Setelah Dirujuk Dan Dimurnikan

Setelah Dirujuk Hasil Ini Yang Diterima
Hak Ibubapa Terhadap Anak-Anak..

Setelah dimurnikan inilah yang sebenar
kedudukan tempat Aliya Dalam Semester 2 2014
Tidak menegecewakan dengan tempat ke 2/17
Dalam Kelas 3 Bijak

Ini anugerah Alya pada tahun 2013..
Sebenarnya ada Etuza membuat Entry sedih dalam blog Etuza ini, ekoran dari kekecewaan Etuza terhadap pencapaian akademik anak bongsu Aliya ni. Rupa-rupanya guru kelas Alya tersilap masukkan markah anak Etuza dan dua orang pelajar kelas Alya. Etuza dari awal benar-benar tidak puas hati selepas hari bertemu pelanggan pada minggu yang lalu. Sebab ada situasi terkejut semasa menandatangani rekod analisis peperiksaan semester 2 2014 Aliya di kelas tahun 3.
Oleh kerana guru itu merupakan guru pembantu guru kelas Aliya yang sedang berkursus Etuza hanya mampu mendiamkan diri.Etuza sebenarnya langsung belum periksa semua paper mata pelajaran teras Alya kerana menurut Aliya belum diserahkan semua mata pelajaran teras. Jadi bagaimana nak periksa peritasi anak. Etuza menunggu diserahkan paper Aliya tersebut. Dan ada paper dia yang Etuza datang meminta kepada guru tersebut. Ternyata selepas mendapat 5 mata pelajaran teras Aliya mendapat rekod terbaik 4 A 1 C. Semua guru-guru dalam bilik guru tersenyum dan ada yang mencari kesilapan ini berlaku berpunca dari siapa. 
Dan oleh itu pada hari ini Etuza bakal gembira dan bahagia sangat apabila Aliya nanti naik pentas terima tropi kecemerlangan Alya dalam peperiksaan semester 2 2014. Tempat ke 2 dan tempat pertama Daniel Emos juga 4 A 1 C. Tempat ke 3 juga berubah apabila di rampas oleh adik Hafiz Abdullah. Kedudukan tempat ke dua dan ketiga pada asalnya berubah menjadi tempat ke 4 dan ke 6. Tahniah puteri bongsu Etuza Aliya Adibah.

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Patutlah Cikgu terasa ralat sangat bila dapat keputusan tempohari sebab tahu kebolehan Alya..

    Tahniah Alya sebab membanggakan keluarga.

    Saya dapat membayangkan Cikgu tersenyum lebar sepanjang majlis berlangsung hari ini. Tahniah sekali lagi..

    BalasPadam
  2. wah tahniah tahniah,,. teringat zaman kegemilangan masa sekolah rendah hehe.. sekarang dalam sekolah menengah menurun teruk hehe...

    BalasPadam
  3. Nama Aliya: Noraliyah Adibah.. cuba simpan di dalam ingatan

    BalasPadam
  4. alhamdulillah tahniah atas pencapaian aliya

    BalasPadam
  5. Salam Cikgu etuza.
    Sudah menerima kertas jawapan dari saya?

    Maaf kerana lambat hantar.

    BalasPadam
  6. Tahniah buat anak bongsu Cikgu Etuza. Semoga terus berjaya dunia dan akhirat.

    Sebagai seorang bapa tentu merasa gembira dengn pencapaian anak anak bukan?

    BalasPadam
  7. Pencapaian anak-anak terbaik jika ibubapa mengambil tahu apa yang anak-anak belajar di sekolah.

    BalasPadam
  8. Tahniah atas pencapaian anak Etuza itu. Kejayaaan anak kejayaan kita ibu bapanya juga kan...?

    BalasPadam
  9. tahniah aliya pencapaian yg cemerlang...

    BalasPadam
  10. Assalam..tahniah buat puter bongsu Etuza. Terima kasih kerana masukkan blog baharu CP. maaf baru dapat bertandang sebab kursus dan line internet problem..

    BalasPadam
  11. Tahniah Aliya...kiranya 2 tahun berturut2 lah ye naik pentas ni. Subjek apa yg C tu...stress on this subject ye..

    BalasPadam
  12. Tahniah yer Etuza....
    Mestilah tak puas hatikan sebab kita tahu kemampuan anak kita....

    ayahnya pun terer anak for surelah terer....moga Alya dapat teruskan kecemerlangan

    BalasPadam
  13. Untung sebenarnya Ibubapa seorang guru. balik dirumah masih ada rujukan.

    Tetapi buat ibubapa yang buakan guru tiada alasan untuk tidak melihat apa yang mereka pelajari di sekolah

    BalasPadam
  14. Untung sebenarnya Ibubapa seorang guru. balik dirumah masih ada rujukan.

    Tetapi buat ibubapa yang buakan guru tiada alasan untuk tidak melihat apa yang mereka pelajari di sekolah

    BalasPadam
  15. aLHAMDULILLAH tahniah aLYA ..Wahhh Terbaik la Aliya dapat #2..Tahniah tahniah tahniah

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.