Keputusan Tropi Untuk Blogger Bakal Diumumkan.

Terdapat banyak perkara yang menyumbang
perasaan bahagia dalam kehidupan Etuza hari ini
pada 20hb Nov 2014 ( Khamis )
Tropi untuk blogger 2014
anugerah di blog Pesona & Mustika.

Mohon maaf lah ya, jika tropi ini tidak menepati citarasa blogger yang join Pencarian Anugerah Tropi Untuk Blogger Malaysia 2014.
Berita hari ini sebenarnya blogger aRz  sebenarnya telah menghantar jawaban kuiz di email gmail Etuza. Bagaimana Etuza terlepas periksa data di gmail Etuza tu ya, sebab semalam jam 12.00 malam baru Etuza off line. Belum Etuza periksa lagi tetapi akan klik gmail dan akan selesailah proses menunggu jawaban dari 11 blogger yang join pencarian anugerah tropi ini. 
Tak sabar rasanya Etuza sendiri nak lihat siapa blogger Malaysia yang benar-benar bertuah tu.Betul ada debaran..lain sangat debarannya, ada dua rasa debaran ini, pertama debaran melihat blogger dan blog siapa juara, naib juara dan ketiga. Debaran ke dua risau Etuza ada blogger yang tidak dapat terima keputusan. Namun segera Etuza buang perasaan itu kerana Etuza yakin 11/11 blogger yang join akan terima dengan terbuka apa juga keputusan, mereka faham adat bersaing secara sihat. Kadangkala kena guna juga kata-kata macam ini " hari ini dia esok lusa tulat mana tahu hari kita pula" atau pun kena fikir " ini bentuk rezeki dia, rezeki kita pula dalam bentuka apa dari mana kita tak tahu, inshaAllah kalau rezeki saya milik saya lah".
Etuza harap semua yang join terus bersabar dahulu.Beri Etuza waktu untuk periksa semua dan InshaAllah akan diumumkan dalam masa yang terdekat. Kepada aRz semoga tiada masalah yang timbul apabila Etuza log in akaun gmail Etuza.




Catat Ulasan

15 Ulasan

  1. Saya sokong dengan kata-kata dari Cikgu Etuza. Adat pertandingan ada menang dan ada yang kalah. Semuanya bergantung rezeki dari Allah S.W>T. semoga semua dimurahkan rezeki. Maaf ya cikgu etuza sebab hantar lewat malam. Waktu itu saja yang saya free...

    BalasPadam
  2. Saya doakan orang yang banyak tinggalkan komen di blog ini menang no 1 2 3.

    BalasPadam
  3. All the best untuk semua yang join ..Sama2 support blog Cikgu Etuza..All the best ....

    BalasPadam
  4. @aRz MoHa

    Asalam aRz..iya tak apa masih dalam lingkungan waktu. Dah tengok akaun gmail. tapi line slow la pula...ada ralat. InshaAllah akan segera di periksa ...

    BalasPadam
  5. Cantiknya trofi :)
    Best of luck buat semua peserta.

    BalasPadam
  6. saya pun happy jugak cikgu hari ni..yg bongsu bawak blk surat perlantikan sbg pengawas utk tyh depan..

    BalasPadam
  7. Cikgu Etuza : x perlu risau kerana kalau atau menang JM dapat terima dengan hati terbuka. Semasa join kuiz ni pun JM x mengharapkan apa2 balasan atau imbuhan hanya sekadar support dan dengan itu dapat mengenali cikgu dan ahli keluarga lebih dekat lagi. So dont worry apa-apa keputusan terima dengan hati terbuka

    BalasPadam
  8. sudah menjadi adat dalam sesuatu pertandingan pasti ada kalah dan menang, mesti ada yang bertuah dan tidak. Jadi cikgu jangan risau ye

    BalasPadam
  9. Saya & JM tak kisahpun menang atau tidak, kami berdua join sebagai sokongan yang tak berbelah bagi kepada Cikgu Etuza merangkap penganjur.

    Adat bertanding, pasti ada menang dan kalah, kami terima dengan hati terbuka.

    BalasPadam
  10. Setiap pertandingan pasti ada yang kalah dan juga menang ... Semoga kita semua berjaya ...

    BalasPadam
  11. cantiknya trofi.......hihi belum rezeki..tahniah yg dapat trofi ni

    BalasPadam
  12. Salam,

    lepas ni Cikgu boleh menarik nafas lega ... segala kebimbangan dan kerisauan Cikgu telah pun berakhir...

    Niat suci Cikgu menganjurkan segmen untuk meraikan rakan2 Blogger Malaysia yang selama ini menyokong dalam susah senang bersama Cikgu berkarya dialam maya, kini talah berakhir...

    Alhamdulillah...

    BalasPadam
  13. sy rasa...semua pserta akan terima keputusan dengan hati yang terbuka termasuk la sy..coz awal2 lagi dah tau banyak jawapan sy salah...hahahahah...lagipon niat asal penyertaan adalah sebagai tanda sokongan..tanpa mengharapkan apa2 balasan...semoga cikgu boleh terus menganjurkan pertandingan ini dimasa akan datang (^_^)

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.