Perlu Pelajari Cara Penulisan Yang Baik Di Blog

Penulisan, Menulis ,Tulisan  & Penulis

Mohon maafkan Kelemahan Etuza di blog.


      Dunia blog kini Etuza rasakan sangat mengasyikkan, sangat mengujakan dan sangat menyenangkan Etuza. Tetapi dalam menikmati keseronokan berblog, ternyata Etuza banyak kelemahan dan kekurangan yang jelas ketara. Tidak hairanlah jika cara penulisan dan penyampaian sesuatu tulisan Etuza dalam blog ini dikritik dan dikomen oleh ramai blogger maya yang lain.Namun kritikan yang mereka lontarkan itu menjadi kekuatan bagi Etuza agar terus berusaha memperbaiki diri. 

      Terdapat ilmu dari segi teknik dan kaedah penulisan di blog maya Etuza wajib pelajari, harus Etuza ketahui dan perlu dipelajari agar konsep dan cara sebenar sesuatu penulisan di blog itu dapat Etuza gunakan nanti. Jika tidak pelajari teknik dan kaedah itu, pasti kelemahan yang sering Etuza lakukan itu tidak akan selesai. Dan kemungkinan ramai pembaca senyap yang akan meninggalkan blog Etuza tanpa dibaca.

      Pada awal pembabitan Etuza dalam blog ini, Etuza memikirkan dengan cara Etuza sendiri, dengan cara bebas menulis dan tulis apa juga yang Etuza fikirkan ke blog ini tanpa memikirkan keperluan pembaca, tanpa memikirkan keinginan pembaca dan juga tanpa memikirkan kepuasan pembaca. Sebab itu Etuza tidak terfikir menggunakan kaedah dan teknik penulisan dalam blog dengan cara yang betul, tetapi mengikut rentak sendiri dan cara santai. Sikap blogger seperti ini harus dielakkan kerana kita merujuk semula apakah niat berblog, objektif dan fikirkan masa depan sebagai blogger aktif.

      Kini Etuza sedar apabila pembabitan Etuza dalam blog secara aktif bermula Oktober 2014 hingga kini, perlunya memperbaiki cara penulisan agar pembaca tidak bosan dan merasakan ada nilai blog Etuza ini.Demikian juga nilai yang tinggi di blog kawan blogger yang lain. Dengan cara memperbaiki teknik dan kaedah penulisan serta penyampaian yang baik di blog, akan menjadikan blog kita sering dikunjungi pembaca senyap, serta pengunjung setia blog kita.

   Sebelum mengundur diri, Etuza mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali blog Etuza ini ( Pesona & Mustika ) di alam maya. Memohon maaf akibat terdapat banyak kesalahan ejaan, kesilapan cara menulis dan kesalahan struktur kata-kata yang berulang - ulang. Etuza hanya mengikut kata hati, mengikut rasa seronok berblog hingga melanggar etika penulisan sebenar. Maafkan Etuza.

      Etuza berharap kepada semua pengunjung blog Etuza ini, agar terima keadaan blog Etuza ini yang Etuza rekaletak sebegini, agak banyak gambar dan widget. Etuza buat rekaletak ( susunan ) demikian kerana ada maksud tersirat.Etuza harap anda dapat pastikan ruang catatan dan informasi di blog Etuza itu yang menjadi perhatian anda. Etuza akan terus berusaha memperbaiki teknik menulis dan memperbaiki kelemahan yang lain agar anda merasa senang hati membaca di blog Etuza.

Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Yeay!!!! ini yang JM nak...cara penulisan yang lebih tersusun, kurang salah ejaan dan isi kandungan menepati tajuk. Syabas Cikgu..byk improvement.

    JM pun kekadang ada buat salah..kita kan manusia normal kalau x buat salah itu robot namanya. Jika JM ada buat salah juga tolong tegur ye

    BalasPadam
  2. kalau nak nampak lagi kemas, cikgu besar atau lebarkan ruang utk menulis entri dan kecilkan sedikit panel di sebelah kanan. Lebarkan juga size pageview...nampak lagi cantik dan selesa.

    psst : JM ni kalau part complain no 1 kan heheeh...ala cikgu. It just my opinion.

    BalasPadam
  3. @Jari Manis
    Selamat malam Jm..tak dapat tunaikan permintaan JM, template pilihan Etuza Design by mas Sugeng ini memnag dah setting sebegini. Etuza dah klik ke template dan cuba lebarkan tetapi diberi amaran tidak tersedia, memang inilah bentuk dan ruang lingkup template ini. Etuza tahu sangat bahagian laras dan leber kan rung tengah kiri dan kanan ..tetapi itu pada template biasa .Template pilihan Etuza tidak ya. Harap maklum.

    BalasPadam
  4. Ohh..jika begitu JM terima sedadanya :-)

    BalasPadam
  5. @Jari Manis
    Komen yang ikhlas bagus tu JM..Etuza baru sedar ..bukan Jm ja tegur blogger aRz pun dah mulai tegur. Etuza faham ..bila ada teguran sebenarnya itu akan memberi kesan baik bila kita positif thinking. Usah risau tegurlah jika memang ada kesilapan. Itu yang kita nak..

    BalasPadam
  6. @Jari Manis
    Terima kasih JM..ada entry baru ke do blog. Jm memang atur entry agar terus melatupkan...tahnia.

    BalasPadam
  7. Cikgu Etuza..JM ni malas nk tulis blog..update ikut suka hati/mood je. Yang pasti JM tiada strategi supaya blog tu 'meletops'

    BalasPadam
  8. Thanks untuk sharing ni. Thorbaikk!! :)

    BalasPadam
  9. ayie pon masih bljo lg.. jom sama2 bljo..

    BalasPadam
  10. Seriousnya cikgu......relaxlah cikgu....dah terbaik sangat dah penulisan cikgu ni banding ngan okje

    BalasPadam
  11. xpe....berblog untuk berkongsi luahan kita...cara penulisan blh diperbaiki...saya pun masih blaja untuk memantapkan penulisan En.Etuza...InshaaAllah sesama kita perbaiki

    BalasPadam
  12. saya semasa di awal penulisan juga tiada rentak . kemudain cuba perbaiki ikut konsep yg dipilih ... lama kelamaan ok lah u cikgu ... heee

    BalasPadam
  13. Sayapun banyak guna bahasa pasar, ngeeeeeee..

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. xper Cikgu, xmo stress2, kita perbaiki dari masa ke semasa.. teguran yang diterima tandanya kita dihargai...

    BalasPadam
  16. salam
    kita belajar dari pengalaman ,kan cikgu...mana2 teguran yg baik..kita amik dan jadikan panduan..

    BalasPadam
  17. @umi alya

    JM pun!!..nak jugak menempek kat sini

    BalasPadam
  18. Allthebest CikguEtuza ..Sama2 kita belajar mantapkan skill penulisan ..sama2 kita belajaruntuk jadi lebih baik ..InsyaAllah..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.