Suatu Hari Di Masjid & Adakah Ini UjianMu

Suatu Hari Di Masjid & Adakah Ini UjianMu

Alhamdulillah sabtu yang ceria
muncul lagi hari ini dengan keadaan
kita semua sihat walafiat.Syukran..
Baca SINI
Sebelum mencatat habis entry Etuza kali ini, Etuza memohon maaf jika ada yang berkaitan terbaca entry ini, kerana catatan berkaitan dengan realiti kehidupan sebenar Etuza serta orang lain yang pernah ada dan di sekeliling Etuza. Semua entry Etuza dalam blog ini tiada yang bohong membuta, maknanya catatan itu juga adalah realiti yang dikongsi dalam bentuk paparan maya di blog. 
Suatu hari di Masjid Keningau, Sabah, selepas solat asar Etuza kemudian keluar untuk pergi memakai kasut dan seterusnya meninggalkan Masjid indah AlRahim Keningau.
Ternampak seorang lelaki yang kelihatan masih muda menyusun selipar dan kasut di atas anak tangga masjid Keningau. Bila dia melihat Etuza, dia tersenyum dan cepat-cepat menghulur salam. Begitu mesra sekali kelihatan dan memang Etuza tak rasa pelik kerana sesungguhnya Islam adalah bersaudara baik apa juga suku bangsa kita. 
"Apa khabar? saya ada juga jumpa kamu dahulu, tetapi dari jauh saja di masjid ini" Pemuda berkopiah memulakan bicara. " Ooo..siapa kamu ni, dari mana kamu?" Tanya Etuza. " Saya dari Tambunan tetapi selepas saya balik dari Kuala Lumpur saya langsung ke Keningau dan masjid inilah tempat berteduh selain saya tinggal di area Bakiau Keningau" Jelas pemuda itu. Banyak cerita dia dalam keadaan kedua-dua kami berdiri bersententangan dan sesekali menyabut salam jemaah lain yang datang bersolat.
Etuza rasa nak berlalu tetapi segera pemuda itu berkata."Saya minta tolong, boleh kah pinjam duit kamu untuk saya membeli beras, saya perlu duit ini!" Terkejut juga Etuza mendengar permintaan pemuda itu. Rasanya inilah sejarah pertama kali Etuza di sapa oleh orang asing bagi Etuza yang tak pernah kenal langsung di kawasan masjid dengan penuh keberanian meminta wang dari Etuza. Ya Allah adakah Etuza di uji. " Ooo sebenarnya apa pekerjaan kamu ni?" Etuza nak tahu siapa sebenarnya pemuda yang agak kurus dan tinggi sedikit dari Etuza. 
" Inilah kerja-kerja saya sesekali menyapu di masjid ini, susun atur kasut dan selipar di masjid ini, saya tiada punca pencarian belum dapat kerja, nanti dapat duit saya bayarkan, betul tiada beras saya" Jelas pemuda itu. Etuza tanpa fikir banyak lagi Etuza hulurkan apa yang ada bukanlah banyak sangat tetapi kalau nak beli beras yang 5 kilogram ada lebihan dan boleh lagi digunakan baki duit itu untuk membeli keperluan lain.
" Tak apa ambil saja, beli lah beras ya..." Etuza menghulur salam dan beredar meninggalkan pemuda itu di Masjid Rahim Keningau, selepas dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada Etuza. Ya Allah ...Etuza mohon limpahkan lah rezeki kepada pemuda itu ( lupa namanya..nama ada dalam telefon nokia tapi Etuza tak rujuk nama tu biarlah rahsia) Sungguh Etuza rasa ada debaran yang lain sangat saat hadapi situasi sebegini. Ada beberapa kali Etuza di terpa orang meminta sedekah tetapi bukan orang bumiputera Sabah, mereka dari tanah seberang dan bukan di Masjid.
Selanjutnya Etuza cuba hubungi pemuda itu, hendak tanyakan khabar dan adakah sudah beli beras. Yang agak mengejutkan bila dengan mesranya Etuza bertanyakan khabar nampaknya suara mesra pemuda itu tidak kedengaran dan dia tidak bercakap dalam bahasa kadazan dusun padahal kami sama-sama suku dusun Sabah. Sekali lagi Etuza terhairan kenapa cakap Bahasa Melayu pula, bahasa saya Dusun tetapi dia hanya ringkas bercakap Bahasa Melayu. Ya Allah adakah ini ujian..niat Etuza hendak lagi bertanya khabar dan inshaAllah jika terserempak lagi Etuza akan bantu setakat mana keikhlasan. Suatu hari Etuza ke Masjid solat asar, tetapi Etuza tak lagi ternampak pemuda itu. Ke mana kah dia, ada ke dia makan, kalau dia ada anak isteri bagaimana dia memberi nafkah makan minum anak-anak dia. Sejurus kemudian Etuza berfikir...jika ada usaha yang gigih kerja apa pun kalau dibuat dengan ikhlas InshaAllah Allah akan beri kita rezeki. 
Yakinlah kita bahawa kuasa Allah itu maha hebat dan maha luar biasa. Ya Allah pelihara lah kami dari kemaksiatan, dari kesombongan dan dari keegoan yang membunuh rasa damai di hati. 

