Semoga Cepat Surut Banjir Di Kota Bharu, Kelantan

Semoga Cepat Surut Banjir Di Kota Bharu, Kelantan

Klik SINI infor tentang terkini 
banjir di Kota Bharu, Kelantan.

 gambar menghiasi blog ( Ikmal -Putera 
sulung Etuza )

Ikmal & rakan sekuliah...

Baru klik blog yang memaparkan kejadian banjir besar di Kota Bharu, Kelantan. Dikatakan telah beberapa hari hujan tak henti di Kelantan menyebabkan banjir yang sangat besar. Dan memang diakui oleh anak lelaki Etuza yang sedang berada di Bachok Kelantan, hujan tak henti dan sudah beberapa hari pensyarah mereka tidak hadir kuliah, kemungkinan keadaan banjir menyukarkan perjalanan ke tempat kuliah mereka.
Etuza melihat menerusi berita malam ini memperlihatkan terdapat sekolah yang terpaksa ditutup di Kota Bharu Kelantan, peperiksaan SPM terganggu dan pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM terpaksa ditumpangkan di sekolah yang selamat dari banjir dan ditempatkan  di asrama sepanjang peperiksaan SPM berlangsung.
Anak etuza ( Ikmal ) menyatakan tempat tinggal mereka juga ada sedikit banjir di luar rumah. Mereka terpaksa terperap dalam rumah untuk seketika  dan menunggu banjir itu beransur surut. Di harapkan motorsikal jenama Modenas yang baru dia beli selamat dari dirosakkan oleh air. 
Untuk pengetahuan semua blogger teman maya Etuza, Keningau juga sedang hujan ketika ini. Tetapi tidaklah berlaku banjir. Etuza bersyukur kerana Keningau sebenarnya terletak nun jauh di Pedalaman Sabah dan banjir di Keningau agak jarang berlaku, kecuali Sungai Pegalan sesekali banjir dan merosakkan kebun di sekitar sungai ini.
Kepada seluruh rakyat atau masyarakat Kelantan, Terangganu dan di negeri lain amalkan  banyakkan doa dan semoga banjir cepat surut agar kerja-kerja seharian tidak tergendala. Amin ( kesalahan ejaan dalam entry ini telah dilakukan )

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

24 ulasan

Mudah2an tiada kemalangan jiwa berlaku dek banjir melanda, Aamiin..

Seronoknya Ikmal kat Bachok, lama2 berada di sana pasti dia boleh "kecek Klate" maklum le dikelilingi ramai teman2 tempatan..

bang. nama dia kota bharu la. bukan kota baharu. hiks ambo ore klate. hehehehe --kerusiburok--

@calrase patrick
Terima kasih Cal, tapi adui sering salah ejaan..

@umi alya
Ya betul kita doakan semua ya...

@kerusiburok
Terima kasih ya tegur kesilapan..terbaik blog KB

anak abg belajar di umk ke?
dekat sangat dengan rumah sy kalau macam tu. :)

Kelantan, Pahang, Terengganu, Sabah, Johor... berisiko banjir... disemua tempat ada teman dan keluarga... mudah2an tahun ni adalah tahun tanpa banjir... hujan ada lah biasa... di KK skrg ni pagi panas tapi petang selalu hujan lebat membawa air naik ke jalan2 raya.. bimbang kejadian banjir Penampang berulang...

cikgu...Bachok tu kg saya...apa nama tempat Ikmal seang belajar tu..:)

terengganu juga sudah mulai banjir di kawasan yang jarang banjir

Semoga banjir ini cepat surut.

sama-sama kita doakan agar awan membawa hujan ini ke tengah laut atau ke kawasan lain

bila tiba hujung tahun je isu banjir sentiasa di perkatana dan menjadi isu utama di dada akhbar dan skrin TV. Paling sedih jika ada berita kematian akibat banjir

Aka Cikgu Etuza tu belajar sudah masuk tahun ke berapa ya?..kalau JM ke kelantan leh la jumpa si Ikmal tu hiks.. (matilah dia x kenal)

skg musim tengkujuh...tu yang banyak berlakunya banjir...sian tgk mangsa2 banjir...mudah-mudahan semuanye selamat...

Cikgu ni sajakan...... dah keluar soklan kuiz baru keluar entri ni patutnya tak boleh keluar tau cikgu sebab ada blogger yg belum hantar kuiz lagi.....tak acilah cikgu macam ni! haha

Ikmal ambik course apa cikgu? Hensem budaknya

@hainom OKje
Asalam nom..blogger aZr dah hantar semalam tengah malam ya baru nak periksa, aRz berjaya hantar dan menepati masa ..usah risau tak ada yang byes ya...harap sabar menunggu keputusan..

@hainom OKje
Ooo ikmal dia ambil bidang Farmasi saja..ini kemahuan dia, tinggalkan tingkatan 6 ambil farmasi. Dia dapat pinjaman mara.Dah masuk sem 3 dah ikmal.

Di terengganu ada jalan yang roboh akibat arus air yang kuat

@Jari Manis
JM ..oo ikmal, masuk tahun 2 dah di Kelantan. Tak apa ..

@Jari Manis
JM ..oo ikmal, masuk tahun 2 dah di Kelantan. Tak apa ..

Tragedi pertama telah berlaku, sedihnya...

Semoga keadaan banjir sudah beransur pulih...walaupun banyak juga lagi tempat2 yang baru saja mengalami keadaan yang sama...

Semoga Ikmal berjaya sehingga akhir pengajiannya...Tahniah..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (436) Ceritaku (421) Berita (381) Agama (371) Dunia Blog (327) Promosi. (301) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Kasih sayang (183) Rasa Bahagia (183) Berita Keningau (176) Hadiah (152) Pelancongan (132) Alam Semulajadi (121) Gambar (121) Sejarah (106) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (88) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (64) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Percutian (28) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Perkahwinan (21) Kucing (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger