Soalan Kuiz Terpaksa Di Dedahkan Kepada Awam Demi Menghilangkan Kerisauan Etuza

Etuza sedang risau, masih ada blogger
yang join tercari-cari soalan..
Tak apalah terpaksa Etuza dedahkan kepada awam..
Inilah soalan kuiz tu...
Minta maaf lah jika soalan ini terlalu low class ya..
Mujurlah Etuza Lelaki..tak jugalah menangis..
Cuman sedih...mohon maaf jika
Etuza menyukarkan anda ...
Lepas ni moga kerisauan ini akan reda..
Mohon ambil masa menumpukan tugasan
mulai hari ini hingga 20hb Nov 2014.
Good Luck!
harapan Etuza tiada lagi yang mengeluh ya..please..
masalah timbul di dalam wall ini semua soalan tidak
dapat di copy ..sebab itu sila klik logo  stiker tropi
paling bawah tu..baru anda boleh copy ya..
Arahan :

1. Baca dan fahamkan soalan, adalah digalakkan menulis jawapan pada kertas yang anda telah sediakan terlebih dahulu bagi mengelak sebarang kesalahan jawaban anda. Setelah puas hati anda taip terus siapkan dan hantar ke email gmail Etuza diamohdazali263@gmail.com.
2. Pastikan soalan itu dalam bidang mana, rujuk  blog Pesona & Mustika jika anda menemui kesukaran menjawab.
3. Pada kertas jawapan anda itu nyatakan nama yang digunakan diblog, alamat dan no telefon anda. 
4. Hanya satu keping skrip jawapan sahaja yang diterima oleh penganjur Kuiz ini.
5. 10 soalan sahaja yang anda wajib jawab, pilih mana satu yang anda rasakan paling mudah dan jawab dengan tenang.

Soalan kuiz anda bermula.

1. Apakah nama anak kucing yang menjadi kesayangan keluarga Etuza ketika ini? Apakah warna bulu pada ke empat-empat kaki anak kucing itu?

Jawapan anda :____________________
                           ____________________
( Bidang Keluarga )

2. Berapa banyak bilangan entry ( catatan ) sebenar Etuza menerusi  cabaran 100 entry Oktober 2014?

Jawapan anda : ________________________
( Bidang Dunia Blog & Pengalaman )

3. Mengikut blogger terkenal Malaysia Hasrul Hassan sebaik-baiknya tempat letak paling sesuai ruang pengikut ( followers) pada blog setiap individu yang memiliki blog adalah di _______________________( atas, kiri, kanan, bawah )Sila pilih pilihan jawapan dalam kurungan itu.

Jawapan anda: _____________________
( Bidang Dunia blog & Pengalaman )

4. Etuza dikurniakan anak lelaki seramai 4 orang. Siapakah nama anak sulung lelaki Etuza itu?

Jawapan anda: _______________________
( Bidang Keluarga )

5. Etuza sangat gemar makan makanan kuih muih, selain kuih muih sebutkan 2 jenis makanan yang Etuza sangat gemar.

Jawapan anda: 1 _______________ 2. _______________
( Bidang Makanan )

6. Siapakah dua artis lelaki Malaysia yang sering kali disamakan seiras atau sama dengan  wajah Etuza? 

Jawapan anda: 1.____________________________
                           2. ____________________________
( Bidang Pengalaman )

7. Siapakah nama blogger wanita di Malaysia yang pertama sekali Etuza kenali di alam maya dalam dunia blog pada tahun 2009? Nyatakan juga nama blog blogger wanitu itu.

Jawapan anda: Nama blogger wanita ____________________

Nama blog milik blogger wanitu itu ialah __________________

________________________________________________________
( Bidang Dunia Blog )

8. Tahun berapakah Etuza dinobatkan sebagai penerima anugerah khas Guru Penyayang di sekolah tempat Etuza bertugas?

Jawapan anda: _____________________
( Bidang Pendidikan & Kerjaya )

9. Nyatakan tiga kegemaran Etuza ketika ada masa senggang.

Jawapan anda : 1. _____________________
2. ___________________________ 3.______________________
( Bidang Hobi )

10. Nyatakan satu sahaja kelemahan ketara Etuza lakukan dalam mempersembahkan sesuatu catatan ( entry ) dalam blog milik Etuza.

