Promosikan Restaurant PoyoLala J & B Kitchen

Promosikan Restaurant PoyoLala J & B Kitchen

Sedikit gambaran Jemputan  Makan Malam
Semalam Di Restaurant PoyoLala
Di Keningau.

 Ini restaurant baru PoyoLala Kitchen
Di Keningau.


Semalam berada di Restaurant PoyoLala Kitchen J&B semalam selepas maghrib. Etuza dan isteri serta Ustazah Rupiyah ke Restaurant ini atas jemputan khas oleh rakan setugas Pn Juina Unggi serta Cikgu June( yang merancang ). Katanya makan malam sempena berakhir persekolahan semester 1&2 2014 bagi sekolah kami SK. Penagatan, Keningau, Sabah.
Etuza kurang pasti restaurant mana nak di ajak pergi, oleh kerana Keningau kalau malam tak sibuk maka dengan mudahnya lah dapat jumpa restaurant ini. Mudah saja ke sini rupanya jalan menuju ke Taman Kota melalui jalan Masjid Al Rahim Kampung Masjid, belok ke kanan jalan ke Supermarket 1 Malaysia ha sampai lah banyak parking kosong. 
Makan malam..antara yang menarik, lokasi yang sangat bagus di restaurant ini, ada acara karoke, tapi Etuza bukan retis nak nyanyi-nyanyi, sekadar gambar ja tu, acara memotong kek, acara mendengar ucapan Cikgu Stephany F (Naik Pangkat )dan Ustazah Rina Hasan yang akan pindah ke Selangor tahun 2015. Penyampaian hadiah kepada guru berpindah Pn. Stephany Francis ( guru ini lah yang panggil Etuza Cikgu Blog hehehe ) juga Ustazah Rina. 
Ada acara memotong kek kepada semua guru dan KTBM yang menyambut hari lahir nov ini. Lepas tu doa dan makan lah kami semua. Happy kami semua sambil makan dan borak-borak, apakan tak esok kan cuti ( hari ini mulai ) pasti semua rancangan kala cuti tercapai. 


Ini Gambar Ustazah Rina dan Isteri Etuza.
Ketika makan malam di Hotel Juta
Keningau.



Ini gambar Cg Stephany Francis
Yang berselindang merah di leher.

Semoga mereka berdua beroleh kejayaan
Di Dunia & Di Akhirat.
Semoga juga semua kawan-kawan Etuza
masa cuti ni ada limpahan rezeki yang 
tidak terhingga. Usaha tangga kejayaan
dan  kejayaan menjamin keamanan.

Share this:

Enter your email address to get update from Etuza.

8 ulasan

cantik ustazah Rina tu kan..:)

@❤Kamsiah❤
ini gambar dia semasa mengandung kan anak pertama dia..ya cantik

Restoran tu dekat mn?

@Carlz Jafran
Dekat supermakert 1 Malaysia berdekatan dengan KRK saja tu Jaf..

Sesekali berkumpul ramai2, seronokkan..

Tajuk entri - promosikan restaurant PoyoLala J&B Kitchen tapi bila baca lebih kepada majlis perpisahanan. JM ingat cikgu nak promosi jenis-jenis makanan ada di restoran tu dan yg boleh di recommend. Ke JM yg x faham.

**Matilah ...komplain pasal entri org hahah. Cikgu jgn marah..JM sayang cikgu hihi..

Osonong Kinorikatan tu maksudnya SElamat Datang ke..bahasa apa tu eh..pertamak ali dengar

@Jari Manis

amboi2 dik, komplain tanpa toleh kiri kanan, ahakkkkkkkk...

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.

Google+ Followers

Label

Ucapan (435) Ceritaku (420) Berita (380) Agama (370) Dunia Blog (326) Promosi. (300) Doa (296) Info Lelaki (267) Tips Blog (265) Pengalaman (235) Anak (213) Nasihat (205) Pendidikan (205) Rasa Bahagia (183) Kasih sayang (182) Berita Keningau (176) Hadiah (151) Pelancongan (130) Gambar (120) Alam Semulajadi (119) Sejarah (105) Ekonomi (102) Segmen (101) Keluarga (87) Tentang lelaki (72) kesihatan (70) Blog (63) Isu Semasa (57) Cinta (55) Rumah tangga (52) Tumbuhan (51) Bunga (43) Resipi (41) Cari Makan (37) Motivasi (36) Nilai Moral (34) Budaya (31) Award (30) Herba (29) Sajak (28) Sahabat Blog (27) Percutian (26) Harijadi (25) Masyarakat (25) Haiwan (22) Kucing (20) Perkahwinan (20) Promosi Nuffnang (20) Rasullah SAW (20) Seni (19) Tips (19) Artis (17) Sukan (17) Sekolah (11) Petua (10) Iklan (9) Kalender (9) Bulat (8) Lanskap (8) Majlis Kahwin (8) Hari Jumaat (7) Lirik Lagu (7) Kuiz (6) Politik (6) Ikan (5) Pantun Melayu (5) Elken (4) Anak Buah (3) Grafik (3) Jantung (3) Makanan (3) Pertunangan (3) Banjir (2) Buah (2) Hari Raya (2) Takziah (2) Restoran (1) a (1)
Copyright © 2015. ETUZA - All Rights Reserved
Template Created by Kompi Ajaib Proudly powered by Blogger