Kenangan Bersama Kami Tak Akan Terpadam

Kepada Insan Bernama Salfarina Hassan
Yang Kini Berada Di Kelantan
Semenanjung Malaysia.
2013 - 2014 bersama di SKPK.

Ini gambar kenangan Ustaza Rina semasa
majlis makan malam & majlis perpisahan..
di restaurant PoyoLala di Keningau.


Kalau lama-lama tengok adegan ini
nak keluar air mata lah Etuza..
klik2 ja lah buat kenangan Ustaza Rina..

Sempat bergambar dengan anak-anak murid di SK. Penagatan, Keningau, Sabah Ustaza Rina seorang Ustazah yang berasal di Kelantan sebenarnya Ustaza  Rina ni. 
Sudah ada anak seorang dan suami dia seorang Doktor. Katanya suami dia belajar kedoktoran di Mesir dan kini bertugas di salah sebuah hospital di Semenanjung Malaysia. Di Kuala Lumpur jika Etuza tak silap dengar.
Ada dalam ucapan Ustaza Rina katanya, dia agak tegas dalam mendidik dengan niat agar murid yang dia ajar kenal hurf alif -akhir dan tahu membaca al-quran. Memandangkan Ustaza Rina mengajar jQaf tahap satu dia agak tegas kerana murid tahap 1 ni memerlukan psikologi agar dapat menyiapkan kerja menulis dan latihan lain. 
Jika ada ibubapa yang terkesan dan merasakan tindakannya melampau dia memohon maaf kepada semua ibubapa yang hadir menyaksikan Majlis Anugerah 2014 pada hari khamis yang lalu. Sambil bergelinagan air mata Ustaza Rina menyatakan bahawa selama 2 tahun di Sekolah Kebangsaan Penagatan, Keningau, Sabah dia merasa amat senang dengan sekolah ini dan merasa amat sedih meninggalkannya. Pun kerana keluarga anak dan suami dia menerima perpindahan ini dengan agak berat hati kerana sudah mesra dengan semua murid dan masyarakat desa di sekolah ini.
Inilah adat manusia ada bertemu dan berpisah. Semoga Ustaza Rina bahagia kembali kepangkuan keluarga dan semoga dapat meneruskan mendidik anak bangsa hingga berjaya melahirkan insan yang bertaqwa di dunia dan di akhirat. 

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang 
Di lain waktu kita berjumpa lagi.

Masak pisang di atas peti
Mari di makan bersama-sama
Kalau ada salah dan silap kami
Salam dihulur bermaafan bersama.

Sayunara..



Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Saya pula terasa sedihnya.. demi keluargakan..

    BalasPadam
  2. adat manusia..lumrah hidup mcm tu la cikgu..bertemu..berpisah..tiada yg abadi dalam dunia ini

    BalasPadam
  3. Semoga Uztazah Rina dapat melaksanakan tugas beliau di tempat baru dengan lebih cemerlang.

    JM pun jika ada peluang dan ada pertukaran ke Negeri Sabah, JM sanggup ke sana kerana ingn merasa angin Sabah pulak...mesti rasa nya lain dari semenanjung hihihih. Tapi masalah nya JM pun cikgu..waktu di bangku sekolah minat sgt nk jadi cikgu tapi ke kerana kelulusan SPM kurang memuaskan, dapat lah kerjaya skrg...Alhamdulillah Syukur

    BalasPadam
  4. @Jari ManisCer JM cakap biar terang benderang sikit, katanya JM Cikgu, tup2 kelulusan kurang memuaskan,dptlah kerjaya sekarang, adoiiiiii pening akak nak mikir dik oiiiiiiiiiiiiii....

    BalasPadam
  5. @umi alya

    aahahaha...akak Umi salah spelling..nak tulis cepat sgt.gini lah jadinya..JM BUKAN CIKGU heeeeee

    itu lah JM ni pandai sgt komplain salah org kan aahaha

    BalasPadam
  6. @umi alya

    saja nk tgk akak akan repond ke tidak hiksss

    BalasPadam
  7. Kan akak dah bagitau, dimana ada akak, disitu adanya insan bergelar JM, begitu sebaliknya, mungkin kita ditakdirkan bersama sebagai sahabat di alamaya.. ahakkkk..

    Pening Cikgu Etuza layan karenah kita berdua..hi3

    BalasPadam
  8. @umi alya

    heeeeeeeee...senyum tanpa kata apa2

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.