Siapakah Blogger Yang Bakal Menerima Tropi Ini

Sayang sekali ramai blogger Malaysia
terlepas menyertai Program Anugerah ini.
Esok jam 2.00 petang akan berakhir!!
Last call untuk blogger aRz
Wah anda nampak tak TROPI tu..
ala macam tu ja ke? Awak nak merunggut lagi ke..
kan percuma...tak best ke TROPI tu..

Malam ini Etuza tak berapa hendak blogwalking ya, Etuza akan membuat skrip pengacaraan esok bersempena Majlis Hari Ucapan & Anugerah 2014 di sekolah Etuza bertugas.
Kemudian Etuza mulai membacakan sepenuhnya satu persatu JAWABAN KUIZ yang telah diemail ke akaun gmail Etuza, iaitu ada 10 blogger yang berjaya menghantar skrip jawaban mereka pada 10 soalan kuiz yang Etuza anjurkan pada sesi blogging NOVEMBER 2014. Bestkan blog Pesona & Mustika.

Sebenarnya Etuza rancang hendak percepatkan penganjuran anugerah TROPI ini berlalu dengan cepat, rupanya tak boleh nak percepatkan, biar bagaimanapun penganjuran ini kena benar-benar ambil tanggungjawab yang besar, penganjuran ini seperti juga cara kita menganjurkan program realiti dalam lingkungan kita. Sama saja cuma kita tidak bersemuka sahaja antara blogger. Seronok sangat sesungguhnya Etuza dapat rasakan dan inshaAllah tahun 2015 panjang umur Etuza nak buat yang lebih besar lagi lah rasanya, masa tu Etuza nak cari sponsor ( betul serius nak cari penaja pula) sekitar di Keningau saja.

Mesej nak sampaikan di ruangan ini ialah, rugi sebenarnya blogger lain yang aktif berblog tidak join anjuran pertama Etuza ini. Hai rugi tau, ya rugi weiii!!! betul rugi, sebab anda join tak berbayar pun. Sesen pun anda tak bayar, tapi anda akan dapat berbagai tips dan cara nak anjurkan sesuatu, selain dapat jalinan ukuhuwa sesama blogger. Betul Etuza tak bohong. Blogger yang aktif rasanya dah terlepas lah. Kalau bertindak join sekurang-kurang anda akan miliki sijil penghargaan dari penganjur. Sijil untuk seorang blogger, kan luarbiasa tu. Ada tak dapat sijil dari blogger lain. Kalau ada pun takkan tak nak terima sijil penghargaan dari Etuza bersempena anda menyertai pencarian ini.

Sayang lah rasanya, bertahun anda berblog tetapi bila nampak anjuran blogger Malaysia seperti yang Etuza anjurkan awak tak kisah, awak tak nak tengok sebelah mata pun awak tak nak tengok. Huuuuuu!!!! ialah kan SEMAK SAMUN blog Etuza, baru perasan memang tulah sebab ada blogger yang kecilkan wibawa blog Pesona & Mustika. Tak apa lah ya..kini hakikat sebenarnya blog Pesona & Mustika adalah blog yang terlalu menghormati orang, takut nak sakiti hati blogger lain di Malaysia, takut dan risau LIDAH TAK BERTULANG INI MEMBINASAKAN DIRI sendiri dan tak semena-mena ada blogger terkesan pula dengan celoteh dan catatan blog Etuza ini. Dalam blog Etuza sudah kah anda membaca penafian itu. Tertempek sepanjang masa dalam blog ini.
Oleh itu andai lah ada lagi blogger lain nak anjurkan sesuatu mari kita cuba join,bukan nak join semua, tetapi sekadar sekali  join dengan niat memberi sokongan. Hal siapa menang itu tak ada hal lah.
 Salam kasih sayang dari Etuza.


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Asalamualaikum semua..tropi tu Etuza dah cash tadi dan pada stand tu belum ada stiker pelekat keran kita masih belum ketahui siapa blogger yang menang no 1,2 dan 3

    BalasPadam
  2. tak sempat nak sertainya..ada rezeki lain kali boleh join..

    BalasPadam
  3. anjur lagi segmen ni lain kali mesti ramai yg sertainya....

    BalasPadam
  4. Milik siapakah ia?? Ala2 lagu Arwah Sudirman...

    BalasPadam
  5. Oh ya Cikgu, jangan ambil hati dengan komen2 yang tidak membina, memasing punyai citarasa tersendiri, lagipun hak blogger untuk menghiasi laman milik sendiri.

    Laman sayapun dah bertahun tidak berubah2, sayang template hasil kreativiti Cik Kumbang dan laman satu lagi hasil idea Cik Rose Cute & header Dayang Deno, biarlah gambar lama Alya menghiasi laman tersebut, kalau berubahpun mungkin warnanya.

    BalasPadam
  6. tak mengapa lah cikgu andai ramai blogger lain yg tak sudi join...kita org yg selalu lepak kat blog cikgu ni Insya Allah akna sentiasa memberikan sokongan

    BalasPadam
  7. Part di bawah rasa sedih pula baca.
    Mungkin sebenarnya mereka yang tak join itu sibuk.

    aRz pun agak sibuk sebulan dua ini. Disamping cik puteri sangat aktif ajak bermain dan sebagainya. Pantang aRz ada depan PC cik puteri pun nak duduk sama sambil tekan keyboard.

    BalasPadam
  8. Seronok pula berblogwalkign disini. Boleh dapat hadiah hehe

    BalasPadam
  9. @umi alya

    JM berani jamin kak Umi adalah salah seorang daripada penerima Anugerah tu heee

    BalasPadam
  10. Cikgu Etuza jangan sedih-sedih ya, mungkin mereka ada komitmen lain dan penyertaan seramai 10 org itu sudah cukup bagus. Mana tahu dalam segmen or GA akan datang lebih ramai lagi yg boleh join.

    BalasPadam
  11. Alahai sedihnya OKje dengar Etuza..... hihi... Tak pelah Etuza mereka sebok tu, mungkin lain masa mereka akan join..... Eh! Okje kan dah join oklah tu hihi....

    BalasPadam
  12. JM
    xmo, xmo, xmo kata gitu dear, JM top komentar November, pasti salah satu kriteria untuk pemilihan pemenang, tak ke gitu Cikgu?

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.