Jawapan anda: ____________________________
(Bidang Pengalaman & Kelemahan )

11. Di manakah Universiti  anak sulung perempuan Etuza belajar pada masa sekarang?

Jawapan anda: ______________________________________
(Bidang Pendidikan & Keluarga )

12. Semua blog kesayangan Etuza yang Etuza istilahkan sebagai Blogger atau Blog yang amat menyenangkan serta memberi rasa senang kepada Etuza dan mereka juga merasa senang kepada Etuza telah Etuza himpunkan dalam ruang bloglist apa?

Jawapan anda:____________________________________
(Bidang Dunia Blog )

13. Siapa blogger Malaysia ( wanita ) yang paling banyak melontarkan komen di setiap entry ( catatan ) blog milik Etuza? Nyatakan nama blogger wanita itu.

Jawapan anda: ______________________________________
(bidang dunia blog)

Terdapat 13 soalan yang dikemukakan, tetapi WAJIB jawab hanya 10 soalan sahaja yang anda anggap mudah.

Selamat mencuba.

Soalan tamat.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. asalamualaikum semua anda dah puas hati ke dengan Etuza atau still ada yang kabur..di mana soalan kuiz tu...Sebenarnya saja Etuza bagi cabaran .kan anugerah TROPI hehehe,,

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum...Etuza,

    soalan ahak susah dan kena buat study sikit baru boleh jawab...

    mselim3

    BalasPadam
  3. Waalaikukkussalam ..Okdah siap jawap ya Cikgu Etuza..

    BalasPadam
  4. Yupp betul tu bila ada tersorok2 gini tu baru la namanya cabaran ..

    BalasPadam
  5. @Mohd Selim Zainal
    Mselim..susah ka pula! kalau macam tu ada class lah kuiz etuza tu hehehe..iya kena study. macam SPM kan dari awal kena study..acara anugerah pun macam tu juga,

    BalasPadam
  6. Fuhhhhhhhhhh dasyatnya Akif, siap daa.. (mungkin inilah calon2 pemenang.. )

    BalasPadam
  7. hoyee....baru lah jelas...dah boleh copy tapi jawab nya nanti lah..baru balik hantar adik ke kolej komuniti

    BalasPadam
  8. Noted....
    Baru dapat baca soalan ni cikgu... baru nak study huhuh

    BalasPadam
  9. sudah send jawapan...kalau ZEtuza dah terima maklumkan ya...takut x smpi pula

    BalasPadam
  10. silap ejaan lagi - cuma, bukan cuman.. lalalala.

    JM, jgn marah, akak ambil alih tempat JM jap.

    BalasPadam
  11. @umi alya

    kak Umi, kalau ikutkan, boleh di katakan semua entri cikgu ni ada kesilapan ejaan..lelama JM pejam mata je...buat ayat faham sendiri heee

    BalasPadam
  12. @Etuza Etuza Lya dah htr jawapan semalam ..cikgu check email ok

    BalasPadam
  13. JM..
    Bukankah ia salah satu jawapan dari soalan kuizkan? ahakkkkkk

    Matilah akak kena marah..

    BalasPadam
  14. @umi alya

    ohh ..ye ke..okey..nak jawab sekarang..xaci..akak byk tahu jawapan eheeheh

    BalasPadam
  15. Rasanya hampir semua peserta dah hantar jawapannyakan?

    BalasPadam
  16. @umi alya

    belum...belum...sambil angkat tangan..kak umi nampak x..JM belum hantar

    BalasPadam
  17. @Jari Manis

    Nampak2.. xper dik, jawab pelan2,lambat lag tempohnya, insya allah JM dapat markah 99.9%, aamiin..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.