Sungai Tagal Moroli Luanti Baru Ranau, Sabah

Sungai Tagal Moroli Luanti Baru Ranau, Sabah


Ini  Lokasi Penanda Arah Ke Sungal Tagal Moroli
Luanti Baru, Ranau Sabah.

Lihat sahaja ikan-ikan mengermuni lelaki itu.
Di bahagian kaki ikan2 itu berduyun-duyun
membuat aksi mengusap-usap seluruh bahagian tapak
kaki kita sebaik sahaja kita rendam kan kaki
pada anak sungat Tagal Moroli, Luanti Ranau ini.


Memang sesuatu yang luar biasa apabila haiwan seperti ikan dalam sungai boleh jinak dengan manusia seperti  di Sungai Tagal Moroli, Luanti Ranau Sabah.Anda boleh saksikan sendiri bagaimana sekumpulan ikan itu datang meluruh bermanja dan mengusap-usap kaki kita sebaik kita rendam kan kaki ke dalam sungai Tagal Moroli ini.
Gambar ini Etuza ambil pada Mac 2013 apabila Etuza menjadi salah seorang guru pengiring kepada peserta Pedalaman Sabah ke Karnival NILAM peringkat Negeri Sabah. Antara pengisian aktiviti itu ialah pergi melawat di Sungai Tagal Moroli Luanti Ranau Sabah. 
Sampai sahaja di sungai itu Etuza amat terkejut, bahawa ikan -ikan di sungai tagal terlalu banyak ini sangat hebat dan sesuatu yang sangat menakjubkan, dikatakan ikan itu boleh jinak dengan manusia dan apabila kita membiarkan tubuh badan kita diucap-ucap atau diurut oleh ikan-ikan yang banyak ini, badan kita akan lega dan merasa segar selain kononnya usapan manja ikan -ikan  di Sungai Tagal ini mampu menyembuhkan penyakit yang ada dalam badan kita terutamanya penyakit kudis di kaki. Sejauh mana kebenaran khabar ini, Etuza belum pasti.
Sepanjang sungai itu bukan rombongan kami sahaja tetapi bersama Pegawai -Pegawai dari Unit Teknologi Jabatan Sabah datang bersama kami juga amat teruja melihat aksi-aksi ikan yang bagaikan menyerah diri. Tetapi apabila ikan itu kita pegang ikan akan melompat dan kembali mengusap-usap disekeliling kaki kita. Munurut pengawal atau orang kampung Luanti, ikan itu tidak akan hilang atau pergi ke tempat lain sekalipun sungai itu banjir besar, malah semakin banyak dan banyak. Dalam satu artikal menerusi Majalah Wanita suatu masa lalu, Etuza ada membaca paparan tentang Tagal Moroli Luanti, Ranau Sabah. Kini Etuza dapat saksikan sendiri dan memang amat menakjubkan.
Kalau anda datang melawat di Kundasang Ranau, Sabah, anda kena melawat sungai Tagal Moroli Luanti kerana di sini ada khazana alam yang benar-benar hebat.

Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. kat TV beberapa kali jugak saya suasana tu...malah beberapa rakan blogger pernah buat entri pasal tempat tu...semoga terus terpelihara keindahan itu..

    BalasPadam
  2. Jm pernah ke sana..ikan2 tu besar sgt..habis di gigit-gigit nya kaki rasa geli tapi BEST!!!

    BalasPadam
  3. Cikgu!!! siapa model dalam gambar tu cute lah hihihih

    BalasPadam
  4. dekat jak ni dengan kg laki MV..best ni sini

    BalasPadam
  5. Wah Sis JM tanya mengenai lelaki dalam gambar tu. huhuhu haaaa

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.