Selera Di Anjung Selera Ranau & Hadapi Masalah Di Kundasang Ranau

Selera Di Anjung Selera Ranau & Hadapi Masalah Di Kundasang Ranau

Ini ialah jenis-jenis lauk pauk
di Restoran Anjung Selera di Pekan Ranau.
Etuza : Ayam masak kicap & Sayuran
Minuman : Lemon tea ( suam kuku )
Buang panas dalam badan..

Susahnya nak pilih ...anak2 Etuza dah rambang mata. Etuza biarkan ja mana diorang nak!!Layan Diri kan ..pilihlah ya nak mana suka..Usah bersepah sudah!! 


*Ha menu Etuza ni ja ayam masak kicap & Sayuran..Minuman lemon Tea..* Azie, Alya dan Ibnu Mustaqimminuman jus oren dan horlick pink* Mama- Jus Oren juga..


 Inilah pakej sayur segar di Kundasang RM 10 ( 3 )Maksud Etuza ambil tiga bungkus sayur berbeza jenis pun boleh dengan potongan harga RM 10/3Murah sudah tu..Dahulu pada tahun 2006/2007Ambil 3 jenis sayur RM 5.00 sahaja.Sekarang sekali ganda..Memang mahal lahBerbanding dahulu.

    Perjalanan dari Keningau ke pekan Ranau hari ini bertolak pada jam 9.30 pagi bersama isteri, Alya dan Ibnu Mustaqim.Tiba di Ranau tepat jam 12.20 tengahari.Singgah di masjid Ranau untuk solat Johor Jamak Takdim dengan solat Asar. Perancangan awal hendak bermalam di Kundasang barang semalam, tetapi ditunda atas permintaan Irfan dan Afif yang tidak mahu ikut serta. Alasan " Ranau tu jauh, penat dalam kereta" Ini saja alasan anak lelaki remaja Etuza ni.

     Mama berkira kalau tinggalkan anak di rumah siapa nak masak bagi makan,bukan pandai memasak diorang berdua ni. Etuza frust lah sedikit, tak dapat merelisasikan bercuti di Kundasang kali ini, apapun mama plan akan berbincang lagi dengan anak-anak. Tambahan pula Azie ( yang ambil SPM 2014) nak sangat pulang ke rumah. 3 bulan tak balik atas sebab persediaan hadapi SPM.

      Selepas menikmati juadah di restoran santai Anjung Selera, kami teruskan perjalanan menuju ke Kundasang Ranau yang sejauh 15 KM dari Pekan Ranau. Agak sibuk jalanraya kemungkinan ramai pelancong yang datang bercuti di Kundasang Ranau. Tapi!! sampai di Kundasang Ranau tepat di area gerai menjual sayuran segar hujan lah pula. Memang Etuza tidak dapat buat apa-apa jika hujan tak henti. Payung pun tak bawa sebab Etuza ingat tak lagi perlu ke Kundasang. Rupanya Azie minta agar Etuza drive terus ke Kundasang sekitar sejam kat sana balik lah ke Keningau kata Azie. layan jugalah dia, sebab baru juga habis SPM nak tenangkan hati tengok pemandangan lembah Kundasang lah tu.

    Kundasang kini banyak perubahan, panorama Kundasang benar-benar berubah berbanding tahun 2006/2007 di mana Etuza selalu ke sini ikut kawan ke rumah dia, sebab Etuza tinggal sebilik dengan dia semasa sambung belajar di Universiti Malaysia Sabah dan pastinya orang Kundasang orang nya ramah-ramah kerana Etuza pun Kadazan Dusun, mudah lah berkomunikasi dengan orang Kundasang.

      Bila hujan reda sedikit kami pergi ke Kundasang War Memorial. Naik anak tangga secara perlahan-lahan. Ramai datang di sini. Ambil gambar bunga dan beberapa lokasi di Memorial. Tiba-tiba camera tak boleh on..apa hal. Alamak habis cas la pula. Sayang sekali. tengok phone pula sama juga dan habis cas lah juga. Itu lah sebabnya tak sempat nak ambil gambar pemandangan lembah Kundasang yang amat indah. Bukan rezeki Etuza lah ambil gambar. Kelemahan ini akan Etuza atasi pada masa pelancongan akan datang. Bateri kamera ke full cas, payung kena bawa dan sediakan minuman juga agar tak membazir. 

      Tidak apa lah masalah yang timbul bukan kita ketahui, bila berlaku baru kita tahu. Tetapi langkah berwaspada wajar di ambil tindakan agar masalah seperti itu tidak akan berulang.


Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

18 ulasan

wah bestnya pergi kundasang. ramai yang bercerita kundasang cantik. teringin nak pergi one day. btw etuza Jom baca entri terbaru saya

sekali sekala makan sesedap memang best... teringin nak ke bumi kundasang, tapi belum rezeki...

tak apalah cikgu...mungkin lain kali boleh ke Kundasang lagi..

