Semak Berhikmah Sebenarnya Blog Etuza Ni.

Semak Berhikmah Sebenarnya Blog Etuza Ni.

Apa khabar di petang ini? Ceria, dan rasa bahagia hendaknya sentiasa bersama kita, segala yang kita nikmati ini sebenarnya atas ketentuan Allah dan atas izinnya merahmati kehidupan kita yang lalu,hari ini dan akan datang.

Kesemakan Dalam Blog Etuza.

Entahlah sedari awal pembabitan Etuza dalam berblog memang Etuza tak dapat lari dari habit suka widget - widget yang tersedia ada serta yang Etuza buat hasil dari pembelajaran sendiri.  Justru itu ada blogger Malaysia yang sering melontarkan Tamplate Blog Etuza "SEMAK" banyak kali dah Etuza terima. Blog Pesona Etuza Warna-Warna Kehidupan dahulu juga sesemak seperti tamplate Pesona & Mustika.
Rasanya kerana nama blog PESONA & MUSTIKA maka tamplet Etuza ni terilham dan tertadbir sebegini. Ilham itu merujuk kepada ilham yang Allah beri pada pemikiran Etuza ya. Bukan terilham atas dasar nafsu Etuza menyemakkan blog ini sebegini. Etuza tau blog bersih kemas itu milik blogger wanita, biasa dan normal blogger lelaki kurang pandai mengemas blog. Tempek sana-sini macam tak terurus. Tetapi Etuza nak tegaskan ya, ini lah paparan blog yang mampu Etuza persembahkan.
Kalau lah kita sebagai blogger sama ada lelaki atau blogger wanita sering ubah tamplate dek nak kemas dek nak cantik, dek nak ringan bagai, di mana lah letak kita punya karisma, kerana kita asyik tak puas hati bila blog tamplate kita di tegur kerana semak, kita di arah buang itu ini, kurang kan itu ini. Dengan sikap selalu mengubah tamplate blog maka kita sebagai blogger kehilangan pendirian dan keyakinan. Sebaiknya kita tampil seperti Etuza pertahankan blog kesayangan kita. Berblog dengan jiwa yang besar itu yang kita hendak dalam dunia maya.Kepada yang menegur Etuza..tak apa biarlah blog Etuza ini seumpama ini ya dan terima kasih Etuza ucapkan.
Sebenarnya anda tidak tahu dan tak faham kenapa bertambah semak blog Etuza. Anda tahu mungkin tidak kan bahawa detik ini, sekarang ini Blog Etuza Sedang Menganjurkan Program Anugerah Tropi Untuk Blogger 2014. Sebab itu banyak banner dan widget. Etuza tak sanggup buka widget dan banner itu sehingga selesai segmen pencarian Anugerah Tropi ini. Minta agar fahami ya. Etuza kemungkinan akan hadapi masalah menganjurkan Program Yang Besar ini jika tak dibantu oleh Widget dan Banner.kekaburan dan tidak puas hati oleh blogger yang join mungkin tinggi dek tiada widget dan banner berbicara.
Etuza ni positif, terima teguran dan faham kalau rumah semak tetamu tak suka. Mohon maaf lah kepada yang tak suka blog Etuza. Di sini Etuza nak kata kesemakan yang ada pada blog Etuza masa ini ialah kerana Semak Berhikmah yang besar manfaat kepada orang lain. Sebab mungkin ada yang nak belajar dapatkan widget dapatkan kod untuk hias blog, manalah tahu mereka ambil ilmu dalam blog Etuza ini. InsahAllah selesai segmen pencarian Anugerah Tropi Untuk blogger selesai akan berkurangan lah widget dan banner pada blog Etuza. Kepada rakan yang ada sedia dalam blog Etuza, mohon agar anda terus berkawan dengan blog Etuza. 
Etuza tengok ada juga blog lain yang memang terkenal masih dalam keadaan mengguna widget dan banner iklan dalam blog mereka. Mungkin blogger itu pandai susun atur maka tidak kelihatan semak dalam blog mereka itu.
Dalam dunia maya ini ada seorang blogger , blogger itu wanita yang benar2 faham sikap berblog Etuza. Blogger itu ialah Madam Kamsiah. Dia tahu dan faham sangat inilah cara Etuza berblog campur aduk dan kadangkala terlebih semak. Apapun inilah trade mark Etuza, Etuza anggap tanggapan blog semak itu ke arah lebih positif, Etuza andaikan blog Etuza ada kemajuan di persada maya sehingga ada yang ambil berat ketrampilan blog Etuza ini. Alhamdulillah.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

