Pesona Bunga Kertas Di Laman Etuza # 2

Awal pagi sekitar jam 5.12 pagi hari ini Alhamdulillah Etuza terjaga dan tunaikan solat subuh, membangunkan ahli-ahli dalam teratak Etuza selepas melaungkan azan Subuh.
Alhamdulillah atas segala nikmatNya pada hari ini.
Antaranya hakikat berblog pada awal pagi har ini.

Koleksi Bunga Kertas Di Laman Etuza.


Kongsi gambar Alya memeluk pokok bungabonzai ( nak di tebang -sayang pula semakin membesar-agaknya atas pokok bunga inilahburung hantu semalam berbunyi.)


     Memang ada beberapa jenis bunga kertas yang ada di laman Etuza. Jenis-jenis pokok bunga kertas itu Etuza dan isteri beli dengan harga mahal-mahal. Niat nak jadikan benih, kerana pokok bunga kertas mudah di ambil ranting yang kita buang dan tanam ke bayung. Rupanya bukan mudah pula bagi kita untuk tanam pada batang bunga kertas. Pembenihan memerlukan kesabaran menunggu hingga benih mengeluarkan tanda pucuk daun kertas.Jika tidak menjadi batang ranting menjadi kering dan mereput.Payah tu benihkan pokok bunga kertas.

     Bunga kertas punyai berbagai warna pada kelopak bunga serta berbagai bentuk dan jenis daun. Itu yang kita dengar serta kita ketahui sejak dulu iaitu bunga kertas BONZAI.Bonzai yang di polopori atau diperkenalkan oleh orang China, di mana mereka dikatakan amat meminati bunga Bonzai ini, kerana mudah di tanam pada pelbagai pasu, tetapi awas ya, sukar untuk menjaga pokok bunga Bonzai yang dijual dengan harga mahal. Kalau anda hendak tahu lebih lanjut tentang bunga kertas di Bonzaikan atau bunga jenis lain di Bonzaikan taip saja BUNGA BONZAI di google search berratus jenis Bunga Bonzai pun ada.

       Etuza sekadar hendak kongsikan bunga kertas Etuza, ada banyak lagi sebenarnya. Amat cantik terutama di musim panas bunga kertas ini sangat menyerlahkan keunikan dan seri bunga kertas itu. Bunga kertas ada banyak nama sebagaimana beza antara kelopak bunganya dan corak pada daun bunga kertas tersebut. Di sini Etuza memohon maaf kerana tidak sempat mencari nama khusus beberapa bunga kertas yang Etuza ada ini. 

       Kepada peminat bunga kertas, usah berat tulang menanam pokok bunga kertas. Cara mudah ialah beli yang sudah berbunga yang anda fikirkan cantik dan menarik pada pandangan mata anda. Bawa ke rumah dan alihkan di pasu yang sederhana. Jaga, siram dan berilah baja organik pada bunga kertas anda. Kesempatan bercuti sekolah yang panjang ini, inilah cara pengisian seisi keluarga iaitu aktiviti menanam bunga. Laman yang kosong bila diisikan dengan bunga kertas pasti ada kumbang datang menghampiri, akan  datang si rama-rama bermain di kelopak bungaan kertas anda. Insha Allah ada hikmah semuanya yang kita lakukan. Ingat, tanam bunga kertas pada masa cuti sekolah ini, pasti anda menikmati percutian dengan penuh makna dan tidak bosan sepanjang hari tanpa aktiviti bermanfaat.

HUUUUUUHUUUU!!! ada tiger lagi!!!
Apa hal!!!

Ha tengok muka harimau itu, lebih kurang itulah muka Etuza sekitar jam 5.30 pagihingga kini LINE TERNET amat-amat TENATMujur siap juga Entry Pesona Bunga Etuza Siri 2.
Ok ...tiger jommm balik..jangan paksa meredahlautan tu..tenggelam baru tau!!!

gambar harimau, foto harimau, wallpaper harimau terbaru, wallpapaper harimau keren, tiger wallpaper..
pinjam dari pak google kita ja ni..

Etuza hargai komen anda!

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. dulu2 saya suka jugaktanam bunga kertas ni..sangat2 cantik..tp bila blk kg 4,5 hari...balik rumah tgk2 dah mati kering..

    BalasPadam
  2. salam singgah sini cikgu..Alhamdulillah kita masih di beri kesempatan untuk melihat keindahan alam sekeliling ini....memang cantik bunga2 kertas cikgu....MD suka tengok bunga kertas ni sebab dia bermacam2 warna...

    BalasPadam
  3. cantik bunga kertas. Mesti tangan Etuza sejuk kan. Kalau CP mau tak hidup hihi

    BalasPadam
  4. bunga kertas mudah hidup jika cuaca panas..kalua cuaca lembab je mesti menjadi bunga nye ek...kalau rumah JM menginap tu ada laman mesti akan taman tapi apakan daya..duduk apartment cuma tanam pokok kari je. Alhamdulillah bila nak buat kari petik je jauh kari yg tgh merimbun tu

    BalasPadam
  5. cantik bunga2 kertas ni, senang dijaga juga jenisnya, cuma kena rajin trim, kalau musim panas memang penuh berbunga kan cikgu :)

    BalasPadam
  6. Saya kagum dengan kerajinan Cikgu dan isteri menguruskan bunga2an dilaman.

    Wahhhhh Aliya, jadi model gitu..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.