Semoga Cepat Surut Banjir Di Kota Bharu, Kelantan

Klik SINI infor tentang terkini 
banjir di Kota Bharu, Kelantan.

 gambar menghiasi blog ( Ikmal -Putera 
sulung Etuza )

Ikmal & rakan sekuliah...

Baru klik blog yang memaparkan kejadian banjir besar di Kota Bharu, Kelantan. Dikatakan telah beberapa hari hujan tak henti di Kelantan menyebabkan banjir yang sangat besar. Dan memang diakui oleh anak lelaki Etuza yang sedang berada di Bachok Kelantan, hujan tak henti dan sudah beberapa hari pensyarah mereka tidak hadir kuliah, kemungkinan keadaan banjir menyukarkan perjalanan ke tempat kuliah mereka.
Etuza melihat menerusi berita malam ini memperlihatkan terdapat sekolah yang terpaksa ditutup di Kota Bharu Kelantan, peperiksaan SPM terganggu dan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM terpaksa ditumpangkan di sekolah yang selamat dari banjir dan ditempatkan  di asrama sepanjang peperiksaan SPM berlangsung.
Anak etuza ( Ikmal ) menyatakan tempat tinggal mereka juga ada sedikit banjir di luar rumah. Mereka terpaksa terperap dalam rumah untuk seketika  dan menunggu banjir itu beransur surut. Di harapkan motorsikal jenama Modenas yang baru dia beli selamat dari dirosakkan oleh air. 
Untuk pengetahuan semua blogger teman maya Etuza, Keningau juga sedang hujan ketika ini. Tetapi tidaklah berlaku banjir. Etuza bersyukur kerana Keningau sebenarnya terletak nun jauh di Pedalaman Sabah dan banjir di Keningau agak jarang berlaku, kecuali Sungai Pegalan sesekali banjir dan merosakkan kebun di sekitar sungai ini.
Kepada seluruh rakyat atau masyarakat Kelantan, Terangganu dan di negeri lain amalkan  banyakkan doa dan semoga banjir cepat surut agar kerja-kerja seharian tidak tergendala. Amin ( kesalahan ejaan dalam entry ini telah dilakukan )

Catat Ulasan

24 Ulasan

  1. Mudah2an tiada kemalangan jiwa berlaku dek banjir melanda, Aamiin..

    BalasPadam
  2. Seronoknya Ikmal kat Bachok, lama2 berada di sana pasti dia boleh "kecek Klate" maklum le dikelilingi ramai teman2 tempatan..

    BalasPadam
  3. bang. nama dia kota bharu la. bukan kota baharu. hiks ambo ore klate. hehehehe --kerusiburok--

    BalasPadam
  4. @calrase patrick
    Terima kasih Cal, tapi adui sering salah ejaan..

    BalasPadam
  5. @kerusiburok
    Terima kasih ya tegur kesilapan..terbaik blog KB

    BalasPadam
  6. anak abg belajar di umk ke?
    dekat sangat dengan rumah sy kalau macam tu. :)

    BalasPadam
  7. Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah, Johor... berisiko banjir... disemua tempat ada teman dan keluarga... mudah2an tahun ni adalah tahun tanpa banjir... hujan ada lah biasa... di KK skrg ni pagi panas tapi petang selalu hujan lebat membawa air naik ke jalan2 raya.. bimbang kejadian banjir Penampang berulang...

    BalasPadam
  8. cikgu...Bachok tu kg saya...apa nama tempat Ikmal seang belajar tu..:)

    BalasPadam
  9. terengganu juga sudah mulai banjir di kawasan yang jarang banjir

    BalasPadam
  10. Semoga banjir ini cepat surut.

    sama-sama kita doakan agar awan membawa hujan ini ke tengah laut atau ke kawasan lain

    BalasPadam
  11. bila tiba hujung tahun je isu banjir sentiasa di perkatana dan menjadi isu utama di dada akhbar dan skrin TV. Paling sedih jika ada berita kematian akibat banjir

    BalasPadam
  12. Aka Cikgu Etuza tu belajar sudah masuk tahun ke berapa ya?..kalau JM ke kelantan leh la jumpa si Ikmal tu hiks.. (matilah dia x kenal)

    BalasPadam
  13. skg musim tengkujuh...tu yang banyak berlakunya banjir...sian tgk mangsa2 banjir...mudah-mudahan semuanye selamat...

    BalasPadam
  14. Cikgu ni sajakan...... dah keluar soklan kuiz baru keluar entri ni patutnya tak boleh keluar tau cikgu sebab ada blogger yg belum hantar kuiz lagi.....tak acilah cikgu macam ni! haha

    Ikmal ambik course apa cikgu? Hensem budaknya

    BalasPadam
  15. @hainom OKje
    Asalam nom..blogger aZr dah hantar semalam tengah malam ya baru nak periksa, aRz berjaya hantar dan menepati masa ..usah risau tak ada yang byes ya...harap sabar menunggu keputusan..

    BalasPadam
  16. @hainom OKje
    Ooo ikmal dia ambil bidang Farmasi saja..ini kemahuan dia, tinggalkan tingkatan 6 ambil farmasi. Dia dapat pinjaman mara.Dah masuk sem 3 dah ikmal.

    BalasPadam
  17. Di terengganu ada jalan yang roboh akibat arus air yang kuat

    BalasPadam
  18. @Jari Manis
    JM ..oo ikmal, masuk tahun 2 dah di Kelantan. Tak apa ..

    BalasPadam
  19. @Jari Manis
    JM ..oo ikmal, masuk tahun 2 dah di Kelantan. Tak apa ..

    BalasPadam
  20. Tragedi pertama telah berlaku, sedihnya...

    BalasPadam
  21. Semoga keadaan banjir sudah beransur pulih...walaupun banyak juga lagi tempat2 yang baru saja mengalami keadaan yang sama...

    BalasPadam
  22. Semoga Ikmal berjaya sehingga akhir pengajiannya...Tahniah..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.