Tak Patut Insiden Itu Berlaku

Insiden tumbuk di padang permaianan Piala Malaysia.
Tak patut! tak patut! kena tumbuk. 
Panas baran bola di Padang Piala Malaysia 2014.
Sekarang ini separuh masa ke 2 kedudukan 
seri JDT 2 dan PAH 2
( Tak sabar nak tengok negeri mana menang
Piala Bola Malaysia musim 2014)

Ada tak nampak serangga bertengek
di atas daun bunga Etuza ini.

Insiden pemain Johon Amri ditumbuk itu bagi Etuza tak patut dilakukan oleh Saifulnizam. Itu kesalahan yang sengaja dilakukan akibat amarah yang tak dapat dibendung. Akibatnya Saiful diberi kad merah dan tak dapat tunjukkan aksi bermain di Piala Malaysia.Rasanya seluruh rakyat Malaysia melihat dengan nyata Amri ditumbuk oleh pemain Pahang. 

Ha ini lagi tak patut, serangga hitam sebesar ibu jari kaki ni bersayap hitam. Serangga ni tak menyengat tetapi amat takut kalau terpegang, kerana agak besar dari berbanding lipas. Seluruh badannya hitam dan berkaki kasar.  Pagi tadi sebelum ke Ranau Etuza curi klik gambar ini dengan cara ZOOOM..ha ini lah hasilnya.
Lepas tu baru on pc, Etuza terus teringat kisah kanak-kanak Etuza dengan serangga ini. Serangga ini memang agak jinak dan suk bertengek di ranting kayu kering atau pada tiang yang terpacak, di hujung kayu serengga ini aman saja bertenggek menunggu teman serangga lain menemaninya. Dahulu Etuza gemar sangat tangkap serangga ini, walaupun ada rasa geli memeggangnya tetapi oleh kerana Etuza berjaya tangkap Etuza paksa diri dan berlakulah insiden yang tak patut hehehe tak patut berlaku.
* Etuza tangkap serangga ini, ambil benang panjang lalu ikat ke kaki serangga ini.
* Lepas ikat pada hujung benang halus itu pula Etuza ikat kertas atau plastik yang tipis. 
* Dah ikat semua, Etuza akan lepaskan serangga itu, serangga itu akanb berusaha terbang dan terbang, kertas kelihatan melayang-layang di udara. Etuza sangat seronok.
* Bila serangga penat akan jatuh ke tanah dan Etuza ambi lalu terbangkan semula dan Etuza akan kerjar kertas di udara dengan seronok sekali.
* Bila serangga hitam ini merasa penat, serangga akan terbang rendah dan hinggap pada perdu kayu. 
* Esok hari Etuza akan cari lagi serangga ini dan bermain layang-layang  dengan menggunakan khidmat serangga ini.

Kalau Etuza ingat itu mendera serangga namanya. Tak patut Etuza lakukan sebenarnya, tetapi waktu itu umur baru 9 tahun atau 10 tahun, perbuatan ini tak terfikir Etuza akan bersalah. Rupanya kalau difikirkan Etuza sebenarnya bersalah mendera haiwan hitam ini. 

Tapi pada masa sekarang bermain seperti itu tidak berlaku lagi. Tak patut kan mendera serangga. Memang tak patut.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Kenangan dulu, nostalgia betulkan, salah satu permainan dulu walau secara tak langsung ia dikategori sebagai penderaan..

    Pstttt... Berdebarlah pula, agaknya siapa yang menang ya? Mana tau dpt off isnin nnt, pastinya Johor tetap kerja walau menang.m

    BalasPadam
  2. Pasal bola pun nak gaduh.. Ishh..tak patut! Tak patut.

    BalasPadam
  3. ahaksss...insiden kena tumbuk dan serangga..

    BalasPadam
  4. isshh!..ishh! pasal bola sebiji tu pun nak bertumbuk...hahaha...

    BalasPadam
  5. Hehehe serangga yg byk berjasa la ni utk cikgu etuza..yz la klau takde serangfa ni tak meriah la zaman knk2 cikgu hehehe

    BalasPadam
  6. mmg tak patut pasal bola habis gaduh..habis negeri org dikutuk...berbalas cakap d FB..huhu

    BalasPadam
  7. lupa2 ingat ni serangga...hahaha....pernahkah MV jumpa...hoho

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.