16 ulasan

Ia melambangkan identiti seseorang sebab melalui paparan itu, kami yakin Cikgu seorang yang periang & amat sesuai dengan anugerah sebagai guru penyayang yang diperolehi tahun lepas...

Abaikan kata2 negatif yang tidak mendatangkan faedah.

Cikgu Etuza : semak ke tak ke..JM tetap datang komen...

@umi alya
Umi terima kasih...tapi blogger tu tak salah tegur dia ikhlas. Cuma dia tak faham ada program dalam blog Etuza ..mesti ada banner..nanti perlahan keluarkan

@Jari Manis
Hahaha JM memang baik hati. Bodek ke tu nak tropi ya..hahaha...tqvm

@etuza etuza

Ahahaha...cikgu takkan x kenal JM kan

@Etuza Etuza

Komen yang ikhlas lahir dari lubuk hati penganjur, betul tak JM?

@umi alya

ahakss..apa nk jadi ngan kita dia ni hehehe...pening cikgu Etuza nanti ngan pe'el kita ni hahaha

terimakasih cikgu...
bg saya...blog kita adalah identiti kita..tak perlu nak puaskan hati org dgn mengikut kehendak mereka sdg kita sbg tuan punya rasa tak selesa..

ok jak bah MV tengok nda lah serabut bah... binggung bila baca perkataan semak..sebab membawa dua maksud..semak untuk memeriksa...satu lagi semak untuk serabut atau semak samun..hihi jadi cikgu jap

Blog okje pun semak gak cikgu......nama jer pompuan huhu

@Mrs Velentine
Mv memang Etuza tengok tampalte Etuza banyak banner masa ni..tapi blog lain kemas ja bah..ni Etuza tak berapa nak pandai kemas blog. Sebab nya Etuza suka tengok icon catatan rakan2 blogger dalm bloglist tu..

@Jari Manis
hahaha...hadui suka2 tau JM ni kan jaguh travel..baik bah JM..hehehe..

@Jari Manis
TQ.wah ni yang best nak denagr ni..ok yg penting ada entry tak mengenakan orang..kita paparkan catatan secara umum sebab itu dalam blog kena ada PENAFIAN tau..untuk elak ada orang emo kan..atau terkesan entry..padahal kita catat secara umum

@❤Kamsiah❤
terima kasih Madam K..ok tak apa2 etuza biasa di kritik, sebab dikritik ada kemajuan blog Etuza ni..selalu membaca di blog HH dan Mia selian semua bloglist etuza tu..

@hainom OKje
tampalet nok kemas..x macam tamplet Etuza..apapun akan keluarkan banner tu lepas program anugerah.,...

Kita berblogging nak suka suka ..kalau yak happy tak best la kan Cikgu Etuza..Takpe ..teguran ikhlas dari sahabat kita ambik sebagai nasihat yang paling manis dari seorang sahabat ..Tak gitu Cikgu

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (432) Ceritaku (417) Berita (380) Agama (366) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (293) Info Lelaki (265) Tips Blog (265) Pengalaman (234) Anak (211) Nasihat (205) Pendidikan (201) Rasa Bahagia (182) Kasih sayang (178) Berita Keningau (169) Hadiah (149) Pelancongan (129) Gambar (120) Alam Semulajadi (116) Ekonomi (102) Segmen (101) Sejarah (101) Keluarga (83) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (62) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (42) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (35) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Harijadi (25) Percutian (25) Masyarakat (22) Haiwan (21) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Kucing (19) Perkahwinan (19) Tips (19) Seni (18) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Majlis Kahwin (8) Lanskap (7) Lirik Lagu (7) Hari Jumaat (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Grafik (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Anak Buah (2) Banjir (2) Buah (2) Takziah (2) Hari Raya (1) Makanan (1) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger