Salam Takziah Untuk Cikgu Mariana


Salam Takziah Kepada Keluarga Cikgu Mariana Apok.

Pada petang hari khamis Etuza bersama isteri, Nasrul, Ustazah Rupiyahdan Rosdi bersama-sama datang ke hospital besar Keningau untuk menziarahi suami Cikgu Mariana yang sedang sakit tenat di wad lelaki bilik no 7. 
Setiba di situ anak-anak Cg. Mariana sedang membantu suami Cg. Mariana membersihkan makanan yang keluar dari mulut suami Cg. Mariana. Seorang sepupu perempuan Cg. Mariana juga bersama. Tidak lama kemudian datang dua orang jururawat datang mengambil darah suami Cg. Mariana, mungkin untuk siasatan lanjut tentang penyakit suami Cg. Mariana.
Suami Cikgu Mariana merupakan seorang pesara Polis di Daerah Keningau. Ada Etuza dengar Cg.Mariana memberitahu bahawa sejak akhir-akhir ini suami dia sering tidak sihat dan masuk keluar wad hospital. Sudah terlalu lama suami dia sering sakit. Etuza hanya mampu bersimpati dan memohon doa semoga suami dia akan beransur sihat.
Rupanya suami Cikgu Mariana kemarin petang meninggal dunia di hospital Keningau. Hari ini Etuza dan rombongan dari sekolah Etuza akan menziarahi keluarga Cikgu Mariana. Dikhabarkan selepas solat Zohor hari ini arwah suami Cg. Mariana akan di kebumikan di Kampung Lingkudau.
Al-Fatihah
Takziah kepada Cg. Mariana dan keluarga. Semoga arwah diampunkan dosa dan ditempatkan disisi orang yang beriman. Marilah kita selaku blogger Malaysia menghadiahkan Alfatiha kepada arwah Rasmarwih Abdullah. Amin dan  terima kasih kepada semua rakan Blogger serta FaceBook Etuza.

Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Innalilliahiwainna ilaihirojiun. Alfatihah kepada arwah. semoga keluarga arwah tabah hadapi kehilangan ini. kerusiburok

    BalasPadam
  2. Al fatihah...kepadaNYA kita pasti kembali bila telah tiba waktunya...semoga arwah ditempatkan bersama mereka yg disayangiNYA...

    BalasPadam
  3. oppss....pening kepala jugak cikgu...nak jawab soalan kuiz tu.:)

    BalasPadam
  4. @❤Kamsiah❤
    Tak apa relex2 dulu ya...insha Allah akan jumpa juga jawaban...tak apa esok masih ada qwaktunya

    BalasPadam
  5. Al-fatihah, semoga Allah menempatkan rohnya di kalangan mereka yang beriman. Dan semoga cikgu Mariana tabah menghadapi dugaan Allah..

    BalasPadam
  6. Al fatihah dan salam takziah buat semua ahli keluarga arwah...Semoga rohnya di cucuri rahmat ..Aaamin aamin..

    BalasPadam
  7. Ai-fatihah buat arwah dan salam takziah buat cikgu mariana

    BalasPadam
  8. al-fatihah dan salam takziah..semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.