER pada blog HH ya.

4. Pengalaman Etuza jika kita tempah template tu rasanya ikut kita lah ya, nak tempah kena bayar tau blogger tu, Etuza ingat tak ada free jika kita nak tempah template yang kita nak. Masalah akan timbul jika template tu bukan template MESRA SEO bukan mesra klik di alam GOOGLE, jadilah blog kita sepi dan sepi tanpa ada terpapar di dunia maya. Kita mahu dan idamkan tamplate yang mesra SEO.Jadi pergilah ke blog Hasrul Hassan ya. InsyaAllah blogger KERUSIBUROK   akan sedikit temui jawaban. 

5. Sekali lagi nak bagi tau kepada blogger baru KERUSIBUROK  klik ya blog Hasrul Hassan. Ada banyak template mesra SEO yang dicadangkan oleh otai blog kita HH. 
6. Etuza cadangkan cari template free dulu dan baru kita edit setting sendiri ya, kita akan puas hati hasil klik jejari kita, kita akan dapat banyak ilmu hasil dari usaha kita sendiri. Template tu adalah bingkai atau RUMAH kita di alam maya, jadi kita sendiri lah yang bagi RUMAH kita itu BINGKAI rumah kita itu menarik atau tidak. Ada kepuasan jika kita dah dapat tempate yang kita mahu dan mesra SEO lalu kita ubahsuasi mengikut rekaletak yang kita nak, susuatur sendiri pada Etuza lagi terbaik ada kepuasan yang memberikan kita rasa seronok berblogging.

Hanya ini mampu Etuza cadangkan kepada blogger KERUSIBUROK. Etuza rasa apa yang dia rasa.Sampai jam 3 pagi baru tidur semalam. Kesian blogger baru ini, kepada anda semua berilah sokongan moral kepada blogger baru ini dan kiranya keluarga baru kita dalam berblogging. Etuza nak pastikan akan selalu datang memberi sokongan kepada blogger KERUSIBUROK. Nama pun Etuza tak tahu dalam profil dia tak ada nama dia. Kena letak nama singkat dek blog anda ya. Macam Etuza, ha Etuza, contoh blogger terkenal lain BEN ASHARI, UMI ALYA, KAMSIAH, HASRUL HASSAN, ERAZ FADZLI, CALRASE PATRIK, HAINO OKJE, BUNDA dan banyak lagi blog lain ya. 

Semoga tips ringkas ini akan dapat memberikan motivasi kepada blogger blog KERUSIBUROK. Selamat mencari template yang mesra SEO ya KERUSIBUROK.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Bagusnya Cikgu, sedayanya cuba beri bantuan kepada sahabat baru.

    Kalau ikut pandangan saya, terpulang kepada kreativiti dan bajet memasing, kalau dulu saya sering bertukar template tapi tetap tidak berpuas hati hinggalah ketemu rakan2 blogger yang boleh design blog ikut kehendak kita, saya upah jer walaupun agak mahal, terus jatuh cinta dan belum terdetik nak tukar baru.

    Tapi kalau blogger itu pandai edit dan bermain HTML, boleh sahaja design sendiri, banyak jawapan untuk persoalan kita bakal terjawab jika rajin bertanya.

    BalasPadam
  2. oh sukanyaaa hati tengok ckgu sanggup buat entri utk share ilmu ni. insyaAllah saya akan juga, explore nanti :) Terima kasih banyak2 cikgu!

    BalasPadam
  3. @umi alya
    Asalam UMI ..betul tu terpulang baget sendiri, tetapi untuk permulaan kita boleh cadangkan cari tamplate free dahulu, kemudian kita edit dan uabah suai mengikut reka letak yang penting blog klik mudah paparan. kalau slow terus tukar saja sebab slow sangat tu bukti baru template dah berat. Kita bantu mana2 yag boleh bantu..ja UMI

    BalasPadam
  4. Cikgu Etuza x nak bantu JM ke..JM belum termasuk dalam list blogger terkenal lagi ni hihihihi

    ok2...tips boleh juga JM Apply supaya mesra SEO...Ada masa nanti nak terjah blog HH tu

    BalasPadam
  5. Cikgu Etuza, utk menampakkan entri ni lebih menarik..boleh lah kiranya setiap perenggan baru di 'jarak' kan atau enter kerana bila JM baca perlu guna mouse sbg penunjuk jika tidak JM terbaca ayat di atas berulang huhuh. Just my 2 cents.

    BalasPadam
  6. Jangan berhenti untuk belajar. Dengan belajar kita dapat tahu apa yang kita buat betul atau tidak. Jika tak betul, cari dan buat cara betul

    BalasPadam
  7. @HASRUL HASSANTerbaik nasihat yang sangat berharga bagi Etuza..terima kasih ya HH

    BalasPadam
  8. @kerusiburok
    Sama-sama Etuza buat Entry ni kerana sudah melalui apa yang dirasakan oleh KB

    BalasPadam
  9. @Jari Manis
    OK Jm terima kasih ya..ni laha da ja kelemahan .sebab itu kena terus belajar dan belajar

    BalasPadam
  10. Blog JM cantik dah, rasanya tak perlu nak edit sana, edit sini..

    BalasPadam
  11. @umi alya

    kak Umi ..JM ni kan terlebih 'rajin' ahahaha

    BalasPadam
  12. Balasan
    1. Sambil tu boleh le cari idea ubah template akak pula, kawan2, FOC..

      Padam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.