Misi Osaka Jepun Siri 10

Selamat malam semua. Jenuh menunggu
baru terbit gambar, amat menguji
kesabaran bila line huuuu!!!! slow..
Etuza sambung semula misi Osaka Jepun yang belum berakhir. Kiranya siri ke 10 penceritaan ini Etuza masih tak pasti sebab dari blog lama Etuza sambung misi ini ke  blog Pesona & Mustika

 \
Pemandangan istemewa area Shinsaibashi
Shoping Street Osakan Jepun.

 Hari ke 4 di Osaka Jepun aktiviti kami ialah ke Shinsaibashi Shopping Street. Di sinilah pusat terkemuka Osaka Jepun untuk membeli belah. Segalanya ada di sini, dan satu kawasan yang sangat luas besar dan tak habis seharian berjalan ke kiri kanan untuk shoping ( tapi tak belipun apa2 ) cuma melihat2 ada juga membeli tetapi macam kad book, kad dan ada membeli dool untuk Nuraliya.Sebuah jam untuk Azie dan selendang bak sutera untuk anak sulung, untuk mama ( isteri ) tempat kaca mata yang unik bentuknya. Beli hadiah untuk kawan bernama Mohazar dan Lee Gua Huat. Oyes!!
Tidak perlu risau jika lama berjalan di area ini, teduh dan tak panas kerana sepanjang jalan dibina bumbung. ( lihat saja )Memang hilang sekilogram lemak jika seharian berjalan di sini. Sangat sibuk dan sangat2 riuh. Riuh dengan gadis2 Jepun remaja lelaki Jepun promosikan barangan jualan, macam bertanding lah Etuza dengar tetapi mereka tak kisah pun jika tiada yang datang membeli. Pakaian di sini berjenama. Untuk Etuza, beli bag sikut ja . Kalau jaket macam baldu lembut tu Etuza beli di Hard Rock dekat kawasan Universal Studios Japan.

 Semasa Etuza dan kawan Nasrul serta Edwin di Shopping Street ini, kami ada terjumpa wanita berjubah  2 orang jika tak silap, mereka berasal di Terangganu dan sudah seminggu di Osaka Jepun. Mereka memilih barangan yang dikatakan  memang cukup murah, kalau ada Yen 3000 ha boleh lah shopping sakan. Tapi bakul sila bawa sendiri ya, sebab kaki dah sakit berjalan jauhnya tak sampai hujung penamat. Sehari di sini seolah tak aci lah kena dua hari baru puas hati.Di area sini juga ada Etuza lihat ketam besar sangat gantung atas bangunan, kerbau hitam bergantung, udang dan naga. Macam-macam lah ada di sini. 
Apa yang sangat special Etuza ke sini ( shopping street )ialah kami 3 orang dari Sabah, Malaysia dapat naik satu restoran yang kira special juga, memang sedap makanan. Masing-masing makan, oleh kerana ayam dan itik berbahasa kami pilih makanan di menu main tujuk ja. Kalau tak haram jadah orang Jepun di restoran tu tak faham Bahasa Melayu. Angguk-angguk jala kepala hormat dengan mereka. Etuza ambil jugalah nasi, salad,telur dan puding. Minuman jus oren saja. Hummm!!! sedap. Halal ya pilihan memang nak yang halal.


 Ini masih Shinsaibashi Street.Kan street ja namanya ..memanjang street lah. Huuuuu!!! teruja sini, masa ni nak keluar sudah di Shopping Street ni ..ada kawasan tak berbumbung hujan renyai-renyai. Rasa lain nikmat hujan renyai di Jepun. Negara maju...memang hebat pusat membeli belah di sini. Kalau ada rezeki rasanya hendak ke sini lagi untuk ke dua kali. Insha Allah.
Ha ini Nasrul my friend. ( nampak tak kepala naga tu yang hitam tu)
Di sini kami sudah ready menunggu bas express nak balik Hotel Kansai.
Tak puas tapi tak larat lagi lah nak jalan.
Ok bye..
Sekian satu perkongsian traveling  
klik Sini rujukan tambahan Osaka Jepun

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Cenderahati yang menarik di sana? kain baju camner kt sana Cikgu, murah @ mahal?

    BalasPadam
  2. saya pasti cikgu takkan lupakan kenangan disana..

    BalasPadam
  3. seronoknya berada di jepun pula ya...

    BalasPadam
  4. Assalam Etuza..
    Bestnya jalan-jalan ke Osaka..CP hanya dapat jalan-jalan di dalam Malaysia saja..
    CP nak bagitau URL CP dah bertukar ke www.cikpinz.com CP dah guna platform WordPress jadi blog yang sebelum ni dah tak update. Jemput la berkunjung ke rumah baharu CP. Tq..

    BalasPadam
  5. kenangan terindah..mesti hadiah tue dihargaikan

    BalasPadam
  6. @umi alya
    Mahal kain di Jepun UMI sebab berjenama...memang cantik2 cuma kena bijak pilih yg sesuai bagi wanita mulimah, pakaian lelaki senang dapat

    BalasPadam
  7. @Nor Ariffin Hamzah
    Ok nanti Etuza terjah dan letak dalam bloglist

    BalasPadam
  8. shopping jak ... dptlah pengalaman shopping di osaka .

    BalasPadam
  9. Cikgu Etuza...membeli dool ke doll utk Nuraliya..ahaha...atoi lahh..
    kalau je Jepun mesti bergambar depan Glico Man tu
    Jepun mmg bes..nk pergi lagi!!!!

    BalasPadam
  10. @Jari Manis

    Itu dia, Cikgu JM sudah mari, Cikgu Etuza tersilap eja Doll le dik..

    BalasPadam
  11. @umi alya

    ahahaah...harap2 cikgu Etuza x marah asyik betul kan perkataan yg di tulus sbb JM baca byk kali..dool tu ape ah..x pernah dgr hihhi

    Kak Umi..bg link blog pada JM..mau letak dalam my bloglist..senang nk terjah nanti

    BalasPadam
  12. Haiwan bergantungan?
    Ermmm..mana gambarnya, Etuza?

    BalasPadam
  13. @Jari Manis

    mimialya1.blogspot.com

    nnt akak masukkan link JM k dlm bloglist sana juga..

    BalasPadam
  14. Pasti akan menjadi kenangan seumur hidup kan Cik gu?

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.