Klik SINI infor tentang terkini
banjir di Kota Bharu, Kelantan.
gambar menghiasi blog ( Ikmal -Putera
sulung Etuza )
Ikmal & rakan sekuliah...
Baru klik blog yang memaparkan kejadian banjir besar di Kota Bharu, Kelantan. Dikatakan telah beberapa hari hujan tak henti di Kelantan menyebabkan banjir yang sangat besar. Dan memang diakui oleh anak lelaki Etuza yang sedang berada di Bachok Kelantan, hujan tak henti dan sudah beberapa hari pensyarah mereka tidak hadir kuliah, kemungkinan keadaan banjir menyukarkan perjalanan ke tempat kuliah mereka.
Etuza melihat menerusi berita malam ini memperlihatkan terdapat sekolah yang terpaksa ditutup di Kota Bharu Kelantan, peperiksaan SPM terganggu dan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM terpaksa ditumpangkan di sekolah yang selamat dari banjir dan ditempatkan di asrama sepanjang peperiksaan SPM berlangsung.
Anak etuza ( Ikmal ) menyatakan tempat tinggal mereka juga ada sedikit banjir di luar rumah. Mereka terpaksa terperap dalam rumah untuk seketika dan menunggu banjir itu beransur surut. Di harapkan motorsikal jenama Modenas yang baru dia beli selamat dari dirosakkan oleh air.
Untuk pengetahuan semua blogger teman maya Etuza, Keningau juga sedang hujan ketika ini. Tetapi tidaklah berlaku banjir. Etuza bersyukur kerana Keningau sebenarnya terletak nun jauh di Pedalaman Sabah dan banjir di Keningau agak jarang berlaku, kecuali Sungai Pegalan sesekali banjir dan merosakkan kebun di sekitar sungai ini.
Kepada seluruh rakyat atau masyarakat Kelantan, Terangganu dan di negeri lain amalkan banyakkan doa dan semoga banjir cepat surut agar kerja-kerja seharian tidak tergendala. Amin ( kesalahan ejaan dalam entry ini telah dilakukan )
24 Ulasan
nice info uncle :)
BalasPadamMudah2an tiada kemalangan jiwa berlaku dek banjir melanda, Aamiin..
BalasPadamSeronoknya Ikmal kat Bachok, lama2 berada di sana pasti dia boleh "kecek Klate" maklum le dikelilingi ramai teman2 tempatan..
BalasPadambang. nama dia kota bharu la. bukan kota baharu. hiks ambo ore klate. hehehehe --kerusiburok--
BalasPadam@calrase patrick
BalasPadamTerima kasih Cal, tapi adui sering salah ejaan..
@umi alya
BalasPadamYa betul kita doakan semua ya...
@kerusiburok
BalasPadamTerima kasih ya tegur kesilapan..terbaik blog KB
anak abg belajar di umk ke?
BalasPadamdekat sangat dengan rumah sy kalau macam tu. :)
Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah, Johor... berisiko banjir... disemua tempat ada teman dan keluarga... mudah2an tahun ni adalah tahun tanpa banjir... hujan ada lah biasa... di KK skrg ni pagi panas tapi petang selalu hujan lebat membawa air naik ke jalan2 raya.. bimbang kejadian banjir Penampang berulang...
BalasPadamcikgu...Bachok tu kg saya...apa nama tempat Ikmal seang belajar tu..:)
BalasPadamterengganu juga sudah mulai banjir di kawasan yang jarang banjir
BalasPadamSemoga banjir ini cepat surut.
BalasPadamsama-sama kita doakan agar awan membawa hujan ini ke tengah laut atau ke kawasan lain
bila tiba hujung tahun je isu banjir sentiasa di perkatana dan menjadi isu utama di dada akhbar dan skrin TV. Paling sedih jika ada berita kematian akibat banjir
BalasPadamAka Cikgu Etuza tu belajar sudah masuk tahun ke berapa ya?..kalau JM ke kelantan leh la jumpa si Ikmal tu hiks.. (matilah dia x kenal)
BalasPadamskg musim tengkujuh...tu yang banyak berlakunya banjir...sian tgk mangsa2 banjir...mudah-mudahan semuanye selamat...
BalasPadamCikgu ni sajakan...... dah keluar soklan kuiz baru keluar entri ni patutnya tak boleh keluar tau cikgu sebab ada blogger yg belum hantar kuiz lagi.....tak acilah cikgu macam ni! haha
BalasPadamIkmal ambik course apa cikgu? Hensem budaknya
@hainom OKje
BalasPadamAsalam nom..blogger aZr dah hantar semalam tengah malam ya baru nak periksa, aRz berjaya hantar dan menepati masa ..usah risau tak ada yang byes ya...harap sabar menunggu keputusan..
@hainom OKje
BalasPadamOoo ikmal dia ambil bidang Farmasi saja..ini kemahuan dia, tinggalkan tingkatan 6 ambil farmasi. Dia dapat pinjaman mara.Dah masuk sem 3 dah ikmal.
Di terengganu ada jalan yang roboh akibat arus air yang kuat
BalasPadam@Jari Manis
BalasPadamJM ..oo ikmal, masuk tahun 2 dah di Kelantan. Tak apa ..
@Jari Manis
BalasPadamJM ..oo ikmal, masuk tahun 2 dah di Kelantan. Tak apa ..
Tragedi pertama telah berlaku, sedihnya...
BalasPadamSemoga keadaan banjir sudah beransur pulih...walaupun banyak juga lagi tempat2 yang baru saja mengalami keadaan yang sama...
BalasPadamSemoga Ikmal berjaya sehingga akhir pengajiannya...Tahniah..
BalasPadamAsalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.