Jom Tengok Santai Joran Di Blog Etuza

Santai Joran Di Blog Etuza

Pada 19hb Nov 2014 ( Khamis )
Jam 7.30 pagi hingga jam 10.00 pagi.


       Sempena Majlis Perasmian Dewan Terbuka dan Majlis Hari Ucapan Dan Anugerah Penyampaian Hadiah 2014 di sekolah Etuza. Pihak PIBG ( Sarana Ibubapa ) telah sepakat menganjurkan satu Pertandingan Memancing ikan di kolam milik sekolah Etuza. Pertandingan memancing itu di namakan Santai Joran yang di pengerusikan oleh En. Sapinin jakirin ( YDP PIBG - Sarana Ibubapa ). lelaki yang sedang duduk dan pegang ikaln patin sambil tersenyum itulah orangnya bernama Sapinin Jakirin. 

      Bersempena Santai Joran ramai ibubapa, guru dan pelajar tahun 6 termasuk anak Etuza datang bertanding memancing ikan secara santai selama 2 jam 30 minit. Anda boleh tengok gambar berbicara ada yang dapat ikan patin besar . Santai Joran menyediakan hadiah seperti berikut:-

* Hadiah Pancingan Ikan paling Berat
Kedudukan 1, 2, 3 dan 4
* Hadiah Pancingan Ikan Paling Banyak
untuk seorang sahaja pemenang.
Hadiah disponsorkan oleh Cikgu Dominic Gasan.
      Memang meriah, Etuza hanya bertugas mengambil gambar. Akan tetapi Etuza tak guna Nikon Etuza. Hanya menggunakan kamera canon yang kecil dan agak kabur gambar kerana masalah kaca pada land kamera canon Etuza. Apapun untuk dokomentasi inilah dia Santai Joran dengan menggunakan pancing tradisional iaitu pancing atau joran menggunakan bambu. Wow!! ikan besar depan mata Etuza. Etuza cuba pegang memang licin dan agak payah pegang ikan ni jika tidak diajar memang ikan patin ni terjun ke kolam semula. Mujur selamat. ( Maklumlah Etuza bukan kaki pancing )

Info penting dalam penganjuran Santai Joran ini ialah
salah satu program Sarana Ibubapa di sekolah Etuza
mencari dana kewangan PIBG sekolah.
Sebanyak 60%  wang kemasukan akan 
di sumbangkan kepada Bendahari PIBG sekolah
Selebihnya untuk hadiah dan pengurusan
oleh pihak penganjur 

Jom tengok gambar di Santai Joran di Blog Etuza.

 Ydp PIBG & Ibu yang berjaya memancing ikan patin

Live dari Etuza..cara pegang ikan patin, jika tidak
akan jatuh ke kolam semula..

Memang besar lah ikan patin ini.
hasil pancingan Cikgu Dominic Gasan.

Cg. Piah & Cg Haryati Suhaili juga turut join memancing
di Santai Joran 

Lagi ikan yang berjaya dipancing oleh seorang bapa.

En. Faizal, Cikgu Salbiah bertudung hitam sambil senyum
dan Pn. Ramlayati Sain ( kerani sekolah ) juga turut 
datang menyertai Santai Joran.

Ini Cikgu Dominic Gasan bakal juara ...tapi
masih awal geng! baru jam 8.00 pagi . Rezeki orang
kita tak tahu...

Ini antara suasana memancing di Santai Joran

Ibnu Mustaqim dan kawan dia Syahril Ikmal
juga datang mencuba nasib.

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Seronoklah bagi yg gemar memancingkan ....tp okje tak suka memancing suami pun tak gemar jugak.

    BalasPadam
  2. Seronoklah kepada mereka yg gemar memancing ada aktiviti cenggini tp okje ngan suami tak gemarlah cikgu

    BalasPadam
  3. Dah lama zumal tak memancing... Best juga aktiviti begini sesekali kan...

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum..etuza,

    mselim3 ingat etuza memancing tadi... oooo meriah nyer suasana tempat memancing nie kan... penyertaan daripada kaum wanita pun ada..

    mselim3

    BalasPadam
  5. itu ke ikan patin..JM ingat ikan keli huhuuh..

    ibnu mustaqim dapat ikan tak..jM ni jenis x sabar mmg x kan join kalau di minta memancing. Pancing ikan dalam pinggan boleh lah

    BalasPadam
  6. Anak2 suka makan ikan patin masak tempoyak aka gulai masam, maklumlah anak2 kelahiran Pahang..

    Lama tak masak, harus beli ikan patin ni..

    BalasPadam

Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatu.Zahirkan Kata Hati Anda. Kita Satu Blogger Malaysia. Saling Berinteraksi Mengambil Ilmu Dan Memanafaatkannya. Pasti Ada Hikmah Dalam Jalinan Ukuhuwa Ini.