@kerusiburok
Kundasang tempat pelancongan ..datang lah ke kundasang..kita suport tempat sendiri kan..

@kerusiburok
Kundasang tempat pelancongan ..datang lah ke kundasang..kita suport tempat sendiri kan..

Kundasang lebih kurang Cameron Highlands gamaknya, tanah tinggi, pemandangan indah dan udara sejuk.

Anak2 remaja memang gitu, susah kita nak ajak ke mana2, macam2 alasan tapi kalau dengan rakan2 sebaya, laju jer..

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

@❤Kamsiah❤

Wasalam Madam Kamsiah..jemput datang kundasang ya..inshaAllah akan bertambah ilham berblog dan dapat betul2 menikmati suasana kundasang..boleh borong terus sayuran segar

@umi alya
Umi tak apa lah bagi diorang santai kat rumah..apapun frut tu tetap ada bila anak tak boleh di bawa berunding..

@Etuza Etuza

Tidak tau le Cikgu, anak2 remaja sekarang.

Bagi kami, ambil yang positif jer, daripada sakit hati mendengar dorang merungut - jauh lagi ke, penatlah, pening kepala dsb pastu tunjuk mood tak elok, bek saya tinggal jer kat rumah, nasib baik kawasan taman itu ada kedai makan, kalau lapar pandai2lah beli makanan janji tinggalkan bajet.

Tapi bila dok kat rumah tu jangan wat macam2, itulah sebabnya kami jarang bagitau bila nak balik, biasanya akan sampai mengejut, alhamdulillah setakat hari ini masih tiada masalah, mungkin sebab selalu ditinggal2an, mereka pandai urus diri sendiri.

Bila anak2 tidak bersama, nak makan sedappun rasa terkilan tapi ada juga nakalnya, kami sengaja hantar gambar makanan, bagi mereka terliur..

@umi alya
Asalam hahaha iya lah umi ..tak ambil hati juga dengan anak..tapi ni lah nak bagi peluang jejalan kan best nampak lah dunia luar..luas pandangan tau..tq ya umi sangat supporting. terhutang budi tau..

pernah peri ke kundasang sekali je rasa x puas kalau boleh nak sewa penginpan di sana

Cikgu Etuza, hujung bulan 11 ke bulan 12 mmg cuaca x menentu,,,hujan sudah tentu..so mesti perlu prepare payung sebelum hujan.. tapi kalau hujan mmg x seronok nak jalan-jalan

iye lah..ibu mana x risau kan anak kan..yg tinggh di rumah tu lelaki mmg bab masak x pandai lah...kalau yg tinggalnya perempuan ni hal boleh la masak mkn sendiri. Ye lah..budak remaja lelaki mana mau nk follow parent terutama kalau perlu drive jauh kan

tips utk cikgu..stanby power bank..JM ada beli power bank pineng so kalau hp x de batery connect je ke power bank. Rugi kalau jalan2 tapi x de gambar kenangan kan

Adoiiiii Etuza.....mau tak rambang mata kalau tengok lauk byk gitu....
Ayam atau ikan kicap tu makanan faveret kat rumah ni....kalau madak tu mmg laju jer makan tau

Jauh jugak yer cikgu... okje balik kg pun 2 jam lebih

Asalam..rasanya ni first time lya bw cne..blogger sabahan juga ya cikgu ni..

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (451) Ceritaku (441) Agama (394) Berita (390) Dunia Blog (341) Promosi. (320) Doa (317) Info Lelaki (280) Tips Blog (273) Pengalaman (247) Anak (233) Pendidikan (220) Nasihat (214) Kasih sayang (198) Rasa Bahagia (187) Berita Keningau (185) Hadiah (163) Pelancongan (143) Alam Semulajadi (131) Gambar (124) Sejarah (113) Ekonomi (112) Segmen (108) Keluarga (100) Blog (79) kesihatan (75) Tentang lelaki (74) Isu Semasa (59) Cinta (56) Rumah tangga (53) Tumbuhan (53) Bunga (45) Resipi (41) Motivasi (39) Cari Makan (38) Nilai Moral (36) Budaya (35) Percutian (34) Award (31) Masyarakat (31) Herba (30) Sahabat Blog (29) Sajak (28) Haiwan (26) Harijadi (26) Promosi Nuffnang (26) Perkahwinan (22) Kucing (21) Artis (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Sukan (18) Sekolah (14) Iklan (11) Makanan (10) Petua (10) Kalender (9) Lanskap (9) Majlis Kahwin (9) Bulat (8) Lirik Lagu (8) Hari Jumaat (7) Elken (6) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Grafik (4) Anak Buah (3) Jantung (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Restoran (2) Takziah (2) BRIM (1) Cuaca (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger