Tanah Pusaka Ini Pinjaman Sementara

Masuk ke 17 Entry Nov 2014.

Etuza akui orang rumah Etuza memang ringan tangan untuk bercucuk tanam / berkebun. Apakan tidak tanah depan mata, apa saja nak tanam suka hati dia, janji tanam sesuatu yang mendatangkan hasil. Tengok sahaja beberapa tanaman oleh isteri Etuza.
Memang nampak happy bila tanaman menjadi, boleh juga berjimat dalam bab sayuran. Memang berbagai tanaman yang diusahakan oleh isteri Etuza. Kalau kacang bendi ini menjadi gerenti kami tak mampu habiskan sekali petik. Sayur- sayuran juga sedang membesar, Etuza bersyukur kerana Tanah Pusaka ini dapat diusahakan dan menampakkan hasil yang tak seberapaNya itu.

 Cuti sekolah hampir dekat. Memang teruja nak membantu  di kebun depan rumah. Rumput2 degil tak pernah habis, dibuang esok hari kemudian ada lagi. Inilah hakikat kalau kita tinggal di desa, masih mampu menghirup udara segar dan amat damai melihat kehijaunan di sekeliling. Ok kepada anda inilah antara hasil apabila kita berbudi kepada tanah. 
* Tanah Pusaka Ini Pinjaman Sementara. Sedang akhirat sana juga yang kekal abadi. 
*Apa yang kita ada kita miliki seketika cuma, bijaklah memanfaatkan apa yang ada.
*Tanaman ini dah berubah kepada tanaman lain ya, sila baca dalam (  .... ) tanaman yang ada sekarang ialah kacang tanah, sayur bayam dan jagung manis.
( Penting untuk anda..tahu, sebenarnya semua tanaman dalam gambar adalah tanaman di kebun kami pada tahun 2012, Etuza abadikan keindahannya di PM blog untuk kita nikmati bersama bagaimana hebatnya hasil tanaman apabila menjadi hasil yang kita harapkan )

Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Rajinnya Isteri Cikgu bercucuk tanam, sejuk mata memandang..

    BalasPadam
  2. Cikgu..tak rugi berbudi kepada tanah..untung lah ada tanah pusaka...cam JM ni sebidang tanah pun nan hado

    BalasPadam
  3. Selamat malam cikgu... :) salam perkenalan...
    pasti hati berbunga2 dikala menuai hasil penat lelah itu kan... i likee... :D

    BalasPadam
  4. @umi alya
    asal ada cuti ni lah kerjanya..dengan adik beradik dia sekali

    BalasPadam
  5. Kalau kita rajin berbudi pada tanah ..insyaallah pasti ada hasilnya satu hari nanti kan..cikgu etuza.

    BalasPadam
  6. Kat rumah lya ni tanah tak berapa luas ..klau bertanam pon hanya guna pasu je laaa Cikgu Etuza..

    BalasPadam
  7. seronoknya cikgu...berbudi pada tanah...hasilnya tak mengecewakan..

    BalasPadam
  8. Betul tu. Dunia hanyalah pinjaman sementara..

    BalasPadam
  9. teringat dulu masa sekolah menengah tolong mama berkebun..sampi kebun tue buat ala2 taman

    BalasPadam
  10. @Jari Manis

    JM
    kan akak dah bgtau, hanya kita berdua jer 'pi mai pi mai', hi3

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.