Tahniah Pelajar Cemerlang UPSR 2014

Tahniah Ibnu Mustaqim ( anakanda lelaki Etuza )
Etuza buat majlis khas untukmu..
Tanda kasih sayang & motivasi untuk
terus berjaya.

\
juadah alakadar tapi cukup menggembirakan anak-anak.

   Keputusan UPSR secara rasmi hari ini di setiap sekolah pastinya memberikan kejayaan yang cemerlang kepada pelajar UPSR yang telah melakukan usaha yang terbaik. Hasilnya hari ini ramai pelajar UPSR yang menangis kegembiraan kerana keputusan sebenar yang diharapkan di dalam gengaman. Ibubapa ada yang menangis apabila mereka turut naik ke pentas mendapatkan scrol keputusan 5 A bagi anak masing-masing.

     Menerusi sebuah laman web yang terbaik kita di Sabah berpuas hati dengan pencapaian yang terbaik serta cemerlang hingga mencapai GPS terbaik iaitu SK Bombalai (Tawau)- GPS 1.57,SK Sri Gaya ( Kota Kinabalu)- GPS 1.60 dan tempat ke tiga terbaik ialah SK ST Francis Convent ( Kota Kinabalu)- GPS 1.68. Untuk info lebih jelas sila klik url laman web di bawah iaitu laman Melvister.Com.



          Anak lelaki Etuza yang ke 4 Ibnu Mustaqim juga kini berpuas hati  dengan keputusan yang masih ditahap membanggakan walaupun gagal membolot 5 A. Dengan pencapaian 3 A dan 2 B Etuza selaku ibubapa kepada Mustaqim merasa bersyukur dan bangga dengan keputusan ini, sesuai dengan usaha yang dilakukan oleh anak Etuza.Mata pelajaran matematik dan Bahasa Inggeris nampaknya hanya mendapat grade B sahaja.

   Untuk menghargai dan rasa bersyukur Etuza membuat kejutan dengan mengadakan majlis ringkas sempena kejayaan anak Etuza. Hidangan istemewa untuk putera bongsuku Mustaqim ialah kek ucapan tahniah, ayam masak rendang oleh mama serta jus manggoes dan sayuran. Walaupun secara sederhana tetapi suasana mengejut ini amat memberikan anak-anak Etuza merasa bahagia selain menikmati percutian  bersama keluarga dengan hidangan yang sederhana.

    Diucapka tahniah kepada semua pelajar UPSR walau dimana di Malaysia yang telah mendapat keputusan cemerlang UPSR 2014. Usaha dan usaha lagi hingga ke peringkat lebih tinggi.Bagi sekolah Etuza hanya ada 4 pelajar yang mendapat 5 A iaitu MacAdam, Syintia, Farah hani Nazwa dan Lovea Vall. Tahniah kepada mereka berempat.
Komen anda kebanggaanku..

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. berita kat tv semalam mengatakan yg dapat 5A th ni merosot,kan cikgu...

    BalasPadam
  2. Tahniah Ibnu Mustaqim..

    Makan tak jemput kami??

    BalasPadam
  3. Tahniah untuk anakanda Mustaqim. Sekolah anak saya merosot dengan teruk tahun ini. Kami ibu bapa semalam diberitahu awal2 agar jangan memarahi anak-anak. Soalan KBAT agak banyak dan susah2 katanya...

    BalasPadam
  4. Tahniah Mustaqim...its still a great result compare to my younger brother

    BalasPadam
  5. Selamat petang terima kasih semua ya

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.