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

18 ulasan

yang penting adalah niat kita bersedekah...kemana duit itu dibelanjakan..itu urusan dia dgn ALLAH...sentiasalah kita bersangka baik,kan cikgu...

Sayapun beberapa kali disapa orang2 yang minta bantuan, mungkin air muka kita buatkan mereka berani minta pertolongan

Mungkin no telefon yang diberi palsu kot dan kepunyaan orang lain.

JM dapat rasakan terdapat unsur penipuan di situ tetapi tindakan cikgu menghulurkan bantuan dan sedekah adalah satu amalan yg mulia. Allah akan membalas nya. Tetapi kepada si penerima kita doakan agar beliau sedar dan mencari pekerjaan yg tetap tinggalkan tabiat meminta sedekah kiranya badan sihat walafiat

apa yg menajdi tanda tanya adalah..apakah kaitan etri ini dgn entri sebelumnya :-)

Yang penting pemberian itu ikhlas dan Allah pasti akan membalas segala keikhlasan kita. Sama ada dia menggunakannya untuk apa-apa tujuan lain itu adalah antara dia dan Allah, wallahualam...

salam singgah. inshaAllah kuasa Allah tu tak terlawan dek pemikiran kita sebagai hambaNya

Sedih mendengar kisah pemuda itu... Semoga beliau dapat menjalani kehidupan lebih sempurna ^_^

subhanaAllah. Allah tahu kita mampu, sebabtu kita terpilih. :) terbaik..

bersyukurlah cikgu terpilih mendapat ganjaran Allah di sana dgn bersedkah...

@paridah
Alhamdulillah..sepertinya dia percaya pada Etuza..nda tau lah nak cakap

@Jari Manis
JM line wordipng kuning tu adalah KLU bahawa kalau nak mencuba kena ikuti setiap entry2 Etuza..jika tidak kemungkinan ada masalah kala menyertai program dalam Pesona & Mustika..sekadar pemberitahuan ja tu JM

@Jari Manis
Hal macam tu kita serahkan pada Allah ya JM..sesungguhnya ada hikmah semua tu, bagi etuza dan bagi pemuda itu..bagus juga dia minta dsari mengambil tanpa kebenaran kan..

Selagi kita mampu dan ikhlas untuk membantu ..lakukanlah ..Moga2 keikhlasan kita itu mendapat genjaran pahala dari Allah SWT

Semoga pemuda itu mendapat [ekerjaan yang baik hendaknya ..Sama2 lah kita berdoa agar dia dan keluarga dilindungi Allah SWT

Tangan kanan memberi biar tangan kiri tak tahu...

Aamiin.. semoga kita semua sentiasa dipelihara Allah dgn sepenuh keberkatannya... aamiin.

usha murni etuza ni bagus dan semoga dimurahkan rezeki..oh ya tertanya2 dia x berbahsa dusun maksudnya dia bukan org sabah?atau pun mungkin dia tak fasih berbahasa dusun tapi memahaminya

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger