Sepetang Bersama & Berbicara Tentang Mimpi Indah Hari Esok

Sekitar jam 7.00 petang Etuza dan Isteri sampai 
di daerah Keningau, selepas menemui anak 
di daerah Ranau.
Sampai di perkarangan Asrama Agama Ranau Sabah, anak sudah berada di bahu jalan, bagaikan tidak sabar menanti kehadiran kami berdua.Azie nama singkatan yang sinonim dengan anak gadis ke dua Etuza ini. Permata yang sangat berharga melebihi emas suasa. Dia anugerah dari yang kuasa, memiliki mereka adalah takdir yang Allah berikan. Syukran Ya Allah..sekali lagi selamat sampai ke distinasi hari ini dengan niat dan gerak hati yang kuat demi menemui anak terkasihi.


Seluruh warga pelajar pada 3hb Nov bersamaan hari isnin akan memulakan misi menjawab soalan peperiksaan SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia ) serentak di seluruh negara. 
SPM sebenarnya satu nadi ke arah kejayaan, biasanya bermula dari keputusan cemerlang SPM akan dapat menentukan arah tuju impian anak-anak kita sebagai genarasi pentadbir negara di masa akan datang. 
Pelajar yang cukup bersedia dari segenap rasa termasuk sokongan moral dari ibubapa serta restu guru-gurunya akan menempah kejayaan hadapi SPM. Hendaknya anak-anak kita juga mampu merai kejayaan cemerlang SPM 2014. Ibubapa sebenarnya tiada hadiah yang terbaik dari anak melainkan anak itu mampu mempersembahkan kejayaan akidah, kukuh pegangan agama dan terbaik keputusan peperiksaan. Ibubapa pasti gembira menerima berita kejayaan anaknya. Rasanya tiada ibubapa di dunia ini yang kejam mendoakan kejatuhan anak sendiri. Tetapi mengharap anak berjaya di dunia dan di akhirat.

Petang hari ini, tiada lagi yang ayah nak katakan yang ibu nak katakan melainkan Azie kena buat yang terbaik SPM mulai isnin ini. Kena tabah kena sabar dan kena ingat bahawa hanya satu-satunya jalan terbaik melakukan sesuatu cabaran ialah dengan selalu mengingati ALLAH, ingati Dia kerana kita tak mampu melakukan sesuatu tanpa rahmatNya. Mohon padaNya agar diberi ingatan yang bagus, tindakan yang baik dan idea-idea bernas untuk menjadi peluru dalam mencatat jawaban ke muka kertas putih.
Solat kena jaga, tepati masa solat walau mungkin bukan 100 % tepat atas sebeb jadual EXAM SPM memakan masa solat kita terutama ASAR.Mohon agar Allah mudahkan urusan sepanjang perjalanan SPM. Kesihatan kena jaga ( makan kismis tiap hari 7 biji) ..sarapan pagi kena ambil dan minum air mencukupi.Tidur kena cukup walaupun memang ada tekanan mentadbir masa di asrama, maklumlah kita tinggal di asram terikat dengan peraturan tidak boleh sesuka hati, oleh itu buat yang terbaik.

Azie kena ingat tips yang guru perturunkan. Kena tengok sport soalan yang diwar-warkan keluar. Tak ada benda yang susah dalam soalan apabila adanya usaha yang gigih sedari awal pembelajaran tingkatan 4 dan di tingkatan lima. Pastikan scor A subjek killer seperti Ad math, kimia, fizik, biology, sejarah, agama Islam, BM, BI dan lain-lain. Insha Allah ayah dan ibu akan doakan Azie selalu, tetapi pastikan Azie juga bangun dan bangkit membantu diri sendiri. Inilah antara bicara kami tentang mimpi indah di hari esok bermula dengan pengambilan SPM mulai isnin depan. Azie semoga berjaya..dan kepada anak-anak rakan blogger Etuza ucapkan buat yang terbaik dan mulakan dengan awal bismillah tiap kali memulakan segala sesuatu. Semoga berkat dan kita jauh dari anasir yang tidak baik sepanjang mengambil SPM 2014. Amin

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. UA yakin, Azie boleh, terus berusaha, good luck dear...

    Moga kejayaan sentiasa mengiringi anak2 kita semua, aamiin..

    BalasPadam
  2. Goodluck untuk anak cikgu. ^_^
    Cantik anak dara cikgu ni. Anak buah ana pun tahun ni spm. Sekolah asrama penuh kat kedah.

    BalasPadam
  3. in sha Allah semoga Azie berjaya dgn cemerlang..doa ibu adalah segalanya

    BalasPadam
  4. in sha Allah semoga Azie berjaya dgn cemerlang..doa ibu adalah segalanya

    BalasPadam
  5. InsyaAllah Azie boleh...doa ibu bapa yang berterusan selain kerja kuat dan usaha sendiri akan membuahkan kejayaan...

    BalasPadam
  6. Cantik ank cikgu etuza ni..all the best utk azie...

    BalasPadam
  7. @Akif Imtiyaz

    persaan tak anak n isteri etuza semuanya ada iras2

    BalasPadam
  8. @Mrs Velentine

    MP
    Memang seiras..

    Lagi satu, kalau kita perasan, kebanyakan orang Sabah memang cantik, kulitpun mulus jer..

    Mungkin sebab banyak etnik kat sana kot..

    BalasPadam
  9. rasa rindu pula nak ke Ranau hehehe

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.